exponegaraku

Sunday, April 28

Anak Istimewa Dr Mazlan Setiap Hari Berdoa Ayah Menang.....



Anak sulung calon Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Permatang Pauh, Muslidhuddeen Rabbani Mazlan mengharapkan bapanya, Dr Mazlan Ismail memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Muslidhuddeen Rabbani, 25, yang cacat penglihatan sejak dilahirkan berkata setiap hari selepas solat beliau sentiasa mendoakan kejayaan bapanya dan berharap bapanya dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Saya doakan walid menang dan dapat bantu orang susah. Kalau boleh saya juga nak ikut walid berkempen dan teman walid pergi mengundi,” katanya kepada pemberita selepas mengikuti bapanya berkempen di Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti, Kampung Pertama, dekat sini hari ini.

Beliau yang menuntut di Madrasah Tahfiz Al-Kayyis di Merbau Kudung, Sungai Dua dekat sini berkata beliau juga tidak sabar untuk mengundi buat pertama kalinya dan ia bertambah manis apabila bapanya turut bertanding pada pilihan raya ini.

Muslidhuddeen Rabbani dilahirkan di Hospital Pulau Pinang juga mempunyai keistimewaan menghafaz 12 juzuk Al-Quran.

Sementara itu, Mazlan berkata pihaknya merancang untuk membina sebuah pusat kebajikan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di parlimen itu yang akan dijadikan sebagai pusat informasi untuk menyalurkan pelbagai maklumat termasuk peluang pekerjaan kepada golongan berkenaan.

“Saya berjanji Insya-Allah, akan bagi harapan baharu bukan hanya untuk orang biasa tetapi kepada mereka (golongan OKU) juga,” katanya.

Beliau berkata kejayaan yang dikecapi beliau sehingga hari ini adalah hasil berkat doa anak istimewanya itu dan berharap doa anaknya untuk melihat beliau menang pada PRU13 ini dimakbulkan. – Bernama





1 comment:

Harapan Esok said...

macam mana gua nak ambil video ni...bg embed plesss

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive