Friday, April 19

UMMI HAFILDA SEBAK MENJUNJUNG AL-QURAN BERSUMPAH LAKNAT...........


Sepucuk warkah yang berusia 12 tahun 7 bulan bertajuk “Warkah Keramat Buat Perdana Menteri” yang ditulis oleh Ummi Hafilda, adik Azmin Ali pada 5 Ogos 1997 ditujukan kepada Yang Amat Berhomat, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.


Meskipun warkah setebal 19 muka surat nampak usang hingga klip kertasnya pun berkarat, namun isi kandungan warkah itu menjadi faktor utama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di puncak kuasa dalam kerajaan tersungkur dan terlucut jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Abang dan kakak mengiringi Ummi Hafilda ke mahkamah semasa perbicaraan kes rasuah Anwar 1998. Kelihatan Ummi Hafilda bersama abangnya, Azwan Ali. Turut kelihatan di belakang Intan Dawini Ali (Kak Lang) dan Norlia Ali (Kak Long), kedua kakak Ummi Hafilda

Penulis warkah itu bernama Ummi Hafilda Ali, adik bongsu kepada Azmin Ali (sekarang Timbalan Presiden PKR). Warkah itu ditulis dengan sokongan  keempat-empat kakak-kakak dan abang-abang Ummi Hafilda (kecuali Azmin Ali)  iaitu Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azwan Ali (artis) dan Mohd. Azman Ali.

Ketika warkah itu ditulis, Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Warkah itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana membabitkan moral penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin Ali dan hubungan seks luar tabie dengan pemandu peribadi Azmin Ali. Isteri Azmin bernama Shamshida Taharin, manakala pemandu peribadinya, bernama Azizan Abu Bakar yang sebelum ini pernah menjadi pemandu peribadi isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab, walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis, demi menyelamatkan abang saya, iaitu Mohamed Azmin Ali dari terus teraniaya, maka kami adik beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik pertimbangan dan budi bicara YAB menerima laporan ini untuk kebaikan semua pihak”, kata Ummi Hafilda dalam warkah itu.

Warkah itu mencatatkan Shamshida Taharin, ipar mereka mempunyai hubungan sulit dengan Datuk Seri Anwar. Perkara ini disahkan oleh Aton, pembantu rumah Azmin. Aton memberitahu, Datuk Seri Anwar akan menelefon Shamshida antara jam 6.30 petang, 8.30 malam dan kadang kala 12 tengah malam, ketika Azmin sedang nyenyak tidur, mereka berbual secara sembunyi-sembunyi di antara setengah jam hingga satu setengah jam.

Pengesahan Azizan Abu Bakar, 12 Jun 1997

Hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida turut disahkan oleh pemandu peribadi Shamshida sendiri, iaitu Azizan Abu Bakar.

Pada 12 Jun 1997, Azizan telah datang ke pejabat Ummi Hafilda mengesahkan hubungan sulit tersebut. Perbualan selama dua jam setengah itu, membongkar modus operandi hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida yang melibatkan orang perantaraan Anwar, Dato Nallakarupan.

Menurut Azizan, kebiasaannya, setiap kali pertemuan majikannya (Shamshida) dengan Datuk Seri Anwar, beliau akan membawa isteri Azmin Ali itu ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex dan Datuk Seri Anwar akan datang menjemputnya dengan kereta mewah Daimler WBV 37, yang dipandu oleh Dato Nalla. Mereka akan pergi ke kondominium mewah, Tivoli Villa untuk tempoh dua hingga tiga jam. Waktunya kira-kira jam 5.30 petang dan pada kebiasaannya hari Rabu.

Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Tivolli Villa tidak diiringi oleh polis pengiring kerana beliau memberi alasan beliau ingin bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.



Elok jugaklah Ummi Hafilda mengangkat sumpah Laknat , Lepas nie nak tengok jugak Anwar berani atau tidak berbuat benda yang sama..


2 comments:

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR

Anonymous said...

ikutlah peraturan tangkap basah saja habis cerita tapi sampai kini tak berlaku juga sya syorkan tangkap pada masa kejadian,

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive