Friday, April 5

@Zahid_Hamidi CABAR @Anwaribrahim BERSEMUKA DI BAGAN DATOH...... TUE PUN KALAU BERANI.....


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datoh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.    

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata sebelum ini, Anwar dikatakan akan bertanding di Ipoh Timur atau Gopeng dan terbaru Ketua Pembangkang itu dikatakan sedang memikirkan kemungkinan bertanding di Tambun atau Bagan Datoh.

"Saya amat-amat mengalu-alukan Datuk Seri Anwar untuk datang ke Bagan Datoh bagi menawarkan dirinya untuk bertanding atas tiket PKR kerana kerusi Bagan Datoh adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dan sebelum itu Semangat 46.

"Ini kampung saya, tempat saya dan kawan-kawan saya dibesarkan. Siapa saja mahu bertanding di Bagan Datoh saya persilakan.

"Saya bukan mahu riak atau takbur...datanglah," Katanya. Beliau mengulas hasrat Anwar untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan bertanding di Perak.    

Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad Zahid mengalahkan calon PKR Madzi Hasan dengan majoriti 2,692 undi.

Anwar Ibrahim meminta penyokongnya memberikan masa 24 jam untuk memutuskan kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
 
Anwar berkata memandangkan ramai penyokongnya di Permatang Pauh kini sudah menzahirkan kekecewaan terhadapnya, beliau mengambil keputusan untuk berunding semula dengan kepimpinan di kawasan itu.
 
"Saya bercadang memang hendak bertanding di Perak, saya sudah 9 tahun hidup di Perak, 7 tahun di MCKK, dan 2 tahun di ISA.
 
"Bagaimanapun kawan saya di Permatang Pauh ramai yang kecewa, esok saya kena berunding di sana, jadi kena beri saya 24 jam untuk saya putuskan," katanya

MKP Ayat Sempoi : Gelangang Dah Dibuka, Anwar Jangan Sembang Saja Kencang Lawan Tetap Lawan.

1 comment:

Berita dari gunung said...

Tentu ANWAR ingat MCCKK.... kerana disitu semuanya bermula, bibit-bibit Kaum Luth.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive