Sunday, July 1

RAFIZI BAKAL DIMALUKAN,PRASANA TIDAK GENTAR TUDUHANNYA?


Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) bersedia menyerahkan dokumen berkaitan projek rel tambahan Transit Aliran Ringan (LRT) bernilai RM960 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan, kata Pengarah Kumpulan Datuk Shahril Mokhtar.

Beliau seterusnya menafikan lawatan SPRM ke pejabat Prasarana itu semalam adalah "serbuan" dan menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang perkara yang ingin disembunyikan.SPRM datang, dan kita berikan kepada mereka apa yang mereka mahu. Kami berikan semua dokumen yang berkaitan dengan tender LRT Ampang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini meneruskan serangan terhadap projek lanjutan LRT Ampang mendakwa SPRM telah merampas dokumen-dokumen penting berhubung pemberian kontrak kepada syarikat George Kent Bhd yang dikaitkan dengan campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebelum mereka datang, kami sudah bersedia. Kami tiada perkara yang hendak disembunyikan.

"Beliau (Rafizi) boleh mengatakan apa yang beliau mahu. Ia bukan satu serbuan. Kita telus."

Rafizi telah membuat laporan polis semalam terhadap Perdana Menteri mendakwa wujudnya campurtangan dalam pemberian kontrak yang sepatutnya dianugerahkan kepada Balfour Beatty-Invensys.

MKP Ayat Sempoi : Kalau tak salah apa nak takut serahkan saja apa yang diperlukan oleh SPRM,Lepas nie yang bakal malu adalah Rafizi yang membuat tomahan dan bakal diambil tindakan?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive