Wednesday, April 10

NURUL IZZAH JANGAN MACAM MACAM BOLEH...NANTI AKSI KULUM KELUAR SAT GIE......



Wahai Nurul Izzah jangan macam-macam boleh tak? Taktik gampang anak bapak nie supaya mengelirukan rakyat. SPR dah tetapkan tarikh dan hari mengundi mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.Majikan perlu memberikan masa untuk membuang undi pada hari berkenaan pada pekerjanya jika tidak akur tindakan boleh diambil. Sama jugak bila umat islam yang berkerja pada hari jumaat dibenarkan keluar untuk menunaikan solat berjemaah di masjid tak jadi masaalah pun....Ala benda kecil macam nie pun nak macam macam....

Penetapan 5 Mei sebagai tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke-13, yang jatuh pada Ahad bukan sesuatu yang mengejutkan, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, hari mengundi pada hari Ahad kemungkinan akan menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang bekerja hari Ahad.

"Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak buat begitu," katanya pada sidang media sebentar tadi.

SPR menetapkan hari pengundian PRU13 akan dilangsungkan pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.

Pengundian awal ditetapkan pada 30 April dan tempoh berkempen 15 hari.

Mengulas perkara sama, Nurul Izzah berkata, Biro Politik PKR akan membincangkan mengenai tarikh pilihan raya pada 5 petang ini.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, penetapan tarikh membuang undi pada hari Ahad dilihat mungkin akan menyukarkan untuk pengundi yang berada di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana Ahad merupakan hari bekerja di negeri tersebut.

Bagaimanapun, tambah Nurul Izzah, jentera parti sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive