Tuesday, August 2

UMNO mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?:Ini temberang Guan Eng saja...


Hanya mereka yang buta sejarah saja boleh percaya pada tuduhan Lim Guan Eng bahawa UMNO mengintai jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN berjaya menawan semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana misalnya pada pilihanraya umum 2004 UMNO menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Gerakan 13 namun jawatan Ketua Menteri tetap disandang oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dari Gerakan.
Lebih menguatkan kedudukan UMNO pada ketika itu ia menang empat kerusi Parlimen manakala Gerakan tiga.
Formula kepimpinan negeri yang digunapakai oleh BN sejak dulu lagi ialah jawatan Ketua Menteri disandang oleh Gerakan manakala wakil UMNO menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Atas sebab ini tidak menghairankan jika Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan tuduhan Ketua Menteri DAP itu beliau mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas Isnin.
"Dia kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini,”ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Turut hadir semasa tinjauan itu ialah Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi MIC negeri Datuk P.K Subaiyah.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi  pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.
"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang  kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.
"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO  tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya

Ibadah Puasa DiPolitikan Oleh Anak Haram DAP.


Dunia Politik hari ni dah jadi macam dunia hiburan serta lakonan semata - mata.

Kebanyakkan pemimpin puak - puak Pakatan Pembangkang tu semuanya memainkan watak masing - masing berdasarkan skrip yang telah disediakan oleh pengarah.

Siapa pengarah mereka? Siapa lagi kalau bukan Si Ketua Penipu tu. Dia la kepala alam yang mengaturkan segala watak dan lakonan yang perlu dilakonkan oleh mereka.

Tapi sayangnya, mereka tak tahu apa perbezaan dunia lakonan dan dunia nyata. Mereka tak sedar bahawa dunia lakonan ni hanya khayalan semata - mata.

Mungkin sebab mereka dah asyik dibuai dengan alunan 'Populariti' maka sebab itulah mereka tidak mempedulikannya.

Biar la tak berpijak dibumi yang nyata. Yang penting, aku glamour. Mungkin itu yang bermain difikiran mereka.

Dan dengan cara itu juga yang menghalalkan mereka untuk mempermainkan apa sahaja, termasuk kesucian ibadah puasa.

Apa gunanya kalau mereka berpuasa tetapi mereka tidak bertaqwa kepada Allah S.W.T? Hanya sekadar mahu menipu rakyat, itulah tujuannya.

Tidakkah mereka sedar bahawa dalam masa yang sama mereka juga cuba menipu Allah? Sayangnya, perkara ini tidak dijelaskan oleh pemimpin - pemimpin PAS kepada mereka.

Mereka lebih rela 'sahabat - sahabat' mereka menipu Allah daripada memberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebenaran.

Tapi, nak buat macam mana ye tak? Kalau dah namanya Penipu Rakyat, apa pun diorang tak peduli. Lagi pun, menipu je yang diorang pandai. Bukan tau buat benda lain!!!

Luahan hati sang -Semut Hitam

MKP kata:Apa dah jadi dengan Pemimpim pembangkang nie,Islam terus dihina untuk mengambil hati orang melayu puak penyokong PR pasti kembang pungkuq.

Politik perkauman Guan Eng



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa cuba bermain politik perkauman dengan menuduh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman bercita-cita menjadi Ketua Menteri jika BN kembali memerintah negeri itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan menegaskan, Guan Eng jelas mempunyai agenda tersirat apabila menggambarkan seolah-olah UMNO mahu 'merampas' jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang secara tradisinya dipegang parti komponen BN yang lain. 

''Guan Eng keluarkan kenyataan di akhbar-akhbar berbahasa Cina mengenai perkara ini, memberi gambaran kononnya Datuk Zainal mahu menjadi Ketua Menteri, saya fikir ini satu politik perkauman yang cukup berbahaya. 

''BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN selain UMNO, malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tinjauan mesra BN yang turut dihadiri Zainal Abidin serta kepimpinan BN negeri di Bazar Ramadan Kepala Batas, Permatang Rambai, di sini hari ini. 

Hock Nan berkata, tindak-tanduk Guan Eng itu juga bertujuan untuk menutup segala kelemahan kepimpinannya yang sering dibangkitkan termasuk oleh Zainal Abidin dalam isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri ini.

Felda Belum Bankrap Bagi Duit Raya Pada Peneroka.Riaksi PAS/PKR?????



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta. 

Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan FELDA di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata, kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA.


"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama FELDA akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. 

"Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama FELDA pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya. 

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. 

Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta. 
Tahun lalu, peneroka yang bersama FELDA atau yang menjual hasil kepada FELDA menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama FELDA RM150 seorang. 

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan FELDA seluruh negara, katanya. 

"Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal," katanya. 

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama FELDA supaya dapat kembali bersama FELDA bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan. - BERNAMA 



MKP kata:untung depa peneroka felda dapat duit raya tahun nie,Yg dok sokong PAS,DAP dan PKR patut tok sak bagi tp BN bersikap adil semua dapat duit raya.bertuah warga felda.

Monday, August 1

GEMPAR::JKKKN Mayang Pasir Bayan Baru Penyamun Hasil Didikan DAP.


Apa dah jadi dengan sikap pemimpin JKKKN yang patut bertangjawab mencemar kesucian masjid dan mengunakan kuasa yang ada untuk merompak apa yang patut diberikan kepada masjid Umar Ibnu al Khattab.Bazzar Ramadhan yang dianjurkan oleh AJK masjid telah disabotaj oleh JKKN dengan mendirikan khemah dan Gerai  dihadapan pintu utama ke Bazzar Ramadhan yang dianjurkan oleh qariah masjid.



Pihak Qariah  masjid perpendapat khemah dan gerai tersebut akan:

1.Pasar Ramadhan tersebut terletak diatas jalan-raya yang sibuk yang pastinya mengganggu lalu-lintas dan menghalang urusan Peniaga=peniaga yang menjalankan perniagan ditapak pasar ramadhan yang dianjurkan oleh AJK masjid Umar al Khattab Bayan Baru.

khemah/gerai yang diujudkan oleh JKKN

2.Menimbulkan keadaan tegang diantara peniaga-peniaga yang telah diberi kebenaran oleh qariah masjid dan menggangu pernigaan mereka

3.Pasar ramadhan dibawah JKKN sengaja diujudkan untuk memecahkan-belahkan masyarakat islam diantara kedua belah pihak.

khemah/gerai yang diujudkan oleh JKKN


4.MPPP menyalahkan gunakuasa dengan memberi kelulusan kepada JKKN yang bukan pemilik tapak di Masjid Umar AL-khattab sedangkan pihak AJK adalah pentadbir masjid berkenaan yang telah sekian lama menguruskan pasar ramadhan ditapak tersebut.

5.Mengujudkan pasar ramadhan JKKN adalah satu rencana kerajaan negeri untuk memecahbelahkan perpaduan orang melayu dan islam sedangkan kerajaan negeri melalui MPPP boleh memberi kelulusan kepada JKKN ditempat lain.

6.Tindakkan kerajaan Negeri membelakangkan kepentingan masyarakat islam dimana pekara seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini,perbuatan ini sengaja dilakukan untuk menghuru-harakan perpaduan umat islam.

Peniaga yang bakal menjalankan perniagan mereka yang diberi kelulusan oleh qariah masjid.

khemah yang dididirikan oleh qariah masjid/Pasar Ramadhan.


MatKilau Penang akan membuat pendedahan seterusnya selepas ini dengan video selepas ini.

PAS&DAP DAH MELUAT DENGAN ANUWAR>



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chandra Muzaffar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada pembangkang. 

Pelbagai masalah moral yang melumuri Penasihat PKR itu telah menyebabkan dua rakan sekutu parti tersebut iaitu Pas dan DAP pening kepala. Mereka memerlukan Anwar tetapi Anwar sendiri banyak masalah. 

Justeru bukanlah satu yang menghairankan apabila wujudnya dakwaan bahawa pembangkang kini terutamanya Pas berusaha memancing Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang bagi menggantikan Anwar. 

Pelawaan itu didakwa dilakukan memandangkan majoriti pemimpin-pemimpin pembangkang mungkin semakin yakin bahawa Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat melibatkan pembantu peribadinya Mohd.Saiful Bukhari Azlan. 

Oleh itu pembangkang perlu mencari alternatif bagi memastikan pakatan mereka tidak kehilangan nakhoda. 

Tengku Razaleigh dipilih mungkin kerana berdasarkan rekod bahawa beliau pernah menyatukan pembangkang suatu ketika dulu melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif. 

APU melibatkan kerjasama antara Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan beliau dengan Pas, manakala Barisan Alternatif pula melibatkan S46 dengan DAP. 

Dua kerjasama berkenaan diwujudkan kerana pada masa itu, Pas dan DAP tidak boleh berada sekapal berbanding sekarang yang sudah boleh tidur satu katil, satu bantal, satu selimut biar pun mimpi berbeza. 

Bagaimanapun penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan soal kedudukan atau pendirian Tengku Razaleigh, apa yang hendak ditegaskan ialah bagaimana sokongan terhadap Anwar semakin luntur dalam pakatan pembangkang sendiri. 

Sememangnya sentimen tidak mahukan Anwar bukanlah baru malahan ia sudah lama wujud terutamanya di kalangan penyokong-penyokong Pas. Mereka merasakan masalah moral Anwar banyak menjejaskan kredibiliti pakatan pembangkang dari semasa ke semasa. 

Menurut pengikut Pas mereka sudah letih apabila perlu berhujah setiap masa bagi mempertahankan Anwar dan ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan itu yang terpaksa ‘bersilat’ bagi membela Anwar dalam isu melibatkan moral ketua pembangkang berkenaan. 

Malahan kadang kala dalam tindakan itu, imej Pas sebagai sebuah parti Islam terjejas. Ia termasuklah apabila Abdul Hadi membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh menjadi saksi kerana ia adalah ‘besi’. 

Kenyataan itu biar pun menggembirakan Anwar dan penyokongnya tetapi menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat. Pas dilihat benar-benar tersepit kerana terpaksa berhujah apa sahaja untuk mempertahankan Penasihat PKR tersebut demi kepentingan politik bersama. 

Pas juga semakin tersepit apabila dilihat terlalu bergantung kepada Anwar demi meraih kuasa sehingga sanggup mengenepikan yang benar itu benar dan yang batil itu batil. 

Parti itu berbuat demikian bukan kerana merasakan tidak bersalah tetapi terpaksa melakukan sandiwara politik demi kepentingan pakatan pembangkang. 

Bagaimanapun akhirnya, Pas mungkin mula menyedari bahawa Anwar tidak selamanya perlu dibela. Alternatif perlu dicari bagi memastikan tidak berlaku kekosongan jika Anwar terpaksa kembali ke penjara Sungai Buloh. 

Oleh itu, mahu tidak mahu demi survival politik pembangkang terutamanya dalam mencapai impian ke Putrajaya, pengganti Anwar perlu dicari. 

Pas tidak mahu memilih di kalangan pemimpin DAP untuk menjadi ketua begitu juga DAP mereka sudah pasti sampai kiamat pun tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin Pas menjadi ketua pembangkang selagi mereka ada kekuatan. Justeru alternatif di luar pakatan dicari dan Tengku Razaleigh dilihat pemimpin paling layak. 

Anwar sudah pastilah kecewa dengan perkembangan ini kerana tidak menyangka bahawa Pas akan mengamalkan politik tikam belakang. 

Di hadapan umum, mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan menafikan apa yang sedang berlaku tetapi secara tersirat Anwar sememangnya sudah tidak diperlukan lagi oleh pembangkang. 

Tambahan pula, satu kajian baru-baru ini menunjukkan sokongan rakyat termasuklah di kalangan kaum India dan Cina terhadap Anwar semakin merudum di seluruh negara. 

Ia ditambah pula dengan jumlah kehadiran ke majlis-majlis ceramah Anwar yang dikatakan merosot teruk. Sokongan yang semakin merosot kepada Anwar juga turut menyeret parti pembangkang yang lain terutamanya Pas. 

Semua ini memberikan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain terutamanya Pas bahawa Anwar bukanlah harapan baru mereka, sebaliknya Anwar adalah bebanan yang harus dilepaskan jika pembangkang berhasrat meraih sokongan rakyat. 

Apatah lagi berbanding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain sama ada daripada DAP mahupun Pas tidak pernah berlaku di kalangan mereka yang berhadapan dengan dakwaan masalah moral yang begitu buruk seperti mana dihadapi oleh Anwar. 

Semua ini sudah tentulah telah lama berada dalam kotak pemikiran pemimpin-pemimpin pembangkang yang pada mulanya melihat Anwar ‘anugerah Tuhan’ untuk mereka. 

Apa pun sudah jelaslah kini bahawa Anwar tidak lagi pemimpin kebal atau ulung dalam pembangkang. Beliau kini perlu bersedia untuk disingkirkan bila-bila masa. 

Anwar mungkin akan berusaha untuk menghalang apa yang dirancang itu menjadi kenyataan tetapi ia sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada beliau bahawa sudah ada gerakan untuk menyingkirkan beliau daripada menerajui pembangkang. 

Hasrat menyingkirkan Anwar itu juga menunjukkan selama ini Pas dan DAP amat memahami sejauh mana kekuatan PKR. 

Jika PKR kuat sudah pastilah tidak akan wujud usaha untuk menggantikan Anwar sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang tetapi PKR tidak ada apa-apa kekuatan. 

Selama ini PKR wujud atas ehsan Pas dan DAP, jika kedua-dua parti itu tidak memberi bantuan sewajarnya, PKR tidak akan ke mana. 

Ia termasuklah bersikap baik hati seperti mana ditunjukkan oleh Pas yang sanggup mengorbankan kerusi selamat mereka kepada PKR demi kerakusan ingin berkongsi kuasa, kesudahan Pas pula yang dilihat bagaikan ‘melukut di tepi gantang’ – satu status yang sepatutnya disandang oleh PKR jika dikaji dari segi sejarah parti masing-masing. 

Apa pun Anwar kini semakin memahami betapa bahayanya politik tikam belakang - satu amalan politik yang tidak asing lagi bagi beliau sama ada semasa dalam pembangkang atau kerajaan suatu ketika dulu.

Sunday, July 31

PMRAM telah diharamkan di MESIR,HARAKAH CUBA PUTAR-BELITKAN FAKTA.



Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah satu persatuan yang telah lama sejak sebelum merdeka lagi... perjuangan dan pengorbanan Ahli PMRAM ini sangat dihargai dan jasanya sudah semesti dikenang sampai bila2.. TAPI !!! itu dulu...

Perjuangan PMRAM hari ini semakin lama semakin hanyut dibuai mimpi indah gara-gara sebilangan besar ahlinya terlalu ekstrem menceburi POLITIK MALAYSIA... Penentangan kepada kerajaan sudah menjadi perkara yang sinonim dengan perbuatan dikalangan ahli-ahli mereka ini... sepatutnya mereka di sini belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dengan lebih cemerlang... dan sepatutnya mereka lebih berasa bangga kerana mereka kebanyakannya merupakan mahasiswa pengajian islam di univesiti al ahzar...

Sejak perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di dataran hayyur assir(penempatan rumah negeri terengganu) pelbagai peristiwa yang berlaku dikalangan mahasiswa dan juga kepada pegawai kedutaan besar malaysia dan Pegawai HEP negeri-negeri yang ada disini...

Pembuangan Firdauz(presiden SUARA) yang merupakan pelajar darul ifta menjadi isu pertama paling hangat sejak BERSIH 2.0 dilakukan oleh mereka... firdauz merupakan pelajar tahun akhir di darul ifta. semasa "meeting" di kedutaan besar malaysia bersama dato duta, beliau telah menceritakan beberapa perkara yang sebenarnya telah berlaku... DARUL IFTA adalah satu univesiti yang melahirkan MUFTI2 agama... Univesiti darul ifta ini tidak sewenangnya untuk membuang pelajar dari pengajian kerana iainya dibawah mufti MESIR... pihak kedutaan hanya memberikan penjelasan kepada pihak DARUL IFTA di atas penglibatan pelajar berkenaan di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negera mesir...

Perkara ini telah dibesar-besarkan oleh HARAKAH di malaysia dengan memainkan isu "bakal mufti di buang atas arahan Kedutaan malaysia di kaherah" ... perkara ini adalah satu fitnah jahat yang dilakukan oleh HARAKAH... kerana pembuangan pelajar berkenaan bukanlah arahan daripada KEDUTAAN tetapi adalah arahan dari MUFTI MESIR sendiri... kerana mufti mesir juga melarang sama sekali perhimpunan atau demontrasi dilakukan oleh pelajar bagi menentang kerajaan..

Sejak kejadian tersebut, ahli2 PMRAM dan beberapa persatuan negeri telah membuat sholat dan doa laknat kepada kesemua pegawai kedutaan di kaherah bertempat di hayyur assir... semasa kedatangan menteri di pejabat perdana menteri dato jamil khir melakukan kerja di kaherah, pelajar2 ini sekali lagi membuat demontrasi untuk menyerahkan memorendum kepada beliau.( masa ini dilakukan di rumah Wilayah Persekutuan) perkara ini sungguh menjelikkan kerana mereka tidak menghormati kedatangan MENTERI di bumi kaherah...

perkara ini telah dipanjangkan ke pihak univesiti kaherah untuk diberikan maklumat...Syeikh Al-Azhar telah membuat satu perjumpaan dengan semua ketua2 pertubuhan dan persatuan negeri dipejabatnya di al azhar... amat menduka citakan bahawa, Syeikh Al Azhar telah menerima satu surat rasmi daripada wakil mahasiswa yang ditandatangani oleh PRESIDEN PMRAM menyatakan mereka tidak perlu hadir dengan 3 perkara...( surat berkenaan ada dalam simpanan saya. dan saya akan mengeluarkan sekiranya saya dituduh memfitnah atas perkara ini) ... inilah perkara yang paling membuatkan orang no 1 al azhar berang dan terus berkata " saya mahu ketua persatuan yg tidak menghadiri pertemuan ini di buang dari pengajian termasuk yang mentandatangani surat ini(Pres PMRAM). -klip video juga ada pada simpanan pegawai EME-

Syeikh Al Azhar telah mengarahkan sendiri pihak kedutaan besar malaysia untuk menyerahkan nama-nama yang terlibat di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bagi diambil tindakkan untuk dibuang dari pengajian... perkara ini di minta sendiri oleh Syeikh Al Azhar dan bukannya dari pihak kedutaan.. disaksikan sendiri oleh 9 wakil pelajar yang hadir dipejabatnya termasuk wakil KELAB UMNO KAHERAH, IMAM (melaka) , N9 dan juga persatuan anak Sabah dan Kelantan. dan beberapa ayat lagi keluar daripada Syeikh Al Azhar iaitu " PMRAM harus diharamkan" dan " Sesiapa yang terlibat dengan persatuan PMRAM juga akan dibuang dari pengajian" ...

Ucapan Ramadhan Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Ucapan Ramadhan Tan Sri Muhyiddin Yassin

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan kepada semua pelawat di blog ini.

Doa MatKilau Penang mudahan kita semua mendapat rahmat dah hidayah dari Allah SWT di bulan yang mulia ini.

MatKilau Penang juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat posting atau kata kata yang menyinggung anda sepanjang saya berblogging.

Wassalam.

FADILAT SEMBAHYANG TERAWIH

MALAM 1
Rasulullah S.A.W bersabda: Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Gadis 19 tahun hampir diperkosa



BATU FERINGGHI – Helah seorang lelaki yang meminta bagi menunjukkan arah tandas hampir menyebabkan seorang gadis berusia 19 tahun diperkosa lelaki berhidung belang. 

Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Nani dari Teluk Bahang itu bekerja di sebuah hotel bajet di Batu Feringghi. 

Menceritakan kejadian itu, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu sebagai pelanggan tetap hotel di tempatnya bekerja. 

Menurutnya, lelaki berkenaan adalah seorang anggota berpakaian seragam. Malam kejadian, lelaki terbabit datang ke hotel itu dan meminta untuk menggunakan tandas hotel. 

“Saya kata kami tiada tandas, saya terpaksa layannya berbual memandangkan dia adalah pelanggan tetap kami, kemudian dia minta untuk gunakan tandas di dalam bilik hotel, saya terangkan itu hanya untuk pelanggan yang mendaftar masuk ke bilik sahaja. 

“Dia berkeras dengan mengatakan dirinya adalah pelanggan tetap, saya memberinya kunci bilik supaya dia boleh pergi sendiri, namun dia memberi alasan tidak tahu bilik mana satu dan mahu saya membukanya sendiri. 

“Dalam hati memang saya tidak mahu tetapi saya fikir positif, setibanya di bilik saya ditolak dari arah belakang,” katanya sambil terhenti-henti kerana sedih mengenangkan saat itu semula. 

Nani bertambah takut, tambahan lagi keadaan dalam bilik begitu gelap, ketika dia mahu keluar, lelaki terbabit yang agak tinggi awal-awal lagi sudah menghalangnya. 

“Saya menjerit dan cuba kuatkan kudrat, akhirnya saya lepas dan terus bergegas ke bilik bos saya, sementara lelaki itu boleh buat macam tiada apa-apa bila dia keluar. 

“Bos saya meminta penjelasan daripadanya namun dia berlalu begitu sahaja, keesokannya saya dan keluarga telah ke pejabat lelaki berkenaan dan memang di hadapan kami ketuanya mengaku yang anak buahnya ada cubaan untuk mengganggu saya. 

“Apa yang menjadi kemusykilan pada kami ialah setelah membuat laporan polis dan juga memberi maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukti yang kami ingin kemukakan melalui Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dikatakan hilang secara tiba-tiba. 

“Alasannya mereka kata video rakaman hanya bertahan dalam satu hari lebih sahaja sedangkan kami sudah menontonnya dan ada rakaman yang tersimpan dari 22 Julai hingga 25 Julai 2011,” katanya. 

Sementara itu kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, dia dengan ahli keluarga tidak mengharapkan sebarang ganti rugi atau sebagainya, namun maruah keluarganya sudah tercalar. 

Seharusnya lelaki itu datang memohon maaf kepada mangsa dan ahli keluarga memandangkan berita khabar angin yang tidak baik sudah melanda mereka sekeluarga. 

“Ada ke patut mereka memberi adik saya RM500 sebagai ganti rugi, begitu mudah bagi pihak hotel dan juga pihak ketua lelaki hidung belang itu buat kami sebegini, bila kami tanya siapa yang berikan RM500 itu masing-masing tidak mengaku dan paling memalukan majikan adik saya menyuruhnya sedekahkan duit berkenaan ke masjid jika tidak mahu terima. 

“Itu duit halal atau haram? Tetapi dia mahu kami beri kepada masjid pula, sekarang kedua-dua sama ada hotel atau pihak majikan lelaki berkenaan semuanya hendak menjaga nama, nama baik adik saya siapa yang hendak jaga pula?,” katanya. 

Ketika berkunjung ke rumah mangsa, hampir 10 ahli keluarga turut berkumpul berkongsi rasa kecewa mereka terhadap tindakan majikan dan juga pihak majikan lelaki berkenaan. 


“Saya datang kerana bimbang jika mereka kata saksi keluarga tidak boleh digunakan memandangkan takut sebelah pihak saja, jadi saya orang luar dan mereka pula ialah orang di kampung saya, saya bertanggungjawab.

“Saya sendiri mendengar pengakuan daripada ketua lelaki berkenaan mengaku sendiri yang anak buahnya ada niat melakukan perbuatan tidak senonoh itu,” katanya.

Sementara itu Nani dalam keadaan kecewa berkata, dia telah berhenti daripada bekerja di hotel itu.

“Sekarang saya duduk di rumah sahaja kerana saya takut, saya tidak dapat bayangkan bagaimana kalau masa dia tolak saya itu saya jatuh atau pengsan, mungkin saya sudah jadi mangsa dia.

“Sekarang saya hanya mahu pembelaan ke atas diri saya, saya mahu dia minta maaf,” katanya.



Sumber sinar harian.

Saturday, July 30

Wanita Malaysia Beruntung,Penduduk Malaysia


Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 

Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97). 

MKP kata kaum lelaki malaysia perlu berhati-hati kerana lelaki sekarang ramai,bila dah ada yang berkenan tue cepatlah kahwin supaya tidak menjadi bujang terlajak. 

Pelakon Wayang Bershit DiCari.


Pelakon yang melakonkan watak mati hidup semula dicari bagi membantu siasatan Polis akan tetapi dinafikan oleh beliau.Memang sah beliau masih bernyawa dan sihat.lakonannya Malah beliau juga tidak menafikan bahawa wanita berpurdah seperti kelihatan pada video sebarang blogger Pro Pembangkang turut melakonkan watak tersebut. Pelan strategi ini kata beliau sengaja dirancang bagi menyampaikan mesej kekejaman Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak terhdp masyarakat Malaysia yg kononnya menuntut keadilan. Beliau berkata individu yg mengupah beliau diperakui ada kaitan dgn Anwar Ibrahim sbg tindakan mbalas dendam thadap penyebaran Video Seks Ketua Pembangkang tersebut. Shuhardi akan tampil memberi keterang dan kerjasama dgn pihak Polis." Ini yang sepatutnya disebut Shuhardi. Tak perlulah hendak pusing dan pusing menghasut, mengelirukan serta memperbodohkan rakyat. Apa lagi yg telus sgt Pembangkang pimpinan Anwar ini? Jikalau ada yg masih menyokong Anjing2 Negara kita pimpinan Anwar, anda tlh memusnahkan Agama, Bangsa dan Negara. Ingat. Lakonan ini tlh menipu segenap rakyat Malaysia. Institusi Polis terus dipijak. Melayu CinDia cadangkan agar polis bercuti selama sehari. Baru mereka tahu samada betapa pentingnya polis yg mereka gelarkan sebagai Anjing. Dan yg. peliknya, dlm nak menipu rakyat tu, b'laku juga kematian kan? 'Kebetulan' kot. 

Pembangkan​g cadang aktif tapi UMNO mahu buat ibadah...



UMNO akan menumpukan ibadah sepanjang bulan Ramadan walaupun pembangkang dilaporkan akan mengiatkan aktiviti politik kerana beranggapan pilihanraya umum ke 13 semakin hampir. “Bulan puasa kita buat ibadahlah buat sumbangan bantu warga emas, orang miskin dan ibu tunggal. Pembangkang biasalah, dalam kepala mereka semua politik,” kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mengulas sama ada road show beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke setiap negeri akan ditangguhkan sepanjang bulan puasa yang bermula Isnin ini sedangkan pembangkang bercadang mengiatkan kempen mereka.
“Kita buat ibadah, bahagian-bahagian (UMNO) pun buat ibadah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, petang Jumaat.
Sementara itu menjawab soalan pemberita  sama ada warna merah akan jadi simbol BN berdepan pilihan raya akan datang, Najib berkata, UMNO memilih warna ikut kesesuaian.
“Kelantan dan Kedah pilih warna merah. Terengganu pernah pilih biru, terpulang,” katanya mengulas gelombang merah di Kelantan sebelum ini dan di Kedah sewaktu lawatan beliau ke negeri itu, Ahad.
Malah pada kontroversi perghimpunan haram Bersih, Pemuda UMNO menerusi gerakan Patriot bagi menentang warna kuning Bersih turut memakai baju warna merah.
Menurut Najib, warna merah itu adalah warna ada kaitan dengan UMNO.
“Merah...warna menyala boleh naikkan semangat ahli-ahli dan penyokong kita,” katanya.
Najib turut mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO akan bermula 29 November hingga 3 Disember akan datang.
Beliau juga memaklumkan empat pemimpin dan ahli UMNO Bahagian Rantau Panjang dibebaskan daripada pengantungan keahlian iaitu Datuk Mohd Zain Ismail, Ghazali Ismail,Fauziah Wook dan Mohd Fauzi Omar.
Turut dibebaskan Amran Mat Bahagian Kuala krai dan Rosli Hasan dari Bahagian Bukit Katil.

Shahrizat sedih kementerian tidak sempat bantu Ashraf


Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau.

Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya kepada Bernama sebaik tiba di pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lepas dan telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari seri psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.- Bernama

Ghani Kulit Bagi Seluaq Dalam/Coli Rimau Kat Guan Eng.



GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik. 

Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.

Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.


"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu. 

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000. 

Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - BERNAMA
 




Ghani Kulit nie suka bagi benda pelik dekat Guan Eng betul jugak dia buat cam tu orang berniaga jika barangan sumber rezeki diambil dengan kejam siapa tak marah,anak dan bini kena bagi makan jugak nie sampai terjejas sumber pendapatan macam -macam orang boleh buat.

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive