Monday, June 4

JANGAN JADI "GUNTING DALAM LIPATAN"


Selalu MKP dok tibai pembangkang dalam blog ini akan tetapi kali nie nak tengok pulak masalah dalaman.Dari dulu hingga kini masalah dalaman kita masih lagi menular,Yang MKP pelik ianya terpalit sekali dengan nama UMNO padahal individu/persorangan yang memegang jawatan didalam parti...Jika ini berterusan nescaya Tranfomasi yang dibawa oleh PM sudah tentu tidak dicapai sepenuhnya.Kepada semua harap apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Agong UMNO ini memberi kita pengajaran kepada kita semua sebagai ahli UMNO.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui bahawa terdapat segelintir anggota Umno yang sering mencetuskan masalah sehingga menjejaskan imej parti itu.

Malah menurut beliau golongan ini turut memperjudikan kesetiaan kepada parti demi kepentingan peribadi.
"Memang Umno tak bersalah tetapi orang dalam Umno yang selalu membuat kerenah. Betul juga yang ada kata kan kerena kawan dalam umno kita akan diberi jawatan. Kesetiaan pada individu bukan kesetiaan pada parti dan negara diambil kira dan ini merosakkan Umno. Pemimpin mesti membuat perubahan...," memetik kenyataan laman Facebook beliau hari ini.
Tengku Adnan sebelum ini menggesa anggota Umno supaya segera menjauhi sindrom kecewa akibat tidak mendapat sesuatu yang dihajati sehingga sanggup mengkritik parti.

Beliau berkata sindrom kecewa itu dibimbangi akan memudaratkan parti sehingga menyebabkan kelahiran golongan ‘gunting dalam lipatan’ di kalangan anggota parti sedangkan mereka seharusnya meneruskan perjuangan UMNO dan bukannya terus dikuasai rasa kecewa.

Justeru beliau menasihati supaya tidak terlalu mementingkan jawatan dalam parti, sebaliknya memfokuskan kepada persediaan menghadapai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Sehubungan dengan itu Tengku Adnan berkata beliau tidak teragak-agak untuk menentang mana-mana anggota Umno yang berhasrat untuk menjatuhkan parti itu.
"Saya sayangkan parti saya yang mendukung Islam dan tidak mahu melihat akidah kita dipesongkan jika ada pemimpin saya yang akan merosakkan parti, saya sendiri akan menentang mereka tak kira jawatan apa sekalipun yang dia terajui."
MKP Ayat Sempoi : Bukan kata ahli/pemimpin UMNO saja yang buat hal akan tetapi pejuangan dalam siber pun sama,apa nak buat,Inilah yang akan menjatuhkan kita kelak....kata pepatah orang lama "Menarik Rambut didalam Tepung,Tepung Tak Berselerak Rambut Tak Putus"........ 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive