Saturday, April 6

ASSMIN ALI CURI KERUSI PAS, KESIAN PAS KENA KENCING.... #PRU13


YB Ais-Cream buat hal lagi berebut kerusi pulak kali nie..Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat masih belum membuat keputusan muktamad berhubung kerusi tersebut.

“PAS WP merasa kesal dengan pengumuman Azmin Ali dalam media semalam bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

“PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan,” katanya

Azmin semalam mengumumkan PKR akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan iaitu kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2008.

Pertukaran kerusi dibuat berikutan timbulnya bantahan akar umbi PKR apabila PAS mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar.

Sementara itu, Mohamad Noor berkata pihaknya masih terkilan dengan peristiwa pilihan raya umum lalu (PRU12) apabila ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang menaja calon Bebas bertanding di Labuan.

Keadaan itu menyebabkan perpecahan undi dan membawa kelebihan kepada pihak Barisan Nasional (BN) sehingga PAS kalah teruk sebanyak 7, 901 undi.

“Sekiranya Pakatan nak kalahkan BN mesti bertanding satu lawan satu, tak boleh tiga penjuru.

“Selepas ini jangan ada parti yang menaja lagi calon Bebas. Kalau macam ni peluang lebih tipis kerana undi akan berkurangan sebab ada pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Mengenai isu kerusi Parlimen Setiawangsa pula, beliau berkata pihaknya akan menunggu keputusan daripada pimpinan tertinggi dalam Mesyuarat PAS Pusat yang akan diadakan pada 9 April nanti.

Pakatan Rakyat peringkat WP pada Ogos 2011 telah membuat keputusan mengenai isu pembahagian kerusi.

Seperti yang dipersetujui, PKR mendapat empat kerusi (Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Batu), DAP pula lima kerusi (Cheras, Kepong, Segambut, Seputeh dan Bukit Bintang).

Manakala PAS mendapat tiga kerusi iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan, sementara Setiawangsa masih dalam perbincangan.







No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive