exponegaraku

Monday, April 15

NIK AZIZ NAZAK BILA DITEGUR......... #SpendaStopa


Tindakan paling bacul ialah apabila hampir semua barisan pimpinan PAS bersikap dayus dengan cuba mengenepikan dakwaan memeranjatkan begini dengan melontarkan tuduhan pada Umno.
 
Jika Presiden PAS, menuntut bukti bahawa lelaki dalam video itu adalah Mustafa, kepada siapakah bukti itu sebenarnya hendak dituntut?
 
Sebaliknya, jika PAS menuduh ini semua fitnah Umno maka sebagai sebuah parti Islam, ia wajib mengemukakan bukti bahawa pemfitnah Mustafa ialah Umno!
 
Oleh kerana Mustafa ialah seorang pemimpin PAS maka apakah dengan menganggap mustahil beliau terjebak dalam adegan seks haram sebegitu akan dapat membersihkan maruahnya. Sindrom menafikan kemungkinan ini tanpa bukti adalah tidak wajar dan tidak Islami.
 
Kenapa PAS pilih kasih? Seharusnya PAS berpihak kepada kebenaran. Jika dikaji pada kaedah makronya adalah jelas PAS mahu mengambil alih tugas hakim dan juri dan menilai kebenaran.
 
PAS disogok pemimpin baru berlatar belakang jahiliah


Lihat sahaja ahli-ahli PAS yang baru menyertai parti itu mutakhir ini. Ada yang diraikan PAS sebagai calon boleh menang walaupun latar belakang mereka penyanyi, pelakon, pelawak, orang korporat dan panglima tentera. Apakah PAS yakin mereka tiada dosa dan noda?
 
Banyak cerita kurang enak boleh dibongkar dari latar belakang ahli-ahli glamor PAS ini. Apakah PAS menganggap satu penyucian dosa ialah dengan menjadi ahlinya?
 
Jika PAS ikhlas dalam perjuangan Islam, maka ia haruslah berani mengaku ada ahlinya bersalah di segi syarak dan juga moral. PAS tidak harus jadi pelindung kepada mereka yang berdosa. Itu taksub namanya. Asal ahli PAS seseorang itu automatik suci?
 
Sebaliknya PAS harus membantu sesiapa sahaja untuk membersihkan diri dari dosa dan noda dan membimbing mereka ke jalan yang benar dan bukan jalan taksub dan assabiyah yang sesat.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive