Monday, April 1

AWEK CUN INI BAKAL YB DI PAHANG.........?


Perghhh hebat PKR nie ambil orang muda yang cun dan berpendidikan untuk jadi calon pada PRU-13 nanti. Adakah taktik ini berjaya menawan hati orang muda. Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini, dan persoalan sekarang ialah sejauh mana mereka ini mampu menjadi penentu keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengundi muda adalah penentu agak "samar" berdasarkan pelbagai faktor antaranya kesukaran menentukan sokongan pengundi itu.

PKR dilihat lebih menumpukan kepada kerusi yang mereka menangi pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Apapun, parti itu dijangka menghadapi tentangan sengit pada kedua-dua kerusi tersebut kerana Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh UMNO termasuk di Parlimen Kuantan pasti akan melakukan berbagai strategi bagi merampas kerusi yang menempatkan ibu negeri Pahang itu. 


Buat masa ini antara nama-mana pemimpin UMNO yang disebut-sebut akan bertanding di Indera Mahkota iaitu Dato' Hazmi Yusof, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota sendiri dan Dato' Wan Adnan Wan Mamat, ADUN Tanjung Lumpur yang juga bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum Azan Ismail dulu. 

Sementara itu di kerusi parlimen Kuantan pula, UMNO yang bertanding semula di situ selepas kerusi tradisi itu diserahkan kepada MCA pada dua PRU yang lalu dijangka meletakkan sama ada Dato' Hamid Nazahar (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan) atau pun Dato' Suffian Awang (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO pusat). 

Harus diingat kedua-dua pemimpin itu ada kekuatannya kerana Dato' Hamid adalah orang kanan Dato' Hishamuddin Husein manakala Dato' Suffian pula orang kanan Perdana Menteri sendiri. Makanya sudah pasti pertembungan kali ini lebih hebat daripada pilihanraya terdahulu. Apakah PKR berjaya kekalkan kedua-dua kerusi itu, atau sebaliknya?





No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive