Tuesday, April 9

DEPA BUAT HAL LAGI..........CELAKO CELAKO CELAKO


MKP bukan apa, Tadi ada jugak rakan seperjuangan tanya pasal benda nie. Bukan nak tunjuk Ego tapi ini adalah kenyataan. Ini Game gua lu jangan masuk campur atau pepandai nak desak atau provoke. 

Kerana keceluparan mulut akhirnya kantoi dengan kata-kata sendiri. Sorry beb MKP tak macam lu video terkam pun lu nak heboh. Apa barang!!!!

Bak kata pepatah cakap siang pandang-pandang, Cakap malam dengar-dengar. 

Ini peribahasa melayu. Kita ni memang kaya dengan peribahasa yang berkias-kias macam ni.

Cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar.. ala omputih kata ‘Look at our surrounding when we say something’

Maksud peribahasa di atas ialah seseorang perlulah berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu ini kerana takut terguris hati orang lain.

Sebagai seorang manusia biasa kita tidak lari melakukan kesilapan begitu juga adakala kita bercakap tanpa sedar. (Jangan nafikan anda tidak pernah bercakap tanpa sedar, kerana ini sentiasa berlaku kepada manusia biasa)

Kita perlu tahu  setiap apa yang kita ucapkan adalah menggunakan bahasa tidak kira lah samada bahasa yang digunakan itu untuk tujuan baik atau tidak.

Lihatlah situasi dan keadaan sekeliling, gunalah bahasa sebaik yang mungkin kerana bahasa itu indah.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.

Jom Layan video nie lagi Best...



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive