Friday, May 17

MAAF DS NOH OMAR ANDA TIDAK LAYAK MENYERTAI KABINET @NajibRazak


Ayat yang sesuai bagi bagi pengikut tegar atau penyokong setia DS Noh Omar. Kita semua kena redha dan berfikir sejenak dan bukannya buat andaian melulu berdasarkan pemikiran kurang sihat. Ada sebabnya tidak disenaraikan didalam Menteri Kabinet. Pada Pandangan MKP ada hikmah atau perancangan yang telah disusun oleh pucuk pimpinan buat DS Noh Omar serta UMNO Selangor amnya. 

MKP berharap pihak yang berkenaan hentikan provokasi yang kurang menyenangkan. Ketika ini DS Najib Razak memerlukan kita disaat kritikal ini. Beri masa dan peluang. Mungkin ada perubahan selepas Perhimpunan Agong UMNO kelak. Sabar seketika itu tidak mendatang kerugian apa-apa pada kita. So Be cool guys....

Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan semalam dan malangnya, ia disambut dengan keluhan.   Dunia seolah-olah terhenti seketika, sunyi, seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini.   Kadangkala apabila keadaan terlalu senyap, kita menjadi gelisah.  Apatah lagi apabila melihat musuh kita turut senyap seolah-olah ‘merestui’ kabinet baru yang dilantik.  Sedangkan musuh yang kita kenal itu tidak pernah merestui apa-apa yang kita lakukan sebelum ini.  

Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi Barisan Nasional dalam PRU-13 kerana terlalu takut jika Pakatan Rakyat menang, kini tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu BN menang, atau sekadar membantu BN menunda kekalahan? 

Entah kenapa, majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba ‘memberi muka’ dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet ini adalah yang terbaik.  Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru.  

Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kepimpinan.  Ini tidak menghairankan kerana kita semua sudah ‘terbiasa’ dengan pemerintahan dinamik dan tegas Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima apa-apa yang berbeza dari cara itu.   

Tun Mahathir telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar, berani mencabar Zionis, lantang menghentam Soros, pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara, bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia.  

Biarpun beliau dihentam dan dicemuh, tetapi beliau konsisten dan fokus dengan perancangannya sehingga akhirnya satu demi satu yang mereka yang mencemuh dan menghentamnya terpaksa akur bahawa beliau benar.    Kaum Cina yang sebelum itu menggelar beliau Ultra-Melayu juga akhirnya akur bahawa beliau bukan rasis lalu memberi sokongan padu kepadanya.  

Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia di zaman Tun Mahathir adalah jelas iaitu ‘ketegasan’ adalah penting, dan bukannya ‘populariti’. Dari situ, Malaysia muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah.  

Jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan.   Kenapa?  

Tidak lain tidak bukan ialah kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus ‘terbalik’ dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas.  

Justeru, rakyat yang mengundi Barisan Nasional tempoh hari menaruh harapan yang tinggi agar keadaan ‘diterbalikkan’ semula sepertimana zaman kegemilangan Malaysia.  Tidak cukup sekadar ekonomi yang teguh dan kukuh jika soal maruah bangsa dan negara tidak diambilkira.   

Ancaman keganasan serta penjajahan alaf baru kini bukan lagi sesuatu yang dibaca di akhbar dan ditonton diTV.  Tetapi ia sudah begitu dekat dengan kehidupan kita.   Oleh kerana itulah semua yang sebelum ini ‘malas’ mengundi, telah turun memberi kemenangan kepada BN supaya ancaman itu dapat dikekang dan dihapuskan supaya kita boleh fokus ke arah membina negara.  

Di saat ini, rakyat berada dalam keadaan resah dan gelisah melihat musuh-musuh negara bebas ke sana ke mari membuat onar dan melakukan kerosakan tanpa apa-apa tindakan.   

Jika persoalan awal di kalangan rakyat berbunyi ‘apakah yang ditunggu oleh kerajaan?’, soalan selepasnya kini berbunyi ‘apakah yang kerajaan takutkan?’  

Dan semua persoalan ini perlu dijawab secepat mungkin oleh barisan kabinet baru.   

Rakyat hanya mampu berharap agar keresahan dan kegelisahan mereka dapat dihilangkan dengan segera.   Kini, terpulanglah kepada mereka yang dilantik untuk memastikan resah dan gelisah rakyat itu tidak bertukar menjadi menyampah.  

4 comments:

Harimau Kumbang said...

Mereka yang sayangkan negara pasti risau melihat kerakusan pembangkang...risaukan nasib dan masa depan anak2 yang masih kecil.Setiap hari mendoakan agar akidah umat Islam kukuh dan tak mudah terpesong.Isu murtad amat mengerunkan.
Moga kita dan anak cucu cicit kita selamat dunia dan akhirat.

Anonymous said...

paling aku risau menteri pertahanan apakah nanti yg ditahan tahan atau pun bertahan saja atau pun tahan dulu nak buat tindakkan tak tertahan risau hati ku

Anonymous said...

DS NOH lebih baik di lantik ke KBS.

Anonymous said...

DS Noh Omar menyebabkan aku sebagai orang Selangor berasa sedih dan kesal kerana apa yang terjadi dikalangan pemimpin UMNO adalah gara-gara tiada kesepakatan dalam strategi. Habis Melayu Selangor merana! Kalau yang undi PAS di Selangor tu adalah bacul-bacul yang yakin mereka telah dijanjikan syurga oleh N.Ajis!dan anak cucu cicit Kelantan yang mengaku anak Selangor tapi suka melihat perpecahan seperti yang mereka amalkan dikampung halaman nenek moyang mereka di Kelantan! PKR tak usahlah cerita, memang ahlinya anak-anak Selangor tak cukup akal dan tiada pembacaan selain Haramkah, blog fitnah, dan texting gosip dan propaganda! Selangor untuk Selangor, jangan biarkan anak jati negeri lain hancurkan negeri ini! Pemimpin bongkak, bodoh dan sombong jangan berangan nak jadi pemimpin Selangor! Aku syorkan Najib cepat buat pelan pelapisan!Ahli UMNO segala ceruk dicari dan aktifkan penglibatan. Jangan biarkan pemimpin kecil segala cerok yang berlagak seperti "Napolean" menghalang bijak pandai Selangor untuk aktif bersama rakyat.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive