Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sekali lagi enggan mengulas bersabit surat sokongan dari ulama tersohor, Dr Yusuf Qaradawi yang dilancarkan Mursyidul Am PAS semalam yang menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi perdana menteri.
Beliau yang diserbu media ketika turun dari pentas utama ceramah 'Amanat Putrajaya' semalam terus mengelak dari menjawab soalan diajukan pemberita.
Media yang menunggu sejak dari awal bertindak 'mengepung' Hadi tetapi dihalang oleh pengawal peribadinya.
"Tiada, tiada sidang media!," kata pengawalnya yang cuba menghalang media dari mengajukan beberapa soalan yang berkaitrapat dengan permasalahan PAS sekarang bersama Pakatan Rakyat.
Hadi sebelum ini membidas tindakan Anwar yang juga Ketua Umum PKR, yang mahu menggunakan surat sokongan daripada ulama tersohor Dr Yusuf Qaradawi untuk kesinambungan karier politiknya, sekaligus menjadi perdana menteri.
Hadi sebelum ini berkata pihak luar, termasuk Qaradawi tidak patut masuk campur dalam proses pilihan raya di Malaysia.
"Beliau (Yusuf Qaradawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.
No comments:
Post a Comment