Monday, April 22

#IniKaliLah Masyarakat Cina, India di Permatang Pauh Mahukan Perubahan..... #GE13


Masyarakat Cina dan India di Permatang Pauh berharap Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir semula kawasan tersebut berikutan kegagalan penyandang Parlimen itu, iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa kemajuan.

Rata-rata mereka yang ditemui mengakui sudah terlalu lama mendambakan kemudahan moden yang boleh memberikan kehidupan lebih selesa kepada penduduk.

Bagi Teoh Hang Chong, 37, sudah lama dia mahu melihat pembaharuan dan pembangunan di Permatang Pauh yang gagal dilaksanakan oleh Ahli Parlimen sebelum ini.

"Saya amat menyokong BN dan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya menyatukan rakyat pelbagai kaum.

"Sejak sekian lama dia (Anwar) gagal membawa kemajuan di kawasan ini dan hanya sibuk dengan isu peribadinya," katanya kepada Utusan Online di sini malam tadi.

Dia ditemui dalam majlis Malam Amal 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 1,500 penduduk sekitar di Kampung Sama Gagah di sini.

Yang hadir sama calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail dan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahaya.

Seorang penduduk Kampung Bagan Serai, G. Parimala Devi, 50, berharap kerajaan BN dapat menyegerakan projek pembinaan rumah mampu milik di kampung itu.

Jelasnya, penduduk telah menunggu agak lama untuk projek itu dilaksanakan, malah ramai yang telah berpindah ke kawasan lain kerana inginkan rumah yang lebih selesa.

"Anwar tidak pernah buat apa-apa untuk membantu nasib kami dan kami tidak mahu selamanya ditipu oleh pembangkang," tegasnya.

Pendapat sama disuarakan oleh S. Muthu, 54, yang mahu kerajaan BN membantu penduduk dengan membina rumah mampu milik di kampung berkenaan.

"Dulu Anwar banyak bercakap tapi tidak buat kerja. Jadi kepada kerajaan BN sahajalah kami boleh bergantung harap," katanya.

Sementara itu, Mazlan memberitahu, terdapat hampir 16,000 orang atau 25 peratus pengundi kaum Cina di Permatang Pauh meliputi kawasan Cross Street, Kubang Semang dan Sungai Lembu yang mengharapkan perubahan dari segi pembangunan.

"Mereka berharap BN mampu merealisasikan impian mereka.

"Kita harap sokongan ini berterusan dalam memastikan kemenangan BN pada hari pengundian, 5 Mei nanti," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive