Thursday, April 4

HEBAT ANWAR TIKAM BELAKANG MB KEDAH, PAS UMPAMA ANJING BAGI PKR....... #GE13


MKP agak kesian dengan MB Kedah nie. Bukan apa sampai macam tue sekali Anwar tikam belakang Alim Ulamak PAS.  Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau masih belum menerima daripada Pas pusat, senarai akhir calon-calon Pas yang bakal bertanding, pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Macam mana nak dapatkan nama dari PAS Pusat wahai MB paling kerap ambil cuti sakit? Hang dah kena sailang dengan Anwar!! Bukan cakap kosong siap dengan surat bukti sekali mengesahkan bahawa Anwar telah sabotaj PAS. Anwar tahu bahawa Azizan ini adalah adalah duri didalam daging PAS Kedah.



Apabila Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan mengecam Kerajaan Negeri Selangor yang terlalu banyak berjanji tetapi tidak menunaikan janji-janjinya, para pecacai Pakatan pakat tepuk dahi masing-masing. Kalau selama ini, Azizan dilihat seperti duri dalam daging, sekarang Azizan dilihat sebagai daging busuk yang sudah berulat dan perlu disingkirkan dari Pakatan Rakyat.

Azizan sebenarnya mahu berterus-terang bahawa pentadbiran Kedah di bawah kepimpinannya telah gagal melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Kedah walaupun memberikan pelbagai janji-janji muluk. Pun begitu, disebabkan keangkuhan, Azizan lebih rela menyalahkan Selangor dan Khalid Ibrahim daripada mengakui kelemahannya sendiri.

Barangkali Azizan terlupa sesuatu sewaktu dia mengeluarkan kenyataan mengecam Kerajaan Negeri Selangor yang kuat berjanji itu. Tidak seperti Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai seorang PENASIHAT EKONOMI bergaji seringgit. PENASIHAT EKONOMI yang dikatakan sangat hebat itu bernama ANWAR IBRAHIM.

Apabila Azizan mendedahkan tentang kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, bermakna Azizan turut mengusik Anwar Ibrahim. Siapa yang berani mengusik Anwar Ibrahim di dalam Pakatan Rakyat?

PAS Kedah sedang berhadapan dengan masalah yang sangat besar apabila krisis kepimpinan negeri itu, kini sudah berada di puncak dan tidak lagi dapat disembunyikan. Keserakahan Phahrolrazi Zawawi yang mahu menumbangkan Azizan Abdul Razak dan dilihat mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Guan Eng serta Anwar Ibrahim, pastinya amat meresahkan Azizan Abdul Razak.

Keadaan itulah yang membuatkan suatu ketika Azizan pernah menyatakan, sekiranya PAS ingin melihat PAS Kedah pecah berterabur dan langsung tidak mempunyai gigi lagi, sokonglah Phahrolrazi dan dia akan memastikan PAS tidak lagi dapat bertapak di Kedah.

Amaran yang diberikan oleh Azizan Abdul Razak itu bukan sembarangan amaran. Azizan mempunyai sokongan akar umbi yang cukup kuat di Kedah walaupun kepimpinan PAS terutama sekali Mat Sabu cuba menafikan kekuatan tersebut. Malah Phahrolrazi Zawawi sendiri sudah dapat merasai kesan daripada perbuatannya apabila dia dilihat bersendirian dengan hanya segelintir penyokongnya yang sanggup dan memberanikan diri untuk tampil.

Keberanian Azizan menempelak Anwar Ibrahim, tentu sekali akan menambahkan lagi musuh-musuh di sekelilingnya. Dan pastinya juga, permusuhan berkenaan akan menyebabkan peluangnya untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar Kedah, turut berhadapan dengan kesukaran. Apatah lagi Azizan langsung tidak mahu berkompromi dengan DAP dan PKR yang masih berusaha untuk menambah Kerusi untuk ditandingi di Kedah.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive