exponegaraku

Saturday, April 13

BELUM JADI AHLI PARLIMEN DAH HINA KERETA WIRA.....RAKYAT MALAYSIA DIHINA


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Balik Pulau, Mohd. Bakhtiar Wan Chik ditunjukkan bukti bahawa dia tidak begitu diterima di kawasan ini apabila terlalu sedikit pengunjung Melayu yang menghadiri program ceramahnya.

Ceramah yang diadakan di Pasar Awam Balik Pulau di sini dihadiri kira-kira 300 orang yang majoritinya terdiri daripada penyokong DAP.

Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, menunjukkan sikap tidak patriotik beliau apabila mengagungkan kereta import berbanding kereta buatan tempatan dalam satu ceramah di sini malam tadi.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Muhammad Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: “Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.”  

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim.

Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang petang semalam, Muhammad Bakhtiar dilihat hadir dengan menaiki kereta mewah Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi beliau.

Berucap hanya kira-kira 10 minit beliau memberi alasan isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau sebelum giliran beliau.

Dua hari lepas 100 penyokong dan anggota PKR membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Anwar mengumumkan keputusan itu pada satu ceramah di Sungai Ara 5 April lalu.

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

1 comment:

Anonymous said...

Saya bangga dengan kereta Proton Wira saya.

Yang buat kereta tu adalah rakyat Malaysia. Saya yakin sebahagian drp mereka adalah pentaksub PR.

Dan saya yakin, mereka juga bangga dengan hasil kerja mereka.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive