Saturday, July 2

Padan Muka Malaysiakini Takut Padam artikel



Semalam MKP cabar wartawan malaysia kini Susan Loone supaya memberikan bukti bahawa pendemontrasi semalam telah memecahkan CERMIN KERETA yang diletakkan disepanjang jalan.ternyata semuanya tipu belaka.Yang terbaiknya artikel tersebut telah dipadam oleh pihak malaysia kini.


 PULAU PINANG 1 Julai - Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perarakan dan perhimpunan membantah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini membuat laporan polis mendakwa portal berita Malaysiakini menyiarkan laporan berbaur fitnah terhadap mereka.

Wakil mereka, Aziaan Ariffin membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 6 petang sebagai menafikan laporan portal itu yang menyatakan berlakunya kejadian memecah cermin kereta ketika demonstrasi berlangsung hari ini.

"Apa yang dilaporkan dalam portal tersebut adalah fitnah semata-mata yang saya lihat cubaan untuk mencetuskan rusuhan kaum.

"Mana ada kejadian seperti itu kerana perhimpunan yang kami lakukan itu terkawal. Justeru, kami meminta Malaysiakini menarik balik laporan tersebut dan jika mereka enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive