Tuesday, April 2

POLITIK "TOKONG" GUAN ENG


Ketua Menteri Lim Guan Eng akhirnya terserlah sebagai pemimpin yang hanya mahu bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang begitu tinggi.

Walaupun mendakwa dirinya merentasi politik perkauman dan berjiwa Malaysia, Guan Eng tidak mahu bertanding di kawasan yang mempunyai komposisi pengundi Melayu dan Cina yang hampir sama.

“Ketakutan” Ini terbukti apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan menyahut cabaran Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow untuk menentang beliau di kerusi yang mempunyai pengundi pelbagai kaum yang seimbang.

Guan Eng sebaliknya berkeras untuk menentang Teng hanya di DUN Padang Kota yang mempunyai lebih 70 peratus pengundi Cina, kaum yang merangkumi lebih 90 peratus keahlian DAP.

Walaupun mendakwa mempunyai sokongan kuat di seluruh Pulau Pinang, Guan Eng enggan turun bertanding di kawasan bukan majoriti Cina.

Sepertiga daripada 40 kerusi DUN di negeri itu mempunyai komposisi pengundi Cina dan Melayu yang hampir sama.

Kerusi-kerusi di sekitar Butterworth dan Bukit Mertajam sesuai dijadikan medan untuk Guan Eng membuktikan kehebatan beliau merentasi kaum.

Guan Eng mencabar Teng bertanding di Padang Kota kerana terlalu yakin akan menang di sana, sehingga beliau mengisytiharkan tidak akan bersaing untuk kerusi Parlimen.

Tujuan beliau jelas untuk mematikan karier politik Teng setelah Setiausaha Agung Gerakan itu menghembus nafas baru dalam kempen Barisan Nasional menawan kembali Pulau Pinang.

Teng dikenali sebagai peramah, senang didekati dan paling penting, menepati janji kepada rakyat justeru memberi saingan kepada Guan Eng dan DAP.

Dalam keghairahan menarik Teng untuk bertanding di Padang Kota, Guan Eng cuba membuktikan beliau adalah “tokong” kepada pengundi Cina dan bukan berjiwa Malaysia sebagai yang diuar-uarkan.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive