exponegaraku

Saturday, April 13

Tun M Balun Husam... Ibarat Kena Selipar Lembik Dimuka!!!


Bukan Dr Mahathir Mohamad kalau bercakap bagi hujah 'kosong, dan hari ini, Naib Presiden PAS yang juga calon parti itu di Putrajaya Datuk Husam Musa 'kena sebiji'.

Tun Dr Mahathir berkata beliau cuma mengamalkan kebebasan bersuara, ketika ditanya mengenai komen Husam yang mahu Dr Mahathir tidak memberi sebarang ulasan politik dalam PRU13.

"PAS yang belum menjadi kerajaan bertindak mahu menutup mulut orang yang beri komen dan apabila telah menjadi kerajaan nanti sesiapa yang melawan parti itu akan ditangkap dan dimasukkan dalam jel," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS hanya menggunakan Islam untuk meraih undi serta menang pada pilihan raya dan langsung tidak mempunyai niat untuk memperjuang dan mendirikan sebuah negara Islam seperti yang dilaung-laungkan selama ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua anggota PAS meninggalkan parti itu kerana selama ini pemimpin parti itu banyak melakukan pembohongan kepada rakyat.Katanya

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sanggup mengkafirkan anggota dan penyokong UMNO walaupun anggota UMNO itu ibu bapa dan nenek moyang mereka sendiri.

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak berniat untuk bertanding pada PRU13, sebaliknya mahu menolong UMNO dan Barisan Nasional(BN) menang pada PRU kali ini.

Dr Mahathir berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih dengan membalas budi kepada UMNO dan BN yang selama ini memberi pertolongan kepadanya hingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun."Orang yang dapat pertolongan mesti ucap terima kasih.

Saya cuba tolong Umno dan BN dalam kempen sebagai cara nak lahirkan ucapan terima kasih. Saya tak ada niat untuk bertanding. Bila saya dah buat keputusan saya tak akan patah balik," katanya AD


1 comment:

Anonymous said...

Ya! Tun negarawan yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Yang BEST nya, beliau memberikan hujah yang solid macam batu... tidak bercakap kosong macam pemimpin pemimpin lain.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive