Saturday, June 18

‘Pokok senyum’ rezeki si penoreh





Bagaikan tidak percaya, tetapi itulah kenyataannya apabila wartawan Sinar Harian sendiri berkesempatan melihat sendiri pohon getah yang mempunyai wajah seakan manusia di kawasan tanaman getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus. 

Biarpun kawasan itu terletak lebih 200 meter dari kaki bukit dengan ketinggian yang agak curam, namun bagi melihat kebenaran yang digambarkan si penoreh yang mengusahakan tanaman getah itu, wartawan Sinar Harian tekad mendaki bersama penduduk kampung itu. 

Mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke kawasan yang dimaksudkan, akhirnya berjaya melihat sendiri sebatang pokok getah yang mempunyai wajah seakan manusia itu. 

Ternyata pokok getah yang digelar ‘pokok senyum’ oleh penoreh, Zulkefly Baharom, 50, dan isterinya, Ruziah Mohd Salleh, 49, memang benar. 

Baru menoreh sebulan lalu 

Zulkefly yang juga pesara tentera berkata, sebelum ini kawasan tanaman getah yang mempunyai lebih 100 pokok itu ditinggalkan tanpa ditoreh sejak dua bulan lalu. 

Bagaimanapun, sejak sebulan lalu dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengusahakan kebun getah milik bapa saudara mereka itu daripada terus terbiar sebelum ia ditebang dalam masa terdekat bagi tujuan tanaman semula. 

Menurutnya, biarpun sudah masuk sebulan menoreh, namun ia hanya disedari selepas seminggu mereka mengusahakan tanaman itu dan suatu yang tidak dijangka apabila kebetulan pula hasil susu getah yang keluar dari pokok itu juga lebih banyak dari yang lain. 

Malah satu daripada 100 pokok yang diusahakan oleh pasangan suami isteri itu sebagai kerja sampingan sejak pertengahan Mei lalu membawa rezeki kepada mereka sekeluarga apabila ia mengeluarkan hasil susu getah yang banyak. 

Menceritakan kembali bagaimana mereka boleh menyedari wajah seakan manusia di pokok itu, Ruziah berkata, selepas seminggu mula menoreh di situ, dia tersedar dengan kewujudan pokok senyum itu apabila terpandang ke arah pokok itu dengan lebih teliti. 

Menurutnya, jika sebelum ini dia dan suami hanya menoreh tanpa sempat membelek-belek pokok itu, namun kebetulan pada masa itu terdetik untuk mendongak sehingga ke atas pokok itu. 

“Terkejut saya apabila tiba-tiba ternampak ada satu wajah seakan manusia pada batang pokok getah yang sedang ditoreh lalu saya menjerit memanggil suami untuk melihatnya,” katanya. 

Ada bentuk mata,hidung, mulut 

Zulkefly berkata, sebelum ini dia tidak pernah melihat pokok yang menyerupai wajah manusia seperti itu malah lengkap dengan bentuk mata, hidung dan mulut. 

Menurutnya, setiap hari pokok getah itu mampu mengeluarkan hampir sekilogram susu getah berbanding hasil pokok yang lain. 

“Kami tidak menyangka hasrat menoreh sebagai kerja sampingan ini benar-benar memberi rezeki lebih kepada kami tambahan pula harga getah kini mencecah RM6.10 sekilogram,” katanya. 

Sementara itu, Ruziah berkata, kemungkinan bentuk itu wujud kerana dahan pokok yang patah sehingga menjadi mata kayu. 

Namun bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur diberi peluang melihat ciptaan Tuhan yang begitu unik dan memberi rezeki lebih untuk keluarga.

Yusof Haslam, Pekida Berdamai.



Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memohon maaf terhadap filem terbitanya KL Gangster yang telah menyinggung perasaaan sebuah pertubuhan Pekida.
Menurut Yusof, bagi menjernihkan keadaan dan mencari pendamaian dia dengan rendah diri memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.
"Kalau filem KL Gangster menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf bagi menjernihkan keadaan.
"Demi Allah, pihak kami tidak mempunyai niat walau sebesar kuman untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, kontroversi yang berlaku mungkin salah faham dan terlepas pandang," katanya selepas mengadakanpertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pada Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam.
Majlis terserbut turut dihadiri Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.
Majlis musyawarah itu diadakan bagi menjernihkan isu filem KL Gangsterdan Kongsi telah menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan.
Tambah Yusof, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan filem akan datang terutamanya sekuel KL Gangster tidak lama lagi dan akan memastikan isu sama tidak timbul.
“Saya akan membuat pemantauan lebih teliti terhadap filem arahan anak saya (Shamsul ) selepas ini dan lebih penting kami akan menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya.

SEBARKAN:VIDEO KETERANGAN PENUH ISU PILIHANRAYA MASJID PULAU MUTIARA.

Di bawah adalah video keterangan lengkap Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang tentang isu 'pilihanraya masjid' yang telah dibatalkan di Pulau Pinang. 

Sila tonton:-

BERSIH 2.0 - 1AGENDA dakwa Media Asing dapat Keuntungan.


Penganjuran BERSIH 2.0 adalah bagi memastikan Negara mendapat persepsi buruk di kalangan Negara luar. Demikian kata Yang Di Pertua 1Agenda, Zul Azhar bin Cha mengenai ulasan beliau terhadap objektif utama penganjuran Perhimpunan tersebut.
 
Beliau turut mendakwa beberapa Pemimpin Pakatan diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi beberapa Media Asing untuk membuat liputan khas Perhimpunan BERSIH 2.0.
 
Ini jelas membuktikan Pembangkang cuba menggambarkan kepada pihak luar bahawa terdapat ketidakstabilan yang berlaku dan akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi dan politik Negara.
 
Beliau berkata demikian dalam Sidang Akhbar Penubuhan NGO 1Agenda yang berfungsi dalam memantau info-info di dalam Media Maya yang berbentuk hasutan dan boleh menjejaskan perpaduan di kalangan masyarakat secara amnya.
 
Pihak 1Agenda juga telah membuat laporan polis mengenai penyebaran secara agresif Perhimpunan BERSIH 2.0 melalui Media Sosial Facebook dan Twitter.
 
Menurut Exco Perundangan dan Sosial 1Agenda Wan Mohd Shahir,  Perhimpunan BERSIH 2.0 nyata tidak releven dan menutup ruang demokrasi sebenar yang menjadi penentu keputusan Pilihanraya. Beliau juga mengambil contoh keputusan PRU 12 yang membuktikan sistem demokrasi di Malaysia jelas terserlah dengan kejayaan Pakatan Rakyat menawan 5 Negeri.
 
1Agenda merupakan sebuah NGO yang meletakkan visi menjadikan media sosial sebagai saluran yang berkemampuan untuk menggerak Negara ke arah mencapai Wawasan 2020. 

Friday, June 17

MALIK ITIK@GUAN ENG BAGAI CACING KEPANASAN.


Alhamdulilah semua telah selesai dan muktamad pasti selepas ini Malik itik serta ketua Menteri paling malang dalam sejarah Pulau Mutiara mengelupur selepas apa yang dirancang tidak menjadi.Yang menjadi persoalan sekarang berapakah peruntukkan bagi menjalankan pilihanraya masjid ini??????????Kemanakah wang tersebut pergi dan yang lebih memalukan lagi Malik itik dok kata pilihanraya  ini mengikut undang-undang yang telah digubal oleh mereka.mana nak letak muka lepas ni.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam Negeri Pulau Pinang, hari ini menitahkan agar pemilihan jawatan kuasa kariah masjid sesi 2012-2013 dibatalkan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakria telah mengesahkan perkara ini.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ketika dihubungi UMNO-Online, melahirkan rasa syukur meratap sembah menjunjung kasih di atas titah yang di-Pertuan Agong tersebut.
Titah Tuanku itu katanya, tepat pada masanya dan sangat wajar demi memelihara perpaduan dan kemuafakatan umat Islam di Pulau Pinang.
“Umat Islam di Pulau Pinang melahirkan rasa syukur kerana titah Tuanku itu sekaligus menamatkan situasi panas yang berlaku sejak beberapa minggu ini. Titah tersebut melambangkan keprihatinan dan sikap ambil berat Tuanku terhadap kesejahteraan umat Islam.
“Saya juga melihat titah ini adalah sebagai satu isyarat kepada MAIIP agar hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang berkata, titah Tuanku ini sekaligus menghancurkan hasrat DAP yang mahu melihat umat Islam berpecah belah.
“Serangan halus DAP ini ternyata gagal. DAP harus mengambil ini sebagai satu pengajaran agar jangan cuba untuk membuat keputusan sendiri berkenaan institusi keagamaan di negara ini.
“DAP harus sedar bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini dan bukan sewenang-wenangnya untuk DAP mengganggu gugat kemakmuran umat Islam,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP telah mengarahkan agar jawatan kuasa kariah masjid dijalankan melalui pilihan raya masjid.
Perkara ini telah mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam Negara ini berikutan ianya dilihat bakal memecah belahkan umat Islam terutamanya di negeri tersebut.
Senarai calon yang telah dikeluarkan secara berperingkat juga dilihat sebagai berat sebelah apabila kariah yang mempunyai kaitan dengan UMNO disingkirkan tanpa sebarang alasan kukuh.-MediaUMNO

MALIK ITIK LANGGAR ARAHAN YANG DIPERTUAN AGONG.



Malik Itik telah melanggar apa yang belum diputuskan oleh Duli Yang maha Mulia Agong.Sepatutnya Apa yang telah diberitahu akan ada perbincangan hari ini sama ada memutuskan sama ada pilihanraya ini akan diperkenankan atau pun tidak?


Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 masjid daripada 200 masjid.Melihat daripada angka jawatan dan calon sudah pasti semua layak dan jumlah kekosongan jugak ada sudah pasti ada yang membantah sebanyak 34 masjid masjid membantah 
pilihanraya ini.tahniah kepada yang membantah MKP ucapkan.8 buah masjid tidak menghantar borang pencalonan dan itu adalah tindakan paling bijak tidak menyokong tindakan bodoh lembu yang dicucuk hidung oleh DAP.


Kaedah pemilihan itu terkandung dalam notis Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 yang diedarkan kepada kira-kira 4,000 jawatankuasa masjid seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Mengikut tatacara tersebut, jawatan kuasa masjid diarah menjalankan mesyuarat agung khas antara 1 hingga 7 Jun 2011 dan mengedarkan borang-borang pencalonan termasuk bagi jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita.

Bagaimanapun, setiap nama calon yang dikemukakan akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah Jawatan kuasa Khas MAIPP yang berhak menerima atau menolak mana-mana pencalonan yang dianggap tidak layak.

Setiap calon yang bertanding kemudiannya diberi tempoh seminggu untuk ‘berkempen’ iaitu antara 10 hingga 17 Jun sebelum hari pengundian bermula 18 Jun yang akan dihadiri wakil MAIPP.




PEMUDA UMNO NAK DEMO BERSIH JUGAK.



Mesyuarat Exco Pemuda Umno semalam SEBULAT SUARA memutuskan akan mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai ini bagi menzahirkan sokongan terhadap sistem demokrasi sedia ada serta usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperberbaiki lagi sistem pilihan raya yang ada pada hari ini.


APA KURANG DENGAQ Pemuda pun nak demo jugak apa kata MKP pun jugak nak join sekaki,itu pun jika diberi peluang la.Nampaknya pemuda telah membuat satu keputusan yang cukup-cukup tepat.Apa kata kita Pemuda Umno pakai baju warna biru jika merah nampak macam baju kuning dan merah macam kat siam la pulak,warna biru adalah terbaik pada pandangan MKP la.


Cadangan Pergerakan Pemuda dari zon utara (Perlis , Kedah, P.Pinang dan Perak)

Peserta dari Perlis berlepas dari Kangar dan peserta dari Kedah bergerak menuju ke R&R Gurun. Bertemu di sana dan konvoi ke Plaza Tol Juru. Di Plaza Tol Juru peserta dari P.Pinang telah siap menunggu kemudian konvoi bersama dengan peserta Perlis dan P.Pinang menuju ke pick stop seterusnya di R&R Sungai Perak.
Di sana peserta dari Perak dan mungkin dari Jeli atau Tanah Merah Kelantan telah siap sedia menunggu, kemudian teruskan konvoi ke pick stop seterusnya di Tapah. Peserta dari Perak telah siap sedia di sana kemudian bergerak ke pick stop seterusnya di Rawang atau Sg Buloh dan bertemu peserta dari Tanjung Malim dan Hulu Selangor dan terus ke KL. 


Adakah ini akan menemplak tomahan dari sesetengah pihak bahawa Pemuda telah hilang aura untuk melawan.Jika diberi kesempatan MKP menawarkan diri sebagai blog yang memperhebahkan apa yang berlaku dari Utara semenanjung dari permulaan perjalanan hingga keakhirnya.

POLIS GAGAL ANUAR MENGAKU ITU DIRINYA.



RAJA Drama atau Papa jahat serta video taubat maksiat.Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti polis yang gagal melaksanakan tugas berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan dirinya yang dipersoalkan ialah  siapakah pelaku didalam video tersebut.Adakah anuwar bersedia mengangkat sumpah bahawa bukan beliau didalam video tersebut.Pastinya tidak dok ceramah merata malaya dok kata semua tue fitnah.
Beliau berkata, tindakan berdiam diri polis secara tidak langsung menggambarkan bahawa wujud arahan daripada 'pihak atasan' bagimelindungi trio 'Datuk T' yang membuat tayangan serta menyimpan rakaman video aksi seks tersebut.
"Apa yang saya tahu sekarang polis masih bagi perlindungan kepada mereka.Inilah satu-satunya negara di mana video seks boleh diedar di seluruh negara dan polis tak tahu nak buat apa.Apa punya pakar putaq belit polis masih lagi menyiasat apa yang didakwa oleh beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu video seks berkenaan yang dilihat 'sejuk' ekoran tiada perkembangan terbaru berhubung isu berkenaan.
"Sebab itu saya katanya perkara ini ada arahan pihak atas iaitu Umno.Trio 'Datuk T' ini hanya perkakas kepada Umno," katanya.
Bagaimanapun Anwar mengelak ketika diajukan soalan sama ada beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap trio 'Datuk T'.
"Kita tungggu tindakan polis, saya sudah buat laporan polis," katanya.
Mac lalu, trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), DatukShuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah dalang di sebalik pendedahanvideo seks terbabit.

AGENDA DAP TELAH TERSERLAH.



Agenda DAP telah terserlah mahu mempolitikkan Masjid supaya melayu Pulau Pinang berpecah belah bagi meneruskan agenda seterusnya bagi mengekalkan penguasaan DAP dapat diteruskan di Pulau Mutiara.Pencalonan jawatankuasa masjid akan diteliti oleh pengikut tegar DAP pastinya melayu yang bertopengkan Syaitan dan mengenal  pasti yang dipilih bukan dari ahli umno atau sekutu dengannya.


Melayu yang sebegini adalah umpama duri yang akan menghancurkan umat islam di Pulau Mutiara.Berikut adalah apa yang ditafsirkan oleh rakan blogger Anak Seberang. 


Inilah antara dua wajah dari ramai yang tersingkir sebelum bertanding akibat permainan kotor Rejim DAP yang menguasai Pulau Pinang dalam mengadakan pilihanraya Masjid. Mereka tewas sebelum bertanding disebabkan borang pencalonan mereka ditolak dengan tiada alasan yang kukuh namun AS yakin ini disebabkan hanya kerana mereka pemimpin UMNO.

Seperti yang AS jangkakan, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dengan mudah mempergunakan institusi Islam. MAIPP bertindak mengikut telunjuk DAP dengan mencantas nama nama calon pengerusi dan jawatankuasa yang pro UMNO yang telah menawarkan diri untuk bertanding.

Pengerusi Qariah Masjid Kampung Besar dan Pengerusi Qariah Masjid Sungai Kechil Yang kedua-duanya dalam Parlimen Tebal telah di cantas nama mereka oleh MAIPP. Menurut info, Pejabat Agama Daerah SPS yang dibawah MAIPP telah bertindak arahan dari 'tangan ghaib' yang dipercayai pemimpin politik pakatan haram. Majoriti pentadbir di pejabat Agama juga sebenarnya tidak setuju dengan peraturan baru ini, namun mereka terpaksa juga menurut arahan 'pihak atasan' demi menjalankan tugas.

Secara peribadi AS mengenali dan agak rapat dengan kedua-dua Individu ini. Mereka mempunyai peribadi dan nilai nilai murni pemimpin masyarakat di Qariah mereka. Sepanjang pengetahuan AS mereka berdua tidak pernah mentadbir Masjid secara berat sebelah.


READ MORE

Tindakan Imigresen Johor betul



Apa yang besar sangat isu ketuk ketampi dua wanita warga Singapura ketika ditahan kerana telah terbukti mereka menceroboh negara tanpa dokumen yang sah.

Laporan berita dilihat seolah-olah Pegawai Imigresen tidak berlaku adil terhadap mereka dan menyebabkan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad membuat kenyataan bahawa prosedur penangkapan dan penahanan itu dilaksanakan dengan betul dan mengikut undang-undang Malaysia. Tahniah Dato' Ketua Pengarah kerana cepat mempertahankan anak buah.

Manakala Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Husein pula berjanji akan membuat penyiasatan terperinci berhubung laporan akhbar mengenai hal terbabit.

Tindakan Pegawai Imigresen tersebut betul apabila mengarahkan warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa dokumen yang sah dan mencurigakan terutamanya wanita diminta berbogel membuat ketuk ketampi. Ini bagi memastikan 'pengedaran dadah" melalui jalan darat dapat diintip.

Kita tidak perlu bercerita panjang apakah rasionalnya diminta berbogel dan membuat ketuk ketampi kerana umum mengetahui cara penyeludupan dilakukan melalui media.

Apa yang kita perlu bincang, cara isu itu menjadi perhatian, sama ada oleh media dan menteri sedangkan perkara sebegitu telah berlaku dizaman jahiliyah lagi.

Cara isu tersebut dibangkitkan boleh melemahkan keghairahan para pegawai Imigresen untuk memberi perkhidmatan terbaik terutamanya bagi menjaga pintu masuk supaya tidak bolos oleh mereka tidak megikut peraturan dan membawa masuk barang haram seperti melarikan cukai dan dadah.

Menteri sepatutnya terus mempertahankan intregriti para pegawai Imigresen kerana dapat bertindak bagi menghalang pintu masuk diloloskan dan membuat pemereksaan dengan rapi walaupun menelanjangkan pesalah sama ada lelaki atau wanita, Cina, Melayu ataupun India.

Adakah isu tersebut menjadi besar dan mendapat perhatian kerana pesalah itu wanita Cina dan warga Singapura? walaupun telah terbukti kesalahannya memasuki negara kita secara haram. Dan tidak pernah berlakukah cara yang sama dibuat oleh pegawai penguatkuasa Malaysia bagi membuat penyiasatan terhadap pesalah. Tentunya ada bukan?.

Kesimpulannya, tak usahlah hirau soal mereka yang disuruh ketuk ketampi itu, mereka tak mahu datang ke Malaysia seumur hidup pun tak rugi, yang perlu diberi perhatian oleh KDN dan Jabatan Imigresen ialah terhadap pegawai-pegawai Imigresen yang lupa diri dan mengunakan kuasa dengan 'mengherdik' orang awam tanpa sebarang kesalahan.

Thursday, June 16

MAT SAPU TOLONG BERSIH ANUWAR



Bukan main ranggi lagi si Mat Sabun ni sejak menyandang jawatan no 2 tertinggi dalam Pas pusat.

Sungguh pun terpaksa berganding bahu dengan betina anak keling haram jadah yg juga mantan Presiden Majlis Peguam.

Agaknya si bongok Mat Sabun ni tak sedar yang si anak keling tu lah manusia yang anti dengan orang-orang Islam dan penyokong kuat orang-orang Islam yang Murtad.

Tapi apa si samdol ni ada kisah sebab status Mat Sabun pun tak tentu lagi keaslian Islam nya sebab dia menganut fahaman Syiah.

Mahu tak mahu terpaksa lah Tok Adi Awang bengkok menukar negara Islam kepada negara kebajikan ..al maklumlah nak bagi laluan kepada Mat Sabun menjalankan kerja-kerjanya dan agenda politiknya untuk survival PAS.Musyidul Am Pas Nik Najis yg dah sosat tuh boleh lah buat solat istikhorah banyak-banyak..moga-moga Pas akan terus sesat daripada terus betul.



Cakap pasal perhimpunan BERSIH 2.0 bakal memperlihatkan ramai orang-orang melayu yg tertipu dengan dakyah yahudi mabuk Mat Sabun.Bila dah dapat signal dari Anwar totey bengkok... tengoklah betapa lantang nya dia ...

Weiii Mat Sabun.......!!!!!!!

Kalau nak buat perhimpunan pun pergilah buat kat lombong pasir yang fuckatan rakyat korek kat area batang berjuntai tuh... atau buat dekat negeri-negeri yang di perintah oleh Fuckatan Rakyat. Tak payah lah nak buat kat kl atau pun putrajaya... dah tentu permit tak lepas punya.. silap-silap comfirm kena lokap atau ISA lagi sekali.

Bagi bangsa-bangsa melayu yang dah minum air holy water fuckatan rakyat tu.. syabas lah kalau nak sangat menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 .

Khabarnya akan ada juga melayu-melayu yg menentang perhimpunan BERSIH 2.0 ini.Jadi pertembungan ini dilihat pertembungan bangsa melayu yang bakal menghantuk-hantuk kan kepala diantara satu sama lain sampai berdarah dan pecah sehingga terburai otak.

Puak-puak cina cauvanist DAP dan konco-konco MCA  dilihat sonyappp yooo.... orang melayu mengamuk sesama sendiri kaum cina chauvanist ni duk cocok senyap-senyap dari belakang.Apa kata kalau kita bagi kaum-kaum cina ni sebagai barisan hadapan menentang perhimpunan BERSIH nanti.Rasa-rasanya ada ker yng berminat nak hadir.

Jadi untuk orang-orang melayu sedar-sedar lah.. takde satu pun yang menguntungkan untuk bangsa melayu dalam perhimpunan BERSIH 2.0 ini..kecuali Mat Sabun yang maruah sebagai orang melayu dah hancur... digulai dan di jual oleh Dap sehingga ke tahap sehina-hina najis babi.

Tip Untuk Pengendali Laman Web


(1) Apakah yang anda perlu tahu mengenai pencacatan laman web?http://www.mycert.org.my/en/resources/incident_handling/main/main/detail/756/index.html
(2) Langkah-langkah untuk pulih daripada pencerobohan sistem UNIX atau NT:http://www.auscert.org.au/render.html?it=1974&cid=1920
(3) Senarai semakan pengesanan pencerobohan: http://zeltser.com/log-management/security-incident-log-review-checklist.pdf 
(4)Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan SQL Injections:http://www.mycert.org.my/en/resources/web_security/main/main/detail/573/index.html
(5) Bagaimana untuk melindungi SQL Injection dalam ASP.NET?http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms998271.aspxModSecurity atau http://www.modsecurity.org/ 
Sehingga awal pagi Khamis, sebanyak 51 laman web .gov.my digodam menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.
Suruhanjaya itu berkata terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada 11.30 malam tadi tetapi gagal.
Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar telah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.
Sementara itu, Husin berkata, sekiranya laman web dirosakkan atau mendapati ia berdepan dengan serangan penggodam, hubungi Cyber999 menerusi saluran e-mel di cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau talian 1-300-88-2999 yang dipantau pada waktu kerja iaitu dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang; atau faks 603 89453442, telefon bimbit +60 19 2665850 yang boleh dihubungi sepanjang masa; khidmat pesanan ringkas dengan menaip CYBER999 REPORT ke 15888,"

Siti Nurhaliza Bersama Lima Selebriti Serah Borang Askar Wataniah


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.
Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.
Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
"Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih," katanya pada majlis tersebut.
Dia bersedia untuk melakukan latihan pada bila-bila masa bergantung kepada kesesuaian jadual kariernya.
Malah dia lebih seronok jika ramai peminatnya turut serta menyertai askar wataniah.
Sementara Ana Raffali berkata angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.
"Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.
"Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya," katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.
Tanpa berselindung, Ana akui dia pernah mengidap asma. Bagaimanapun, padanya masalah kesihatan tidak akan menghalang dirinya untuk menyumbang sesuatu kepada negara.
Aizat pula begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.
Sementara Shaheizy Sam menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan.
Selain selebriti berkenaan, anak sulung Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah,34, yang juga pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM turut menyertai pasukan itu.

BUKU JINGGAY BUAT ANUwar AND THE GANG SAKIT TELINGA.



Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara beberapa anggota pembangkang yang ‘panas telinga’ apabila isu Buku Jingga disentuh seorang anggota Parlimen kerajaan.

Keadaan bertukar gamat sebaik Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka.

Soalan itu nyata ‘mencuit’ sensitiviti anggota pembangkang yang mula ‘panas telinga’ termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk memberi penjelasan walaupun ada suara-suara dari pihak anggota Parlimen kerajaan yang menggesa soalan itu dijawab oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir.

Anwar dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang — Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pasa sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.

MKP kata patut hampa panas telinga pasal semua tue janji kosong yang tak mampu diberi kepada rakyat malaysia.

Wednesday, June 15

AGENDA TERSIRAT DAP,KITA JANGAN DIBUAI.

hayati video ini untuk kesedaran umat islam Pulau Pinang


KALAU tidak dibantah habis-habisan mungkin orang Melayu Pulau Pinang terpaksa melalui proses pembuangan undi macam pilihan raya untuk memilih anggota jawatankuasa masjid.

Ini satu lagi idea daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sebelum ini, DAP juga yang mencadangkan diadakan pilihan raya untuk memilih ketua kampung.

Idea pemilihan ketua kampung itu kemudian mendapat sokongan daripada kerajaan PKR Selangor.
Daripada satu sudut, memang proses pemilihan melalui pilihan raya itu nampak 'molek' sesuai dengan amalan demokrasi. Tetapi tidakkah ia menjurus kepada perpecahan dalam masyarakat apabila terbentuk kumpulan-kumpulan yang menyokong calon bertanding.

Dalam proses pilihan raya untuk memilih wakil rakyat pun, masyarakat yang menyokong parti politik masing-masing boleh bermasam muka dengan musuh partinya, inikan pula pemilihan AJK masjid. Silap langkah mungkin masjid akan hilang jemaahnya kerana kecewa.

Jangan kita dibuai dengan idea DAP hingga lupa apa agenda di sebaliknya.

Demokrasi satu hal, tetapi kesan selepas proses demokrasi itu perlu juga difikirkan. Mengapa DAP sibuk-sibuk untuk adakan pilihan raya ketua kampung dan AJK Masjid. Pas pula tumpang semangkuk untuk bantu melaksanakan cita-cita DAP.

Kenapa DAP tak cadangkan pilihan raya untuk memilih AJK tokong, kuil dan gereja. Apa kata masyarakat beragama Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain tentang unsur-unsur politik masuk dalam urusan rumah ibadat mereka.

Dulu, beberapa wakil rakyat DAP berjaya masuk ke dalam masjid. Sekarang parti itu hendak masuk campur tangan urusan pentadbiran masjid pula.

Jikalau boleh, DAP mahu pelantikan dalam semua sistem pentadbiran dipilih melalui pilihan raya. Jadi, usah terkejut kalau-kalau ada cadangan DAP supaya pemilihan ketua pegawai eksekutif (CEO) atau ketua pengarah di jabatan kerajaan diadakan melalui proses pilihan raya juga.

Untuk meletakkan seseorang di tempat mulia bagi memimpin dan diberi amanah bukan semua layak dan perlu melalui undi pilihan raya. Ada individu patut dipilih tanpa melalui pilihan raya.

Kualiti pimpinan individu berbeza. Ada yang boleh buat kerja tanpa menjual nama. Ada yang jual populariti tapi tak mampu berkhidmat. Sebenarnya pilihan raya adalah salah satu proses politik. Apabila unsur politik sudah masuk dalam urusan masjid maka mahu tidak mahu akan berlaku perpecahan.

Inilah yang DAP mahu supaya umat Islam Melayu berpecah hanya melalui satu pilihan raya masjid. Orang Melayu apabila berpecah dan bermusuh antara satu sama lain, bukan mudah untuk ditautkan semula.

Malah pilihan raya masjid akan membawa kariah sesebuah kawasan membentuk fahaman untuk merebut kuasa. Mana ada pilihan raya berlangsung tanpa kempen yang dalamnya penuh dengan unsur memburuk-burukkan pihak lain.

Buka mata, buka telinga, buka hati dan buka minda - patutkah Melayu ikut telunjuk DAP yang terang-terang menentang Negara Islam.

Pakatan Haram Perompak Minta Derma Pilihanraya.


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) melihat arahan kepimpinan PKR Selangor kepada semua Ahli Parlimen dan Adun Selangor agar mengutip derma berjuta ringgit dari rakyat boleh disifatkan sebagai cubaan untuk merompak harta dan wang ringgit rakyat Selangor.
Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, setelah lebih tiga tahun PKR memerintah Selangor, pelbagai penyelewengan kewangan berlaku.
Jelasnya dari defisit bujet ke kerugian pelbagai anak syarikat kerajaan negeri hinggalah lesapnya jutaan ringgit wang Yayasan Selangor adalah bukti betapa ” bijaknya” Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor menguruskan kekayaan negeri.
“Dia umpama tikus membaiki labu dan monyet mendapat cincin. Skandal khazanah pasir Selangor pula satu lagi bukti bagaimana Kumpulan Semesta Sdn Bhd digunakan sepenuhnya untuk mengenyangkan kroni-kroni PKR manakala janji hasil pasir ratusan juta ringgit kepada pendapatan negeri merupakan janji palsu dan mimpi Menteri Besar kepada rakyat Selangor.
“Dengan pelbagai penyelewengan ini, PKR mahu memeras wang rakyat pula untuk kepentingan politik dan kuasa kroni mereka. Rakyat sudah muak dengan pelbagai skandal dan penyelewengan pemimpin PKR ini,” ujarnya yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Tegas beliau, rakyat tidak rela wang ringgit mereka dibelanjakan untuk membayar `pelacur’ yang memberikan khidmat seks kepada Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
“Rakyat mahu perubahan kepada kerajaan negeri yang bersih, amanah dan berintegriti serta berwibawa. Rakyat pasti akan menukar kerajaan negeri yang korup ini dalam pilihanraya yang akan datang”, katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, arahan daripada bendahari PKR tersebut sekadar wayang dan sandiwara semata-mata.
“Mereka ini dah merompak pasir Selangor, berjuta-juta mereka dah kumpul. Bila puak ini umum nanti, mereka akan kata rakyat yang menderma, puak-puak  ini takkan cerita dana tersebut hasil rompakan pasir dan projek-projek yang disamun oleh pemimpin-pemimpin mereka,” ujarnya yang juga bekas Pimpinan Tertinggi PKR dan Setiausaha Pemuda Keadilan Nasional. -MediaUMNO

Piala Ketua Pemuda UMNO tawar RM13,000




Pemuda UMNO Pulau Pinang bakal menganjurkan pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, 3 Julai ini bertempat di Safira Sports Planet, Seberang Jaya. 

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM13,000 menanti pasukan yang menang. 

Penganjur berkata, johan bakal menerima RM5,000, diikuti kedua, RM3,000; ketiga, RM2,000 dan keempat RM1,000. 

Manakala bagi pasukan yang mendapat tempat kelima hingga kelapan tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka turut membawa pulang sagu hati RM500 setiap pasukan. 

Pertandingan terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat dengan yuran penyertaan sebanyak RM150 bagi tiap-tiap pasukan. 

Mereka yang berminat ataupun inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia, Berkat Jamal Mohd di talian 0164904328 atau Saffi Hafiz (019-4541919) atau Fairos Md Rashid (012-4130711).

RM 1.8 juta adalah ciput berbanding TV Selangor 09 yang membelanjakan RM 15 juta setahun.


KUALA LUMPUR: The Tourism Ministry will spend RM1.8mil on social media branding to woo young tourists.
Its Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen said the move was part of the ministry’s transformation programme and would mark the first time that social media was used as a branding tool.
“Formerly, we used to rely on traditional branding tools such as television, radio and print advertising.
“We are now looking at social media as a powerful platform to woo tourists, in particular the younger generation,” she told reporters after launching the ministry’s Facebook fan page and the Citrawarna 1Malaysia online dance game contest here yesterday.
She said that 6.2% out of the ministry’s RM30mil budget for domestic and regional advertising would be used for this purpose.
She said the ministry would monitor the impact and response to its social media campaigns to gauge its success in tapping more tourists.
She also said the Facebook dance game contest would precede the official launch of the Tourism Malaysia Cuti-Cuti 1Malaysia Facebook fan page in June.
The online game contest (www.facebook.com/CutiCuti1Malaysia) will be on till the end of June.
It offers players with the highest accumulated scores a chance to win an iPad 2 and tourism-related prizes.

Walaupun pihak pembangkang mengkritik hebat Dr Yen Yen dalam program pelancongannya.Mat Kilau Penang  tidak nampak sebarang masalah dan kelemahan atau penyelewengan terhadap peruntukan RM.1.8 juta itu. 

Cuba kita lihat balik peruntukan RM 30 juta pernah diberikan oleh kementerian pelancongan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk meningkatkan frasarana kemudahan awam untuk pelancong seperti tandas awam , premis menjual makanan dan cenderahati. Bagaimana RM 30 juta yang diberikan lesap begitu sahaja tanpa sebarang projek  sehingga ke hari ini.

Dengan RM1.8 juta dana untuk program ini, diharapkan ia dapat membawa pulangan yang lumayan kepada rakyat yang terlibat dengan industri pelancongan.

Mereka yang terlibat ialah pemandu pelancong, syarikat pengangkutan bas dan bot, penjual songket, tembaga, batik dan perniagaan makanan tradisional.

Oleh itu tohmahan pihak pembangkang adalah tidak releven. Eloklah mereka membantah dan mengarahkan Anwar Ibrahim menutup TV Selangor 09 yang ditayangkan melalui youtube setiap sejam. Berita TV Selangor 09 tidak mendatangkan sebarang faedah kepada rakyat kerana banyak menyiarkan fitnah dan berita-berita yang penuh pembohongan.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive