exponegaraku

Tuesday, April 16

ANWAR DAH LARI DARI PERMATANG PAUH.........


Berita yang baru diterima bahawa Anwar telah mengosongkan rumahnya di Permatang Pauh. Aii Takkan BN baru umumkan Calon dah nak lari.. Mungkin ada resah dan gelisah membuatkan Anwar jadi begitu... MKP mendengar penjelasan dari Bakal YB Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail menagatakan bahawa kekuatan Anwar bukan kerana sokongan PKR akan tetapi dari Ahli PAS Permatang Pauh...


Perjumpaan hampir 1 jam itu dipenuhi dengan pengisian yang worth to write untuk pembaca MiM. Mungkin kerana tahap pelajaran Mazlan Ismail yang tinggi memperolehi kelulusan PHD sebelum ini, maka, perjumpaannya menjurus kepada visi Mazlan Ismail jika dipilih oleh rakyat Permatang Pauh. 
Personally, MiM dapati Dr Mazlan Ismail adalah seorang anak jati Permatang Pauh yang down to earth dan berkaliber disamping berpengetahuan tinggi dalam agama. 
Beliau memberi pelbagai contoh tempatan yang begitu dekat dengan rakyat Permatang Pauh tetapi tidak dilaksanakan oleh wakil rakyat Permatang Pauh sebelum ini.  
Yang menariknya ialah Dr Mazlan Ismail merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah jentera pilihanraya PAS negeri pada tahun 1998 dan 2004. Beliau dikenali di dalam parti PAS sebagai seorang pemimpin yang kuat bekerja dan seorang pemimpin yang bersih. 
Selama 20 tahun Mazlan Ismail menjadi ahli dan di dalam kepimpinan PAS Pulau Pinang tetapi selepas itu keluar daripada parti PAS pada tahun 2004. Apabila ditanya sebabnya, Mazlan Ismail mendedahkan bahawa beliau sudah tidak percaya dengan perkahwinan PAS dengan parti-parti lain terutamanya parti DAP. 
Daripada parti yang berdoktrinkan Islam, parti PAS dilihat bertukar arah menjadi parti yang lebih mementingkan politik apabila bersekongkol dengan parti DAP. 
Dan perkara ini sebenarnya menjadi persoalan besar kepada ahli-ahli PAS, bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia. Sumber MiM di Permatang Pauh turut memberi MiM info yang sama berlaku di Permatang Pauh. 
Apabila ditanya visi beliau kepada Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail berkata, selain daripada Manifesto BN negara dan negeri, beliau juga menggariskan beberapa perkara yang difokuskan khas untuk kesejahteraan rakyat Permatang Pauh, yang sebelum ini diabaikan. MiM dapati kesemuanya viable dan menguntungkan rakyat tempatan. 
Di antara banyak pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan semasa di dalam parti PAS ialah insiden Mat Sabu dan Hotel Perdana, Kelantan pada 31hb Januari 1995!
SUMBER... BLOG DrMIM 

2 comments:

Anonymous said...

Ini Kali Lah rakyat Permatang Pauh tamatkan karier politik Anwar Ibrahim. Mungkin ketentuan dah jadi begitu, beliau harus kalah dengan orang tempatan sendiri!!!!....

jangan harap Anwar turun dengan sewenang-wenang tunjuk perut dan batang!!

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin PR ni ramai yang berkereta besar, berumah besar, bercuti sana sini, tapi masih nak hantar email kepada rakyat yang serba sederhana ni, minta derma RM50, RM100 dsb untuk tabung pilihanraya. Ada ke patut? Kata pejuang rakyat! Korbanlah harta sendiri kalau ya nak bertanding pun! Janganlah nak tambah menyusahkan rakyat. Esok dah menang bertanding, siapa yang tambah senang dan tambah kaya? Rakyat bawahan tetap hidup mcm biasa juga.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive