Dari segi kelayakan pun begitu jugak. Mat Sabu asalnya adalah pelajar ITM yang tecicir kerana sibuk berdemonstrasi daripada menghabiskan pengajian sedangkan TPM lulusan Universiti Malaya dan sudah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sejak berusia 29 tahun.
Molek rasanya kalau Mat Sabu berdebat dengan pakar sejarah, seperti mana saranan TPM. Berdebat dulu dari segi faktanya sebelum berdebat dengan TPM dari segi politiknya. Ini bukan isu politik pun tapi isu sejarah. Apa pun yang keluar dari mulut Mat Sabu adalah berdasarkan pertimbangan politik bukan pertimbangan fakta.
Negara ini akan jadi bahan ketawa orang kalau sejarahnya berubah ikut parti mana memerintah. Dimana-mana dalam dunia pun tidak pernah berlaku yang sedemikian dan Mat Sabu sedang merintis jalan untuk menjadikan negara ini sebagai bahan lawak antarabangsa.Oleh itu janganlah dipilih pakat-pakat ini memerintah negara.
Di zaman moden ini, komunis pun sudah langsung tidak seperti komunis dizaman yang menjadi sanjungan Mat Sabu dan kenapa Mat Sabu mahu melawan arus dengan menghidupkan semula fahaman komunis adalah satu tanda soal yang besar kepada kita semua.
Apa pun bila mana kita berharap kebodohan itu berhenti setakat mana dibuktikan bersalah.Tidak cukupkah dengan beratus laporan polis yang dibuat ke atasnya dan insiden dihalau dari bertemu dengan keluarga salah seorang yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepung?
No comments:
Post a Comment