Tuesday, April 16

PESANAN KHAS DARI AIR ASIA ..... @tonyfernandes


MKP nak bagi pesanan khas pada Calon yang dok lobi sakan tapi akhirnya kecewa.. Rileks derr... Air Asia dah bagi kemudahan untuk sesiapa yang merajuk. Jangan lupa pulakbalik mengundi pada 5hb nanti...

Jangan sebab "marahkan nyamuk, kelambu dibakar". Peribahasa Melayu di atas mengingatkan saya bahawa seseorang tidak perlu memusnahkan segala-galanya yang sudah dibina hanya kerana satu perkara yang sangat kecil, kemudiannya merugikan diri sendiri.

Peribahasa itu juga secara tidak langsung mengingatkan MKP kepada bencana dan kerugian yang akan menimpa sekiranya wakil-wakil rakyat atau pemimpin yang tidak terpilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melakukan sabotaj kepada parti Barisan Nasional (BN).

Mereka ini perlu mengawal emosi masing-masing dan dinasihatkan tidak berbuat perkara yang boleh memusnahkan parti dan negara.

Bukan berniat untuk mentarbiahkan wakil-wakil rakyat yang sudah berpengalaman dan berpenggal-penggal lamanya dalam kancah politik, sebaliknya hanya sekadar berpesan-pesan.

Mereka yang tidak terpilih di dalam PRU-13 perlu mendapatkan nasihat daripada kalangan yang lebih berpengalaman dan pakar bagi meluahkan perasaan tidak puas hati.

Mereka boleh berjumpa nasionalis-nasionalis, pakar sejarah, pakar kaunseling, veteran-veteran parti dan tokoh-tokoh agama untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang bernas.

Pandangan-pandangan yang diberikan sekurang-kurangnya dapat merawat hati yang terluka (sebab tidak dipilih).

Jangan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada kawan-kawan atau kumpulan oportunis yang boleh menjahanamkan diri dan parti.

Kumpulan oportunis hanya pandai menghasut dan mengakibatkan rasa dendam yang lebih menebal




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive