Saturday, June 2

SIRI DEBAT PEMBANGKANG HANYA IBARAT TIN KOSONG.



Sekarang ini adalah musim berdebat bagi pihak pembangkang.Apa sahaja topik atau isu yang mereka fikir boleh diperdebatkan akan diwacanakan dikhalayak ramai.

Mereka juga menjemput wakil Umno untuk bersama-sama mengupas sesuatu isu - terakhir debat mengenai cadangan pembangkang berhubung pemansuhan PTPTN di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Seperkara yang dilihat sepanjang siri debat yang diadakan setakat ini hanya melibatkan Rafizi.

Di mana letaknya peranan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Ketua AMK Pusat yang sepatutnya berdebat dengan KJ sebagai rakan politik yang setaraf jawatan dengannya? 

Adakah ini bukti Rafizi sebagai anak emas istimewa Anwar Ibrahim yang hendak ditonjolkan atas pentas politik nasional dengan mengenepikan Shamsul begitu sahaja? Jawapannya amat terang dan jelas sekali.

Sudah tentu bagi penyokong pembangkang, setiap debat pastinya harus dimenangi oleh pihak mereka, walaupun pihak Umno juga memberi fakta-fakta dan alasan yang munasabah dan konkrit bagi mendokong hujah mereka.

Pembangkang terkesima atau terpukau dengan konsep debat yang diadakan semasa pilihan raya di Amerika Syarikat dan Britain.

Bagi mereka itulah bukti serta contoh puncak kematangan sistem demokrasi.

Tetapi bagi debat yanbg dianjurkan oleh pembangkang di negara ini, tujuannya hanyalah semata-mata untuk menjatuhkan air muka dan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menconteng lakaran negatif kepada pentadbiran beliau.

Pembangkang beranggapan jika strategi ini berjaya, maka rakyat pun akan mempunyai persepsi negatif dan buruk terhadap kerajaan, maka mereka pun boleh memancing undi yang sangat diharapkan dalam mendamba harapan mereka ke Putrajaya pada PRU-13 nanti.

Itulah sahaja matlamat utama debat anjuran pembangkang, tidak lebih dari itu.

Ia hanya merupakan sesi menabur fitnah, memaki hamun kerajaan dan pemimpin kerajaan dan menabur jaji kosong kepada mereka yang mendengar.

Pembangkang hanya berlagak seperti tin kosong.

Tin kosong bunyinya amat bising disebabkan ruang udara yang tidak dipadati isi; begitu juga dengan sikap pembangkang yang suara mereka sahaja berdegar-degar memenuhi ruang dewan tetapi kosong tanpa apa-apa isi.

Satu hal yang pelik yang menyerlahkan kemunafikan pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Nik Aziz Nik Mat ialah berkaitan isu perpaduan Melayu.

Pembangkang penuh semangat mengajak Umno berdebat tetapi apabila Umno bersetuju untuk mengadakan muzakarah dengan PAS, Nik Aziz berdolak dalih sehingga akhirnya cadangan mulia itu dimatikan begitu sahaja.

Bermacam-macam alasan diberi oleh Nik Aziz agar tidak mahu bersemuka dengan Umno bagi membincangakan isu kritikal perpaduan umat Melayu di negara ini.

PAS tahu jika muzakarah diadakan segala tembelang mereka akan terdedah kepada rakyat.

Salah satunya ialah melalui fakta sejarah bagaimana PAS terbentuk apabila Haji Ahmad Fuad Hassan (ketika itu Pengerusi Biro Agama Umno) kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahma Putra Alhaj bagi merebut jawatan Presiden Umno setelah Dato' Onn Ja'afar meninggalkan parti itu.

Secara ringkasnya PAS ditubuhkan atas kerakusan dan ketamakan kuasa pemimpin awalnya, dan tindakan itulah yang menyebabkan perpecahan Melayu yang pertama di Tanah Melayu ketika itu.

PAS tidak akan sanggup berdepan dengan hakikat ini, kerana itulah mereka menolak muzakarah diadakan.

Jadi untuk menutup isu PAS sebagai punca utama perpecahan Melayu, maka mereka bersama PKR dan DAP sibuk mengadakan pelbagai siri debat berkenaan bermacam-macam isu tetapi haram sekali menyentuh mengenai perpaduan Melayu!

Tangan PAS berlumuran dengan darah perpecahan Melayu sejak 1951 lagi!

Bukan sahaja PAS gilakan kuasa tetapi juga ingin membalas dendam terhadap kekalahan pemimpinnya 61 tahun yang lalu.BERUANG BIRU.

1 comment:

Anonymous said...

Pakatan raayat minat berdebat,
Konon nak membela hak raayat,
Kantong pemimpinnya penuh sendat
Xtau dari mana harta mereka dapat.

Pisau karat asyik termenong
Selepas menuduh UMNO Bngong,
Harta pemimpin kau tinggi menggunung
Janganlah pulak engkau meraung!

Dua empat enam dan lapan,
Mari ditulis dipapan batu
Jom kita sokong BARISAN
Dari menyokong PR berhati batu!
Ta tau malu ta tau segan
Konon mereka betul selalu!


Konon

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive