Saturday, July 2

Penang demo 2ribu.Pasir Putih 20ribu Berdemo Depan PM.



Semalam demontrasi dekat Pulau Pinang cuma 2ribu tapi hari nie dekat Pasir Putih lebih 20ribu hadir dihadapan PM menyatakan bahawa akan bersedia jika BERSHIT meneruskan agenda jahat mereka.Ambiga harus dipersalahkan serta pihak yang menjadi dalang bershit tersebut.



Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh Pas begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri lain pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau itu.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya enguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.


Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.


Katanya jika kacau-bilau berlaku, maka keadaan itu juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu yang telah berusaha keras membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini.


"Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya.
Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang di perintah Pas kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.


"Ambo pelik macam mana perhimpunan begitu ramai datang di bumi yang diperintah Pas di negeri Kelantan. Angin perubahan sedang bertiup kencang di bumi kelantan,”

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive