Monday, April 8

NIK AZIZ BAKAL GANTUNG DIRI SELEPAS NIE...UNDI PADA PAS ADALAH HARAM.....



PAS pastinya selepas ini akan susah nak tawan kedah kerana ramai dikalangan Ulamak telah menolak PAS yang taksub berpolitik.

Golongan ulama pondok pada hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sisi Islam.

PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.
 
Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu Allah adalah nama Tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada Tuhan melainkan Dia (Allah).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama Tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama Tuhan kerana ini membezakan Tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama Tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.

"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah.

3 comments:

iluvislam said...

Blogger bodoh...ulamak rm2 juta tu tak de sape nak percaya...murid 25 mengaku ulamak...pigi daaaaa...mari tengok kat kelantan puluh2 ribu anak murid ulamak TGNA

Anonymous said...

PAS adalah haram diundi :D
yg haram tetap HARAM !!!

Anonymous said...

nama je iluvislam, islam milik manusia yg menyembah Allah.. bkn yg sembah tuhan selain Allah, benda senang ni pun xleh pikir apa kat malaysia dia sorang je ke ulamak

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive