Wednesday, April 3

MAMPUKAH ANWAR MENJADI PM KE-7. 222 KERUSI PARLIMEN JADI PERTARUHAN.......


Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan berikutan pembubaran Parlimen Malaysia hari ini, dijangka yang paling sengit sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Pada PRU13, sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri akan dipertandingkan.

Semua negeri akan menyaksikan perebutan kerusi Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali Sarawak yang cuma akan mengadakan pilihan raya untuk kawasan Parlimen. Sarawak mengadakan pilihan raya negerinya pada tahun 2011. 
 
Pada tahun 2008 ketika Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi dan Pakatan Rakyat 82. Ini adalah kali pertama BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

Pakatan Rakyat memenangi lima negeri sementara BN menguasai yang lain. Perak kemudiannya jatuh ke tangan BN.

Enam pilihan raya kecil kawasan parlimen diadakan selepas PRU12 berikutan kematian wakil rakyat ataupun kerusi dikosongkan oleh wakil.

Tujuh ahli parlimen telah keluar dari Pakatan Rakyat dan dua orang dari BN.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Ghazali dari PAS meninggal dunia pada 17 Julai 2011 dan kerusi itu tidak diisi kerana kekosongan berlaku selepas tiga tahun Parlimen bersidang.

Ini menjadikan kedudukan sebelum pembubaran – BN 137 kerusi, Pakatan Rakyat 74 kerusi, Bebas 8, Kita 1, PSM 1.

Sarawak mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang terbanyak, iaitu 31, sementara Perlis adalah negeri yang paling kecil dengan 3 kerusi.

Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing mempunyai satu kerusi sahaja.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai 11 kerusi, iaitu lebih daripada negeri seperti Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive