RAPID

Saturday, April 20

UNDI DAP BOLEH MASYUKKK SYURGA........


Lepas nie Macai-macai PAS boleh berbangga kerana DAP boleh tumpang masyukk syurga PAS.  Tuan Guru Lim Kit Siang dah bersunat akan tetapi akar umbi DAP merasakan terhina kerana ini Dinasti Lim telah menghancurkan DAP.

DAP dikenali sebagai parti anak beranak yang urusan pentadbirannya dijalankan bagai sebuah syarikat swasta persendirian milik keluarga. Itu identitinya yang tak siapa dapat nafikan.

Pendek kata bila sebut saja DAP orang akan teringatkan Dinasti Lim kerana disebabkan jasa dinasti itulah, kini DAP di puncak kegemilangan sehingga mampu menjadi abang besar kepada PAS dan mempunyai orang kanan seperti PKR.

Itu cerita dulu kerana beberapa bulan kebelakangan ini imej Dinasti Lim nampaknya sudah tercalar terutama sekali selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung akhir tahun 2012.

Sana sini wujud kebimbangan ketara di kalangan pemimpin dan ahli DAP tentang kemungkinan parti itu akan digantung atau diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) gara-gara kemelut penyelewengan semasa pemilihan tempohari.

Lebih dramatik lagi bila timbul dakwaan menyatakan RoS tidak mengiktiraf senarai ahli CEC DAP dari pemilihan itu disebabkan banyak keraguan yang timbul.

Proses pemilihan CEC itu sepatutnya lancar seandainya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta balaci kroninya berpegang teguh pada aspek ketelusan semasa pemilihan itu.

Tapi disebabkan besarnya nafsu untuk menguatkan kedudukan Dinasti Lim, maka berlakulah silap mata di mana kroni Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari tiba-tiba sahaja menduduki tangga ke-20 sebagai ahli CEC yang dipilih.

Zairil atau nama sebenarnya ialah Christopher Ross Lim, 100%  darah keturunan Cina, dinaikkan kedudukannya sebagai ahli CEC walau hakikatnya tidak terpilih, semata-mata untuk menonjolkan konon ada juga pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli DAP.

Tambah menimbulkan kecelaruan bila mana seramai 753 orang perwakilan keturunan India sengaja dinafikan hak memilih hanya semata-mata kelompok pemimpin dan perwakilan itu memusuhi Dinasti Lim.

Disebabkan kecelaruan dan penyelewengan yang berlaku akhirnya meletakkan DAP dalam keadaan tersepit berdepan dengan siasatan selepas ahli-ahli DAP sendiri membuat laporan kepada ROS kerana meragui ketelusan proses pemilihan CEC DAP.

Dan baru sekarang para pemimpin DAP sibuk menyuarakan kebimbangan mereka kalau-kalau DAP terpaksa digantung atau dikuburkan sebelum atau selepas PRU-13, sudah agak terlambat kerana kerosakan yang berlaku sukar sekali diperbetulkan.

Namun seandainya ia menjadi kenyataan, tidak syak lagi beban kesalahan itu kelak perlu dipikul oleh Dinasti Lim.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive