Friday, January 4

VIDEO : KORANG TENGOK KESIAN RAKYAT SELANGOR MENDERITA....?

  


Penduduk di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur memasuki tahun 2013 dengan berdepan masalah bekalan air, dilaporkan akibat kerosakan stesen pam.

Krisis ini masih baru tercetus, dan mungkin boleh sahaja selesai tanpa berlaku sebarang implikasi politik.

Tetapi masa krisis ini terjadi menjadikannya menarik untuk diperhatikan, lebih-lebih lagi isu ini sentiasa tidak terlepas daripada kaitan politik.


Beberapa akhbar harian hari ini telah menjadikan isu ini tajuk muka depan, memberi gambaran seriusnya masalah ini.

Kerajaan negeri Selangor telah dipersalahkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor, Syabas, melanjutkan lagi pertembungan antara kedua-dua pihak terbabit yang bermula beberapa bulan lalu.

Isu bekalan air Selangor ini juga telah mencetuskan pertembungan antara kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan Putrajaya dan menampakkan tanda akan berpanjangan.

Pilihan Raya Umum ke-13 kini semakin hampir, disebabkan tempoh mandat daripada pilihan raya umum yang lalu hampir tamat, bermakna  pilihan raya umum tidak dapat ditangguh lagi.

Krisis yang sedang berlaku ini baru bermula dan belum menunjukkan gambaran jelas sama ada hanya sementara atau akan berlanjutan lagi.

MKP Ayat Sempoi : Khalid semakin gagap didalam isu membela rakyat..dulu tak pernah pun jadi macam nie...

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive