exponegaraku

Monday, April 22

DAP UPAH KONGSI GELAP UNTUK MUSNAHKAN BENDERA @BarisanNasional


Seramai 11 lelaki ditahan kerana membawa senjata berbahaya ketika memasang bendera parti di Bayan Baru dan Butterworth awal pagi Isnin.

Jurucakap pilihan raya polis kontinjen negeri, ACP Roslee Chik berkata pihak polis menemui sebilah kapak dan tiga bilah parang pelbagai saiz selain puluhan bendera parti dalam kereta yang dinaiki enam lelaki berusia antara 18 hingga 37 tahun di Queens Bay, Bayan Baru kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Mengikut laporan awal yang kita terima, suspek dikatakan menurunkan bendera parti lawan sebelum memasang semula bendera parti mereka," katanya.

Beliau berkata lima lelaki lagi yang berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan pula di tempat parkir Jalan Kampung Benggali, Butterworth pada pukul 2.28 pagi.

Hasil pemeriksaan, polis menemui enam bilah parang panjang yang disembunyikan dalam kereta mereka, katanya.

Roslee juga berkata siasatan awal mendapati mereka telah diupah memasang bendera dengan bayaran RM80 sehari dan baru selesai menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu polis menurunkan kain rentang di Bukit Minyak pada Jumaat lepas yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan provokasi yang kononnya dipetik dari kenyataan bekas pegawai tinggi polis dan tentera.

Roslee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Beliau berkata setakat ini 114 laporan polis telah dibuat berkaitan pelbagai isu pilihan raya dan daripada jumlah itu, 26 laporan kertas siasatan telah dibuka. BERNAMA.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive