gaza

Thursday, June 2

KJ Sepatutnya Nikahi Nurul Izzah


Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa cakap-cakap kononnya beliau sepatutnya berkahwin dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini adalah mengarut.
Malah beliau kesal kerana masyarakat lebih gemar mempercayai cerita-cerita karut daripada yang benar.
"Itu adalah cerita merepek, saya tidak pernah mengenali beliau (Nurul Izzah) selain bertemu di Parlimen," katanya dalam segmen sembang secara langsung 'Question Time' di laman web interaktif Yahoo! Malaysia pagi Khamis.
Beliau berkata demikian selepas seorang pembaca yang menggunakan nama Didi mempersoalkan sama ada benar atau tidak Khairy suatu ketika dahulu sepatutnya berkahwin dengan anak Ketua Pembangkang itu.
Dalam pada itu, Khairy turut menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan peribadi dengan Anwar dan keluarganya.
Malah beliau sekali lagi menegaskan hanya berjumpa Anwar di Parlimen bukan di tempat-tempat lain.
"Saya tiada hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan keluarganya," katanya menjawab pertanyaan seorang lagi pembaca dikenali sebagai Shukor.
Hubungan Khairy-Anwar menjadi buah mulut masyrakat selepas Ketua Pemuda Umno itu dikatakan bertemu dengan Ketua Pembangkang berkenaan selepas dibebaskan daripada menjalani hukuman hampir enam tahun dipenjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan liwat pada 2 September 2004.
Khairy dikatakan bertemu sendiri Anwar bagi urusan pasport bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjalani rawatan di Munich, Jerman pada ketika itu.

Skim Latihan 1Malaysia untuk graduan dilancar





PUTRAJAYA: Kerajaan melancarkan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi meningkatkan kebolehpasaran atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan bermula tahun ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata untuk fasa pertama 3,000 graduan akan mengikuti program itu manakala 5,000 graduan bakal mengikuti program untuk fasa kedua.
Beliau berkata, Bank Negara Malaysia bersama-sama 25 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan terbabit dengan program SL1M bagi fasa pertama.

Wednesday, June 1

KERAJAAN DAPig HALAU MELAYU FLAT JALAN ZAINAL ABIDIN.



Projek rumah flat jalan zainal abidin adalah perumahan rakyat termiskin dibandar Georgetown,Pulau Pinang sewa bulanan yang perlu dibayar oleh setiap penghuni ialah sebanyak RM 124.00 sebulan.Semuanya adalah hasil kejayaan BN yang prihatin terhadap rakyat miskin bandar.


Selepas tiga tahun Pemerintahan DAP telah menghalau penghuni yang didakwa tidak membayar sewa bulanan,8 rumah telah diambil tindakan oleh Wong Hon Wai pengerusi perancangan bandar dan rumah bagi pihak kerajaan negeri.Siapa yang mahu rumah yang kini tempat berteduh diusir tanpa perbincangan terlebih dahulu,sepatutnya pihak berkenaan datang berbincang supaya pekara ini diselesaikan denga cara yang baik bukanya datang terus memotong terus kunci pintu pagar rumah berkenaan ini adalah penabulan hak asasi kita rakyat malaysia.






Alasan diberikan adalah kurang munasabah kerana dikatakan dijadikan stor simpanan barang adakah rumah berkenaan layak dijadikan stor.

QAZAF:INI JAWAPAN KEPADA ANUwar DAN PENYOKONGNYA...NAH AMBIL



SUDAH lebih satu dekad, iaitu sejak tahun 1998, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai episod kontroversial yang melibatkan dirinya, telah menjadi tokoh yang paling mempengaruhi situasi politik tanah air.
Oleh kerana pada ketika bermulanya Saga Anwar, dengan pemecatannya pada September 1998, beliau merupakan seorang tokoh besar dalam negara maka pelbagai episod yang melibatkan beliau begitu menarik minat dan menangkap imaginasi masyarakat.
Boleh dikatakan beliau adalah tokoh yang paling disanjungi oleh sebahagian daripada kita dan paling dibenci pula oleh sebahagian yang lain. Malah, sanjungan atau kebencian terhadap pelbagai tokoh, pertubuhan dan institusi yang lain dalam negara ini turut banyak dipengaruhi oleh persepsi kita terhadap peranan mereka dalam Saga Anwar ini.
Akhirnya Saga yang cukup panjang dan dramatik ini nampaknya makin menghampiri babak penutupnya. Terutamanya dengan kemunculan dua episod terakhir yang sangat besar kesannya iaitu, episod kes tuduhan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta episod video seks yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Jikalau terbukti Anwar benar-benar bersalah dalam kedua-dua episod ini atau salah satu daripadanya maka sudah pasti Anwar sudah tiada kredibiliti lagi untuk memimpin, hatta keluarganya sendiri sekalipun.
Kita katakan ini kerana, jika Anwar terbukti bersalah dalam dua episod terbaru ini, maka berkemungkinan besar bahawa semua atau sekurang-kurangnya sebahagian besar dakwaan-dakwaan terhadap Anwar selama ini, sama ada isu moral mahupun bukan moral, juga adalah benar.
Jika dihimbau kembali segala dakwaan dan ‘dalil’ yang timbul sebelum-sebelum ini, hakikatnya ia menampilkan Anwar sebagai individu yang cukup bermasalah dan berpenyakit. Tidak patut lagi mana-mana pihak mempunyai prinsip menyokong Anwar kecuali mereka yang terdesak dan atau mempunyai agenda sampingan lalu mahu mempergunakan beliau untuk mencapai matlamat lain.
Sebaliknya, jika terbukti bahawa Anwar bersih dan tidak bersalah, maka memang wajarlah beliau mendapat simpati kita semua dan memang sangat zalimlah mereka yang mereka-reka tuduhan palsu terhadap beliau. Kredibiliti moral mereka ini juga akan runtuh daripada melayakkan untuk diangkat atau kekal sebagai pemimpin.
Jadi hakikat sebenar dalam dua episod terakhir Anwar Ibrahim ini sangat kritikal dan besar implikasinya. Soalnya, siapakah dan neraca manakah yang paling tepat untuk membuktikan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.
Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan kemampuan Islam untuk merungkaikan segala persoalan dan sebagai seorang yang punya sedikit latar belakang agama, saya yakin ajaran Islamlah satu-satunya formula penentu yang paling adil kepada kemelut ini.
Cuma dalam Saga Anwar, soal formula Islam dan neraca syariat sering turut menjadi kelabu dan keliru. Ini adalah kerana kes ini melibatkan Anwar. Tokoh yang menampilkan imej agama dan mempunyai latar belakang gerakan Islam.
Faktor ini menjadi punca kegagalan sebahagian masyarakat Islam termasuklah sebahagian ahli-ahli agama untuk bersikap objektif dan neutral apabila menanggapi kes. Apatah lagi bila faktor-faktor lain seperti kepentingan politik atau kebencian melampau terhadap UMNO/BN turut kuat mewarnai sikap mereka.
Akhirnya hujah agama, terutamanya hukum Qazaf, sering dijadikan asas untuk cuba mengelakkan Anwar daripada dibicarakan dan diadili dalam kedua-dua kes ini.
Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful. Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja.
Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.
Beliau juga mendakwa kejadian yang telah berlaku sebelumnya bukanlah dengan sepenuh kerelaan beliau walaupun akhirnya pendakwa memilih untuk mendakwa Anwar di bawah seksyen yang tidak melibatkan paksaan, mungkin untuk memudahkan pendakwaan dan pensabitan kesalahan.
Dalam situasi sebegini, hukum syarak menuntut agar kes Saiful didengari dan diadili dan bukannya ditolak mentah-mentah kerana kegagalan beliau mendatangkan empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian tersebut. Memang dalam kes rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seks tempat kerja, hampir mustahil untuk si mangsa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.
Oleh itu, syarak menetapkan bahawa beban bukti dalam kes rogol atau sumbang mahram adalah berbeza. Segala bentuk bukti yang boleh diterima oleh syarak selain daripada saksi mata boleh diterima pakai dalam kes ini termasuklah DNA, rakaman CCTV dan seumpamanya.
Hakikatnya kesalahan yang hendak dibuktikan dalam kes Saiful lawan Anwar adalah bukannya hudud zina atau liwat tetapi liwat yang berbentuk rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual tempat kerja.
Saya yakin mana-mana tokoh ulama sekalipun, termasuklah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi atau Syeikh Wahbah al-Zuhaili, akan memberi pandangan yang sama jika fakta kes yang sebenar dijelaskan dengan tepat kepada mereka.
Selain daripada unsur paksaan, Qazaf juga melibatkan tuduhan daripada pihak ketiga. Kes Saiful adalah melibatkan pihak yang mendakwa menjadi mangsa dan bukannya pihak ketiga. Jelas sekali perbezaan fakta kes berbanding dengan kes Qazaf iaitu tuduhan zina daripada pihak ketiga tanpa asas dan bukti seperti dalam kes asalnya melibatkan Sayyidatina ‘Aishah ra. Maka tidak salahlah jika dikatakan bahawa sikap berkeras membenteng Anwar atas nama Qazaf adalah suatu kedegilan dalam kekeliruan terhadap hukum syarak.
Dalam episod terbaru melibatkan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar, adalah tidak benar jika pihak yang mendedahkan perkara tersebut hendak dipersalahkan dari segi hukum syarak. Kalau nak dikatakan sebagai salah kerana mendedahkan aib sesama Islam, kita semua maklum bahawa larangan membuka aib dalam Islam ada beberapa pengecualiannya.
Kita dibolehkan mendedahkan aib demi memberi amaran tentang kejahatan yang boleh menimpa orang lain dan dalam kes menilai kesesuaian peribadi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin.
Jika hendak dikatakan Qazaf pula, adakah Eskay Shazril seorang penuduh yang datang dengan tangan kosong? Jelasnya beliau datang sebagai pihak yang mendakwa sebagai pihak yang turut terlibat, malah turut ada dalam rakaman video tersebut. Beliau juga datang dengan membawa rakaman video tersebut serta bukti-bukti sokongan yang lain seperti jam Omega yang kuat diperkatakan itu.
Bolehkah kita terus menghukumnya sebagai pelaku Qazaf? Bukankah Qazaf juga sebahagian dari kesalahan Hudud? Kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis mengarahkan kita untuk mengelakkan pensabitan Hudud jika terdapat apa-apa syubhah atau kesamaran?
Tidak cukupkah apa yang dibawa oleh Eskay untuk menimbulkan syubhah atas dakwaan bahawa beliau membuat tuduhan zina yang palsu atau tanpa asas terhadap Anwar? Kita juga sangat faham bahawa bukti video tidak mencukupi untuk mensabit kesalahan Hudud Zina, tetapi ia tetap boleh diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan takzir atau membuktikan kesahihan sesuatu fakta.
Dalam kes Anwar, kita bukannya hendak menghukum beliau dengan Hudud Zina tetapi yang terpenting adalah hendak memastikan adakah beliau orang yang terakam dalam video tersebut, yang akan menentukan tahap keperibadian beliau.
Jika diteliti perspektif di atas dengan insaf, maka jelaslah bahawa Anwar tidak boleh terus-terusan mempergunakan Islam dan hukum Qazaf untuk mengelakkan daripada menghadapi proses kehakiman dalam kedua-dua episod ini.
Beliau dan penyokongnya perlu akur kepada prinsip hukum Islam bahawa beliau perlu membersihkan dirinya daripada dakwaan bahawa beliau telah meliwat Saiful Bukhari serta dakwaan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks terbabit.
Sementara proses ini berlangsung dan belum selesai, kaedah yang terbaik dan amalan yang lebih terhormat ialah dengan meminta Anwar bercuti daripada semua tugas rasminya sehinggalah namanya dibersihkan (jika beliau benar-benar bersih). Bukannya dengan beliau ataupun para penyokongnya yang taksub terus-menerus cuba berselindung di sebalik hukum Qazaf atau atas nama agama.

Khairy, Nasrudin, Dr Asri Mengulas Isu Video Seks Anwar Ibrahim.


Berkongsi pentas di forum Sinar: Fitnah – Ancaman Umat Akhir Zaman di Shah Alam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau bersependapat dengan pandangan Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi berhubung dengan hukum hudud tetapi soal taqzis perlu diletak pada isu yang sebenarnya.
Khairy mengulas isu video seks Anwar Ibrahim, dalam hal ini bersetuju tidak mahu aibkan mana mana pihak kerana perkara tersebut amat penting dalam politik terutama politik majoriti Islam seperti di Negara Malaysia perlu ada peradaban.
Kata Khairy pandangan Nasaruddin Tantawi jelas, berhubung hukum hudud dimana hukum hudud tidak boleh tidak boleh ditokok tambah dan tidak boleh diubah dimana jika tidak ada empat saksi dalam kes zina maka ada tuduhan kazaq.
Dengan menegaskan apa yang dikatakan oleh Nasarudin adalah benar berhubung hukuman kazaq dimana hukumanya lapan puluh sebatan, jika zina dibuktikan dengan empat saksi yang waras yang adil maka hukumannya rejam sampai mati sekiranya sudah berkahwin atau pun seratus kali sebatan sekiranya belum berkahwin dan itu juga tidak boleh diubah, ditokok tambah.
Tetapi… katanya lagi, kita harus tanya, undang undang ini bukan hanya di Malaysia, wilayah persekutuan bukan hanya hudud bukan hanya qisas tetapi taqzir juga…
Kata Khairy, jikalau melihat kepada hukum akta kesalahan syariah wilayah persekutuan 1997 apa yang terkandung dalam akta tersebut yang diguna pakai oleh PAS juga yang diguna pakai oleh PKR juga yang bawa kes qazaq yang bawa kes ke makamah syariah wilayah persekutuan adalah undang undang taqzis maksudnya bukanlah undang undang hudud.

Tuesday, May 31

DAP MELAYU DAH SEDAQ,YANG LAIN BILA LAGI.



 “Kalau bukan kita yang nak tolong bangsa kita sendiri, siapa yang akan datang menghulur bantuan. Kami juga ibarat `melukut di tepi gantang’ bila bersama-sama DAP walaupun pada awal penubuhan DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong dua tahun yang lepas, kami ini diibaratkan sebagai `anak emas’, apa sahaja yang permintaan kami, kononnya akan ditunaikan oleh DAP khususnya ADUN Kinrara yang kini merupakan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok,” ujar bekas Pengerusi DAP Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab, 58.



Sehubungan itu, Harun bersama kumpulan pertama terdiri daripada 64 orang bekas ahli DAP Lembah Kinrara, Cawangan DAP Melayu di Selangor menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan petang tadi.
“Kesedaran yang timbul dalam diri kamilah yang menyebabkan kami rasa bertanggungjawab untuk kembali bersama perjuangan UMNO, kerana kami juga satu ketika dulu merupakan ahli UMNO, namun kerana kesilapan yang kecil ketika itu, kami membawa perpecahan kepada UMNO di kawasan kami.
Kami sedar, dan kami bersepakat untuk keluar DAP.  UMNO tu bukan tak elok, yang tak elok itu adalah diri kita sendiri. Kita yang tak sokong dengan elok, yang akhirnya orang pandang serong dan buruk pada UMNO atas kesilapan yang kita sebagai ahli sendiri yang buat,” ujarnya selepas menyerahkan 64 borang permohonan kepada Datuk Ahmad Maslan, petang tadi.
PKR memang wujud di kawasan Lembah Kinrara, namun keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan cawangan DAP Melayu yang pertama dibuat pada tahun 2009 kerana beliau tidak yakin dan percaya kepada perjuangan PKR di kawasan tersebut, manakala PAS memang tidak ada di kawasan tersebut.
”Ketika itu, kita memang tengok DAP pada zahir sahajalah. Cara mereka memikat kita ketika itu memang eloklah. Kalau ada apa-apa yang kita cakap pun ketika itu, dia dengar. Tapi sekarang ini, kalau kita nak minta bantuan pun, lepas tapis, tapis.
Sekarang ini bila mereka dah menang lama, dah semakin kuat, kita pun dia dah tak pandang lagi. Sehubungan dengan itu, buat umat Melayu yang masih bersama DAP ini, agar berfikirlah kembali asas perjuangan kita, agar kita tidak mengkhianati anak bangsa kita di masa depan atas kesilapan yang kita lakukan pada hari ini,” ujarnya.

FAKTA MENGENAI TARIF BARU ELEKTRIK.






Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeluarkan satu senarai soalan-soalan lazim ditanya mengenai tarif baru elektrik:

1. Bilakah tarif baru ini akan berkuat kuasa?
Tarif baru elektrik akan berkuat kuasa pada 2 Jun 2011.

2.Berapakah jumlah peningkatan tarif elektrik yang disemak semula?

a)Purata tarif elektrik akan bertambah sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj.

Peningkatan 7.12 peratus ini terdiri daripada: 

*5.12 peratus atau 1.60sen/kWj akibat peningkatan harga gas asli bagi sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU sejajar dengan peningkatan harga-harga tenaga global; serta 
*2.0 peratus atau 0.63sen/kWj bagi TNB memperolehi semula sebahagian daripada peningkatan kos bekalan elektrik sejak semakan semula tarif asas pada Jun 2006.

b)1.0 peratus yang dikenakan ke atas bil bulanan pengguna sebagai "Feed-in-Tariff (FiT)" untuk mempromosikan Tenaga Boleh Baharu RE). Pengguna-pengguna domestik dengan penggunaan kurang daripada 300kWj/bulan akan dikecualikan.

3.Apakah kadar-kadar khas atau diskaun yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna? 

Pakej semakan semula tarif juga memberikan kadar-kadar khas dan diskaun seperti berikut:

*Diskaun 10 peratus ke atas bil-bil elektrik yang kini dinikmati oleh sekolah-sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi kerajaan, tempat-tempat ibadat serta rumah-rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan telah dikekalkan. Diskaun 10 peratus tersebut akan merangkumi juga institusi-institusi pendidikan yang dibiayai separuh oleh kerajaan;

*Pengguna-pengguna Pengstoran Tenaga Termal(TES) akan menikmati diskaun yang lebih tinggi bagi penggunaan elektrik bukan waktu kemuncak;

*Pengurangan caj "standby" bagi penjana bersama untuk menggalakan inisiatif-inisiatif Teknologi Hijau, Keberkesanan Tenaga serta Pengurusan Bahagian Permintaan (DSM); dan

*Syarikat-syarikat rawatan air, pengagihan air serta pembentungan dikategorikan di bawah Tarif Industri.

4.Berapakah purata peningkatan bil elektrik bagi setiap segmen pengguna?

Pengguna-pengguna industri akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus hingga 10.3 peratus). Sementara pengguna-pengguna komersil akan mengalami purata kenaikan sebanyak 8.35 peratus (dari 6.2 peratus kepada 10.3 peratus).

Bagaimanapun, semua pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sehingga 200kWj (jaluran penggunaan asas) dan 100kWj berikutnya tidak akan terjejas dengan peningkatan tarif. Pengguna domestik dalam jaluran ini akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj dan 33.4 sen/kWj masing-masing.
Pengguna domestik dalam jaluran 301 hingga 400 kWj sebulan akan mengalami kenaikan minima bil elektrik (iaitu 0.1 -6.0 peratus atau RM0.07 – RM6.60).

5.Apakah kesan terhadap pengguna Jaluran Penggunaan Asas?

Jaluran Penggunaan Asas dikekalkan pada 200kWj/bulan. Pengguna Domestik dalam jaluran penggunaan asas tidak pernah mengalami sebarang peningkatan tarif elektrik sepanjang pengubahsuaian tarif yang lalu sejak 1997. Kira-kira 3.3 juta isi rumah akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj. Bilangan isi rumah ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah golongan miskin (iaitu pendapatan kurang daripada RM750 sebulan).

6.Apakah tujuan utama semakan semula tarif elektrik?

Kenaikan tarif elektrik adalah sebahagian besarnya disumbang oleh peningkatan harga gas asli terhadap sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU (28 peratus) berkuat kuasa daripada 1 Jun 1 2011.

Peningkatan harga gas asli tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga-harga tenaga global sejak 2009 dan ianya berdasarkan mekanisme harga gas asli oleh kerajaan di mana harga tersebut disemak semula secara bertempoh sejajar dengan tren harga pasaran Minyak Bahanapi Medium (MFO). 

Oleh kerana kos gas asli menyumbang kira-kira 54.2 peratus daripada jumlah kos campuran bahanapi (tahun kewangan 2010), kos tambahan bahanapi yang disebabkan oleh semakan semula harga gas diterjemahkan dalam bentuk peningkatan tarif elektrik pengguna.

7.Bagaimanakah harga gas ditentukan?

Harga-harga gas ditentukan berasaskan harga bahanapi alternatif. Sebagai contoh, jika minyak bahanapi digunakan dalam penjanaan tenaga dan jika gas digunakan untuk menggantikan minyak bahanapi sebagai sumber tenaga maka harga gas akan menjadi sama seperti minyak bahanapi. Kebiasaan penggunaan harga gas secara relatif kepada bahanapi alternatif (contoh harga-harga minyak bahanapi) ini telah digunapakai di semua negara-negara di rantau ini.

Mengikut sejarah, sektor tenaga di Malaysia telah menggunakan minyak bahanapi untuk menjana elektrik. Bagi menawarkan insentif-insentif kepada sektor tenaga supaya menukarkan daripada minyak bahanapi kepada gas, sejajar dengan yang dipraktikkan secara antarabangsa, harga-harga gas ditambatkan kepada harga-harga minyak bahanapi, yang didagangkan dan disiarkan secara meluas.

Oleh itu, harga-harga minyak bahanapi telah digunakan sebagai rujukan untuk menentukan harga gas di Malaysia untuk menjana tenaga.

Formula harga gas yang telah dipersetujui antara pembeli dan penjual telah disebutkan di dalam perjanjian-perjanjian penjualan gas (GSA).

Ia memberikan ketelusan antara kedua-dua pihak. Harga-harga gas yang ditentukan berasaskan formula harga gas yang dipersetujui akan bergerak mengikut harga-harga pasaran minyak bahanapi.

8.Bagaimanakah subsidi gas ditentukan?

Subsidi dirumuskan sebagai perbezaan antara harga pasaran (iaitu harga yang ditentukan daripada formula harga yang dipersetujui) dan Harga Tetap Kerajaan (harga subsidi).

Buat masa ini harga pasaran untuk gas bagi sektor tenaga adalah kira-kira RM 47.42 setiap MMBTU sementara harga subsidi ialah RM 10.70 per MMBTU. Oleh itu, perbezaan antara harga pasaran dan harga subsidi, adalah RM36.72 setiap MMBTU.

9.Apakah kesan kos subsidi gas terhadap negara?

Sehingga akhir 2010, PETRONAS telah membelanjakan kira-kira RM131.3 bilion untuk subsidi gas kepada kedua-dua sektor tenaga dan bukan-tenaga.

Sekiranya harga-harga gas kekal tidak berubah (iaitu RM 10.70 setiap MMBTU untuk sektor tenaga; RM 15.35 setiap MMBTU untuk sektor bukan tenaga), ini akan melibatkan kira-kira RM27 bilion subsidi pada 2011. Oleh kerana keadaan tersebut tidak tertanggung lagi, kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menstruktur semula subsidi gas. (Nota: Anggaran subsidi gas adalah berasaskan harga minyak bahanapi sebanyak USD 93.98 se tong dan kadar pertukaran sebanyak RM3.0467/AS$).

Memikul beban subsidi akan menghadkan keupayaan PETRONAS untuk menyumbang dalam bentuk dividen dan cukai-cukai korporat. Ia juga menghadkan keupayaan PETRONAS untuk melabur semula bagi mengekalkan aliran pulangan pendapatan di masa hadapan

Monday, May 30

BELIA DAN POLITIK.


Tahniah MKP ucapkan kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana berjaya menganjurkan Himpunan Sejuta Belia.Walaupun ada tomahan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang itu pekara biasa kerana kerja mereka hanya membangkang apa saja yang dibuat oleh kerajaan BN.Datuk Seri Najib mengumumkan perlunya Parlimen Belia adalah Idea yang bernas dan tepat.  

UNJURAN Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010 bagi jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang atau 43 peratus daripada populasi rakyat di Malaysia. 

Sehingga Disember 2010, seramai 11,811,452 yang berusia 21 tahun ke atas sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala pengundi yang berusia 21 hingga 39 tahun mencecah 40 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.
Ini menjadikan golongan belia menjadi kelompok yang penting untuk diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan masa depan negara.


mam al-Ghazali pernah menyatakan: “Jika kamu ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah keadaan generasi mudanya yang ada sekarang.” Secara tidak langsung kelompok ini bukan saja boleh menjadi rakan pembangunan negara tetapi juga sebaliknya. 

Golongan belia tentunya membawa pola dan tingkah laku politik berbeza. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu, saluran orang muda dikatakan penyebab tsunami politik di lima negeri yang terlepas ke pakatan pembangkang. 

Walaupun trend itu dikatakan berubah dalam siri pilihan raya kecil kebelakangan ini, namun dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, tingkah laku politik orang muda berbeza mengikut geopolitik kawasan. 

Ada dua aspek utama yang membentuk pola politik pengundi muda. Pertama, tahap pendidikan dan yang kedua pengaruh media sosial. Boleh dikatakan majoriti pengundi muda mendapat pendidikan minimum pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini bermakna mereka berada dalam ruang lingkup pengaruh pendidikan formal sehingga 11 tahun dalam kehidupan sebelum mereka mengundi. Ia semakin melebar sekiranya mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 


Pendidikan mengasah ketajaman daya fikir. Kebanjiran maklumat menerusi internet dan televisyen satelit menyebabkan sesuatu isu yang menyentuh kepentingan dan peranan anak muda akan dibuat perbandingan senario dalam negara dan antarabangsa. Keterbukaan dan pendedahan maklumat ini sudah tentu menuntut pendekatan yang berbeza dalam mengurus isu yang berkaitan dengan anak muda. 

Pengaruh media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter mempengaruhi persepsi anak muda. Media sosial biar pun tidak bersemuka, namun atas sifatnya yang segera, kos murah, tanpa tapisan dan kesukaran pendakwaan undang-undang menyebabkan maklumat masuk ke gajet elektronik bertali arus dan akhirnya membina pengaruh. Siapa yang lebih kerap menghantar maklumat akan lebih berpeluang untuk mempengaruhi. Sesuatu perkara jika diasak berkali-kali, akan diyakini benar. 

Apakah keperluan kehidupan anak muda? Isu anak muda berkaitan dengan 4P – Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Perumahan. Bagaimana mereka mendapat peluang dan inisiatif untuk mereka melanjutkan pelajaran dengan kos yang minimum, dengan pendidikan yang sempurna bolehkah mereka mendapat peluang pekerjaan dan dengan pekerjaan mereka akan mempunyai pendapatan untuk menyara kehidupan dan peluang memiliki rumah sebagai tempat berlindung dan status sosial. Model Baru Ekonomi (MBE) bertujuan meningkatkan pendapatan tahunan perkapita sebanyak AS$7,000 kepada AS$15,000. Tentunya hasrat murni ini perlu mengambil kira peluang anak-anak muda untuk turut sama meningkatkan pendapatan. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI.



Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan
persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.


Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai


Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. 

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.  

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.  


Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.  

Selamatkah Kepimpinan Ulama PAS?


Empat hari menjelang pemilihan kepimpinan baru PAS, cakap-cakap mengenai persaingan golongan ulama dan profesional terus hangat diperkatakan.
Jika dilihat dari arah corong kecil, isu sama ada PAS akan terus diterajui pemimpin yang berlatar belakangkan pendidikan agama ataupun profesional mungkin tidak timbul kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telahpun diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden.
Namun bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah. Andai kata pandangan mengenai masa depan dan hala tuju PAS dilihat dari ruang lingkup yang lebih besar khususnya bagi persaingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden, parti itu kini sebenarnya berada dalam fasa peralihan paradigma.
Saingan campuran tiga penjuru bagi jawatan nombor dua selepas Abdul Hadi sebenarnya akan menentukan corak dan hala tuju PAS dalam tempoh tiga atau enam tahun akan datang.
Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan kedudukannya yang dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga dari golongan ulama dan Mohamad Sabu atau Mat Sabu dari kumpulan profesional.
Mutakhir ini kedudukan Nasharudin dilihat sedikit goyah terutamanya selepas isu kerajaan perpaduan dengan Umno timbul hingga mencetuskan kemarahan beberapa pemimpin dan penyokong PAS sendiri terutama yang ‘berkiblatkan’ kerjasama dalam Pakatan Rakyat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Kehadiran Tuan Ibrahin yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sekadar mahu menyelamatkan kedudukan ‘kem ulama’ dari terlepas ke tangan Mat Sabu yang dilihat lebih terbuka khususnya bagi mewujudkan kerjasama antara PAS dengan pihak luar.
Jatuhkan Abdul Hadi
Kedudukan Abdul Hadi sebenarnya diibaratkan seperti telur di hujung tanduk sekiranya gerakan menolak kumpulan ulama berlaku di posisi jawatan nombor dua khususnya jika ramalan bakal berlaku pecahan undi antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim benar-benar berlaku.
Tidak keterlaluan jika Mat Sabu dikategorikan sebagai proksi dalam misi menjatuhkan Abdul Hadi dan legasi kepimpinan ulama dalam PAS.
Sekiranya keputusan berpihak kepada Mat Sabu, Abdul Hadi pastinya tidak dapat lagi menahan kebangkitan golongan profesional yang mahu menukar wajah atau imej berserban dan jubah dalam PAS.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat, kebangkitan golongan profesional semakin meluap-luap dalam PAS khususnya yang mahu melihat parti itu bergerak dengan lebih agresif dalam arus politik semasa.
“Kita lihat begitu ramai golongan profesional menyertai PAS. Mereka tidak mempunyai latar belakang agama tetapi komited dengan perjuangan PAS dan Islam.
“Kebangkitan kumpulan ini semakin ketara kerana mereka mahu melihat PAS sebagai sebuah parti Islam keluar dari kepompong lama,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Ahmad Atory lagi, golongan profesional dalam PAS juga mahu membawa parti itu ke kancah politik yang lebih dinamik dan agresif dan seterusnya meninggalkan imej moderat atau bersederhana yang diamalkan mereka sebelum ini.
Pada kedudukan ini, Mat Sabu perlu bekerja keras khususnya bagi meyakinkan ahli dan perwakilan PAS mengenai misi melakukan modenisasi dalam kepimpinan parti itu.
Andai kata ‘misi sulit’ berkenaan berjaya, tiada apa yang mampu dilakukan Abdul Hadi bagi menyelamatkan kedudukan dan legasi ‘tok guru’ dalam PAS.
Paling ketara, tidak mudah bagi Abdul Hadi untuk mengemudi bahtera PAS sekiranya beliau hanya berseorangan di tampuk teratas tanpa mendapat sokongan dari kumpulan seangkatan dengannya seperti gandingan beliau dan Nasharudin sejak 2005.
Dengan kata lain, tidak mustahil selepas tiga tahun akan datang, Abdul Hadi dengan sendirinya akan berundur atau lebih buruk akan disingkirkan sekiranya masih mahu mempertahankan kedudukannya.

Kadar tarif elektrik Semenanjung naik 2.23 sen/kwj mulai 1 Julai



Kerajaan memgumumkan kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada 33.54sen/kwj daripada 31.31sen/kwj iaitu sebanyak 2.23sen/kwj, berkuatkuasa 1 Jun depan.

Kenaikan itu kesan daripada dua komponen iaitu penyelarasan harga gas kepada RM13.70/MMBtu daripada RM10.70MMBtu.
Selain itu, semakan tarif asas TNB dengan kenaikan 0.63sen/kwj (2%) turut memberi kesan ke atas kenaikan itu.

Subsidi Kerajaan Malaysia,Rakyat didahulukan.

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.

Video : 807 Ahli DAP keluar parti,masuk MIC!!

GEMPAR!!! Seramai 807 ahli DAP dari kawasan Perai,Batu Kawan dan Bagan Dalam keluar parti beramai-ramai menyertai MIC.

En.Jambunathan ,Ketua JKK serta Pengerusi DAP Bahagian Teluk Indah untuk 30tahun  yang mengetuai kumpulan seramai 807 orang  menyertai MIC selepas timbulnya ketidakpuasan dengan pimpinan DAP yang menyingirkan kaum India terutamanya di Perai dan Bagan Dalam. 

Upacara yang di hadiri oleh kira kira 2000 orang dari seluruh Perai dan Bagan Dalam jelas menunjukkan bukti bahawa sokongan kaum India kepada BN kembali dan MIC semakin pulih di Pulau Pinang.


Majlis digemparkan dengan ucapan seorang bekas penyokong setia DAP yang mengaku bahawa hanya MIC sahaja mampu memperjuangkan hak orang India di Malaysia. Mesti Tonton.. Di bawah :


MKP pasti dengan semua bukti yang diserta sudah cukup membuktikan bahawa kaum india Pulau Pinang telah bangun dan sedaq akan pembohongan yang dilakukan oleh DAP.Kaum india telah memberikan sokongan terhadap BN.Tamparan yang hebat kepada TKM  Prof Ramasamy bahawa beliau hanya digunakan sebagai boneka untuk meraih sokongan kaum india.   

Sunday, May 29

APAKAH MODENISASI MEMBUNUH NILAI KEAGAMAAN?

BOLEH dikatakan setiap pelusuk dunia masa kini mengalami perubahan. Perubahan ke arah modenisasi. Secara amnya, modenisasi boleh diertikan sebagai transformasi dari keadaan yang tradisional ke arah yang lebih mudah, pantas serta berteknologi. Ini yang dikatakan sebagai pemodenan.
Situasi begini tidak kurang juga dengan apa yang dialami oleh rakyat Australia. Transformasi yang berlaku di sini begitu pantas sekali. Sehinggakan teknologi yang dibangunkan setahun yang lalu sudah dianggap sebagai kuno ataupun ketinggalan zaman.
Ironinya, pembaharuan pesat yang berlaku bukan sahaja bermain di sekitar bidang teknologi, bahkan nilai keagamaan juga mendapat tempias dari arus modenisasi yang sedang melanda dengan begitu hebat sekali di sini.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, dalam agama kristian katolik, confession(pengakuan terhadap dosa), merupakan satu kaedah pembersihan jiwa. Secara tradisionalnya, seseorang perlu hadir ke gereja, berhubung dengan paderi di dalam konsul yang tertutup.
Kemudian pesalah bolehlah membuat pengakuan terhadap segala dosa-dosanya, terutama sekali terhadap 7 dosa besar, yang dilakukannya secara tertutup untuk menjaga kehormatan dan privasi pelaku.
Akan tetapi modenisasi telah memudahkan elemen tradisi keagamaan ini. Kini terdapatnya sistem pandu dan masuk pengakuan dosa. Bagaimana?
Kaedahnya sama seperti memesan makanan ringan dari tingkap pandu masuk. Pendosa boleh memandu kereta sendiri, berhenti seketika untuk mengaku kesalahan yang telah mereka lakukan.
Yang menariknya, para pengaku tidak perlu menyebut secara terperinci akan dosa mereka, cukup sekadar memberi kod kesalahan, yang sedia tertera, untuk memudah dan mempercepatkan proses pengakuan dosa.
Pada akhir upaca, paderi akan menyembur (spray) air mawar tanda simbolik bersih dari segala dosa. Cukup mudah, cepat dan moden.
Modenisasi juga tidak hanya berlaku dalam agama kristian di sini, malah agama Islam juga tidak terlepas dari menongkah arus kemodenan. Seringkali jika anda berada di masjid-masjid sekitar sini, janganlah merasa hairan, apabila ada yang sembahyang disebelah anda memakai seluar pendek.
Tidak pelik juga apabila bertemu dengan mereka yang bertatoo mahupun yang bertindik solat bersama-sama anda. Kadang-kadang terfikir juga adakah ini dinamakan “tajdid” dalam agama, ataupun sekadar “islah”. Tapi bagi saya ini adalah kejahilan dalam agama.
Bukannya saya menentang sebarang pembaharuan, tapi janganlah kelonggaran yang diberikan disalah gunakan sehingga melampaui batas-batas nilai.
Kadang-kadang Islam sering dipandang sepi oleh pengikutnya sendiri. Ada ketikanya saya berjumpa dengan beberapa orang rakan ketika hendak menunaikan solat Jumaat.
Akan tetapi mereka tidak masuk ke masjid, hanya menunggu di luar. Bila ditanya kenapa tidak masuk? Jawapan yang agak mengeliru telah diberikan. Kehadiran kami sekadar untuk memberi hormat kepada jenazah yang ada pada hari ini, bukannya datang untuk bersolat.
Tambah menariknya, di sesetengah masjid lebih menitik beratkan pemakaian stokin berbanding dengan penutupan aurat yang sebenar. Sehinggakan terdapat masjid mengenakan peraturan “no sock no solat”, ironinya mereka yang memakai singlet dan seluar atas lutut dibenarkan pula untuk masuk bersembahyang.
Cuba bayangkan perasaan anda jika anda bersolat bersebelahan dengan mereka ini. Tidakkah anda terasa pelik dan terhina?Kebanyakan penganut agama Islam di sini malu untuk mengaku secara berterus terang tentang keimanan mereka. Sehinggakan bila ditanya jawapan yang cukup dangkal diberikan, “muslim but not practicing”.
Kadang-kadang jawapan yang diberikan dengan intonasi yang cukup bangga. Seolah-olah agama hanya dicari apabila hampir mati sahaja, malah perkahwinan pun sudah seperti tidak perlu kepada restu keagamaan.
Fenomena ini saya lihat dari sudut yang berbeza, hakikatnya ramai mengetahui ajaran Islam itu menepati keperluan sepanjang zaman, namun berapa ramai yang tahu atau mendalami Islam itu sendiri?
Kebanyakan dari mereka sekadar ikut mengikuti satu sama lain. Kesalahan ini saya lontarkan kepada orang pandai agama, kerana gagal meyakini orang awam akan kehebatan dan kebenaran Islam yang sebenar.
Bagi saya, “if you have a good product but you dont know how to sell or market it, it is a waste.”

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive