Monday, July 23

LAGU BARU KHAS SEMPENA ULANG THN BUAT PM TERSAYANG... @NajibRazak

Kerana cintakan tanah air tercinta seorang rakan FB MKP Telah mencipta kan sebuah lagu khas sempena Ulang Tahun PERDANA MENTERI MALAYSIA MKP amat terharu beliau berharap teman-teman dapat sebarkan dan memberi pendapat kerana lagu  belum lagi diterbitkan lagi dalam proses pembaikan.


MASYUUUK LA FARID ISMETH PENGAKUAN BERANI MATI?


Video : Pelanggan Proton Maki Pengurus Jualan?


Pelanggan yang marah mesti ada sebabnya,Mungkin kerana layanan yanh diterima agak teruk dan kurang memuaskan.Tapi kita nie semua manusia dan tak perlu memaki hamun orang lain sebegitu rupa kalau tak puas hati pun,Rakyat Malaysia nie rata-rata sopan santun akan tetapi kes sebegini harus diperjelaskan supaya tidak timbul salah paham kedua-dua pihak.Mungkin kita pernah mengalami situasi yang sama ketika berurusan dengan pihak yang tidak dapat membuat keputusan...So Kepada pelanggan tue stay cool bro boleh sattle lagi masalah u  tue? 

RILEK TAK PERLU MANDI DARAH KLU NAK KE PUTRAJAYA?



Ucapan ringkas dan padat dari Datuk Ahmad Maslan berkenaan ucapan Nik Abduh yang sengal sampai sanggup mandi darah nak tawan Putrajaya apa kejadah sampai macam tue?Wahyu orang yang kurang waras namanya.Malaysia mengamalkan demokrasi bila menang nanti ambillah Putrajaya,Tapi PAS nie mampu ke nak tawan Putrajaya bersendirian tanpa DAP dan PKR?

Nik Abduh Nik Abdul Aziz kini sudah menerima wahyu. Wahyu yang diterima beliau berbunyi begini.

Allah Mengarahkan Kita (PAS) Ke Putrajaya ...

Allah Mahukan Kita (PAS) Merampas Kuasa Itu Dari Musuh Allah Dan Musuh Kita ...

Semakin hebat ularmak-ularmak dalam PAS melacurkan Islam demi kepentingan politik sempit, sokongan dan undi.


Merampas Putrajaya kini adalah wahyu baru yang diturunkan kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Seolah-olah Allah Taala sudah berbisik ke telinga Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan telah mewahyukan melalui ilham mahupun didatangkan Malaikat Jibril kepadanya.

Putrajaya kini sudah tertulis dalam kitab 'Cicak Mengkarung Hijau' sebagai kota suci yang wajib dirampas dan dipertahankan. Putrajaya sudah diangkat setaraf dengan Baitulmuqaddis ... cukup suci.

Bukan lagi Mekah Al Mukarramah mahupun Madinah Al Munawarah yang perlu dipertahankan, Serambi Mekah di Kelantan juga telah terkeluar dari senarai yang perlu dirampas ... Tetapi Putrajaya Al Mabuk Demi Kuasa.

Apakah Nik Abduh Nik Abdul Aziz ini sudah hilang pertimbangan akal yang waras.Atau beliau turut mahu mengangkat dirinya setaraf dengan bapanya Nik Abdul Aziz yang telah diangkat bertaraf Nabi dan Wali oleh puak-puak Cicak Mengkarung Hijau ini ..

MKP Ayat Sempoi : Kena keluar fatwa ke baru nak dapat Putrajaya,Teringat janji tipu Anwar masa 16september..........

KELUARGA BERJUBAH PAS SAMUN STESEN MINYAK?


Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbirdikenali sebagai ahli pas, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

VIDEO LAWAK PADIKUTTY BULAN RAMADHAN?


Dey macha lu mau sembang apa pasal bulan ramadhan nie,Pi la mohong kat orang lain yang belum tengok lagi video anu lu Anwar?Drama tamil sudah talak laku lagi kt sini la macha?tapi lawak tahap gaban bila anwar bercakap pasal dosa dan pahala nie woiii.Dengan riak muka yang agak selamba dan menagih simpati rasa macam nak ludah pun ada haaa.


MKP Ayat sempoi : Manusia macam nie pun ada kat malaysia ek?lawak-lawak.

Sunday, July 22

Video : Abby Abadi Di Himpit oleh Mamat PAS Gatai?


Tahniahlah pada Abby Abadi dijulang dan diangkat oleh PAS setaraf Ustazah dari Serambi Mekah.
Ya Allah, kesian aku tengok si fakir yang menadah tangan dihalau oleh Jabatan Amal Pas. Inikah yang dikatakan parti berkebajikan?

Perhatikan gelamat mamat Pas yang dok mengurat Abby...terangkat-angkat kerusi nak dekat dengan Abby dan Janda tu pun sampai tak sedar tefefon terjatuh dari riba..mujur ada abang mamat Pas boleh juga kutip fon yang jatuh

Sedih bila dengar kenyataan Abby, masuk Pas takut di soal di akhirat, agaknya berapa ramai artis yang telah ditarbiah sesatkan oleh Pas.


Video nie pulak buat tatapan kita sebagai pengajaran....

Syria Bergolak Rakyat DiSeru Pulang?

Keadaan di Syria agak merucing ketika ini dengan pergolakan meruncing meletus disebabkan perbezaan pendapat diantara puak yang ada disana.Oleh kerana itu pihak Kerajaan BN mengarahkan semua rakyat Malaysia diarahkan pulang ketanah air demi keselamatan mereka.Lepas nie kita tengok sapa pulak diantara pihak pembangkang yang ada di Malaysia  nak ambil kredit mengatakan itu semua usaha mereka.


Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu. 
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pemindahan itu sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden tidak diingini. 
Pemindahan ini diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik. 
Sehubungan itu, Kementerian Luar memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menasihati anak-anak mereka yang masih berada di Syria untuk pulang ke Malaysia. 
Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut dipanggil pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan, kata Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Sehingga kini, kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu berada dalam keadaan selamat.
Kementerian sekali lagi menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih. 
Kementerian telah membuka Bilik Operasi dan orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570 untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan ini. BERNAMA
MKP Ayat Sempoi : Rakyat diutamakan oleh BN sapa kata janji retorik???? 

Saturday, July 21

PENIAGA MELAYU DIHALAU KETEMPAT TIADA PELANGGAN?

Peniaga bazar Ramadan Jalan Penang di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon.

Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali, berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga Bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka kerana tempat baru yang ditawarkan itu bukan tumpuan orang ramai.

"Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak.

"Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, peniaga Bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai.

"Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini," katanya.

Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang.

Beliau berkata, MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.

Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka.AP

MKP ayat sempoi : DAP dan MPPP nie memang suka menyusahkan melayu klu cina boleh pulak tutup jalan.

Pantun Ramadhan Untuk Semua,Selamat beribadah..


Anak beruang tidur di riba
Di tumpang sama si anak mawa
Bulan Ramadhan dah tiba
Puasa yang lalu dah ganti semua?

Anak Pak Ali namanya Baba
Anak Pak Dolah namanya Ida
Bila bulan Ramadhan dah tiba
Demam gastrik mulalah melanda

Anak rimau berlumba lari
Berlari sampai melintasi titi
Setahun ada 365 hari
Takkan 30 hari pun dah nak mati?

Anak Ah Seng benama Ah Yok
Dilanggar basikal patah riuk
Jangan kita berpuasa yang yok
Bangun pagi buka periuk

Anak itik ke pantai Morib
Pergi bersama kawan-kawan
Time berbuka waktu Magrib
Baru Zohor dah tak tahan

Anak ayam makan kobis
Makan bersama anak ikan
Puasa tak pernah habis
Bila beraya dia yang sakan

Anak gajah berwajah cun
Nampak tikus terus lari
Jangan sesekali main mercun
Kang.. tak pasal-pasal ilang jari

Anak Zirafah lompat galah
Anak cipan bermain bola
Kalau nak berbelanja tu tak salah
Tapi jangan membazir pula

Anak gorila gagah perkasa
Amat terkenal di Kampung Sentosa
Maaf andai terkasar bahasa
MKP ucapkan selamat berpuasa

Anak keli dan anak haruan
Makan kenduri rumah Pak Borhan
Pantun nie sekadar gurauan
Gurauan nak menyambut bulan Ramadhan.

Salam Ramadhan dari MKP untuk semua pembaca blog/FB serta twitter.Moga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.

Friday, July 20

KIT SIANG KENCING DITIANG BENDERA?


Apa dah jadi belum lagi pelancaran filem "Tanda Putera" DAP serta pencacai lidah rasmi Meloyakini dah meroyan.Apa tidaknya dengan Fakta sejarah yang sebenar dan itu memang benar terjadi bahawa  pemimpin popular DAP Lim Kit Siang yang memang kencing di tiang bendera Selangor di rumah menteri besar ketika itu Datuk Harun Idris.Tapi didalam filem itu tiada babak berkenaan.Kenapa harus takut dengan fakta sejarah?Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harus pergi ke panggung wayang untuk melihat filem hebat ini.?

SUMBER

SAPA NAK RM50 RIBU? @HuanPCM




Tawaran sehingga RM 50ribu siapa yang tak mahu.Tawaran ini untuk kebaikan sehingga tertangkapnya penjenayah yang kejam meragut hingga menyebabkan kematian....Tahniah MKP ucapkan pada Parti Cinta Malaysia kerana menawarkan ganjaran tersebut dan ini membuktikan PCM lebih prihatin dari Guan Eng DAP....Disamping itu ianya jua membantu pihak Polis....

GEORGE TOWN -- Tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan, 60, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.

"Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.

"Disebabkan kita tidak dapat berada semua tempat pada setiap masa, kami menghargai maklumat daripada orang ramai, terutamanya daripada mereka yang mungkin telah menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kim Chuan.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan."Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya," kata ACP Gan.

INGAT DAP INGAT KOMUNIS?


MKP terbaca apa yang telah dilaporkan oleh sinar harian nie.Semuanya berkenaan hubungan DAP dan Komunis.Pengesahan dari PDRM telah menguatkan lagi hujah yang telah diberi.MKP pecaya ini taktik DAP yang pernah didedahkan oleh blogger sebelum ini.Ternyata masih ada lagi suku sakat komunis yang subur dikalangan pemimpin DAP.Dendam mereka masih subur hingga kini kerana kalah dan dihalu keluar secara terhina hingga ke sempadan Thailand.

Guan Eng beriya-iya mahu Chin Peng pulang ke Malaysia kenapa?Mesti ada muslihat tertentu.Bekas ketua gerila komunis Malaysia, Chin Peng dilaporkan sebelum ini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.

Patutnya Chin Peng ni dari dulu dah mati. Berapa ramai Melayu dibunuhnya waktu geng-geng komunis dia mengganas di Tanah Melayu dulu.Chin Peng jugalah yang mengarahakan serang ke Balai Polis Bukit Kepong yang diketuai oleh Mat Indera.

Kefahaman sejarah yang singkat dan terdesak mendapat sokongan dari rakyat, membuatkan MatSabu mengolah sejarah dan mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan.Dan hari ini, jelas kelihatan kepimpinan dan pemerintahan ala komunis yang dibawa dan cuba dihidupkan semula terdapat dalam satu parti politik .

Fahaman komunis jelas kelihatan apabila pemimpin parti tersebut sesuka hati menindas dan cuba melakukan penghapus etnik di negeri teersebut. Dengan menggunakan kekuatan ekonomi dan kuasa dalam kerajaan, rakyat dihalau dari rumah mereka sendiri.

Parti ini juga yang diwariskan dari kaum keluarga mereka juga terkenal sebagai anak beranak yang kurang ajar. Mereka tidak menghormati kaum lain terutamanya kaum Melatu hingga sanggup menderhaka kepada Raja Melayu. Mereka yang asalnya pendatang kita cuba menjadi tuan di rumah orang!!!Walaupun Chin Peng mati, namun komunis tetap akan ada selagi keturunan komunis hidup di Malaysia.

Jika ditakdirkan Chin Peng mati dan hidup semula, rakyat Malaysia dan orang Melayu tidak akan lupa apa yang telah Chin Peng dan komunis lakukan.


KISAH SEDIH DUKA SEORANG LELAKI MALANG?


Dalam sebuah bencana kapal karam, seorang lelaki terdampar di pulau terpencil.Demi bertahan hidup, ia belajar memanfaatkan segala yang ada di pulau itu untuk dimakan. Bahkan dalam upaya melindungi diri, ia berhasil membangun khemah untuk berteduh.

Berbulan-bulan ia bertahan tanpa bantuan siapa pun.

Suatu hari, ketika kembali dari berburu, ia mendapati khemahnya terbakar. Dengan badan lemas ia mengeluhkan nasibnya.Namun, ternyata justeru dari situ datang pertolongan baginya: asap dari khemahnya terbakar itu memberi tanda untuk datangnya kapal bantuan.

Itulah salah satu cara unik alam dalam memelihara manusia.

MKP Ayat Sempoi : Bersabar dengan dugaan banyak hikmahnya,Perbuatan baik dibalas baik, jahat dibalas jahat fikirkan.

JAWATAN KOSONG SEMPENA KEHADIRAN RAMADHAN


" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
[179- Surah Al'Araf ]

Thursday, July 19

Dedahan EKslusif : Leman RajaLawak Tolak UMNO? @NajibRazak



Dedahan ini bakal meyirapkan darah pemimpin UMNO yang inginkan populariti dengan cara yang amat mudah?Ingat pemimpin harus turun padang serta mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat setempat iatu pengundi yang telah mengundi pemimpin tersebut menjadi YANG BERHORMAT. Harus dingat YB ini harus jua berkhimat dengan tulus dan ikhlas supaya diterima masyarakat setempat. 

Berbalik kepada sedutan video diatas memaparkan bahawa bukan wang ringgit menjadi ukuran perjuangan seseorang itu akan tetapi prinsip serta kepercayaanya.Nampak jelas penolakan Leman dengan cara menyindir pemimpin UMNO hanya melebelkan artis hanya boleh dibeli dengan wang ringgit.Apa punya lahanat pemimpin UMNO tepi jalan macam nie.Buat masa ini nama pemimpin UMNO tue MKP simpan dulu tunggu esok lusa kita kasi dedah kaw-kaw punya...UMNO adalah sebuah Parti yang telah diamanahkan berjuangan demi Agama Bangsa dan Negara akan tetapi sikap pemimpin telah melunturkan kepercayaan rakyat kepada UMNO....

MKP Ayat Sempoi : Pemimpin UMNO tue Dari UTARA tanah Air?Tunggu

DALAM RADAR : JOM DENGAR APA KATA MEREKA?

Jom kita dengar apa yang bakal diperkatakan tentang perang media baharu adakah ianya menjadi faktor penentu pada PRU13...untuk mendengar klik disini

Dengarkan secara langsung - 5.30 petang ini di 93.9 fm (KL) dan 107.5 fm (JB). audio streaming di radio24.com.my. video streaming di AntaraPos.com

NING BAIZURA PULAK BUAT HAL?



Mungkin musim artis dipolitikkan?Kalau setakat politik kacang putih balut dengan kertas suratkhabaq lama isu yang dimainkan mungkin takkan bertahan lama dan layu ditiup angin sepoi-sepoi bahasa..Ning Baizura pulak balun PAS berikutan penglibatan beliau dalam PAS.Apa kejadah terdesak sampai macam tue pemimpin PAS nie sanggup buat cerita macam tue.MKP bukan takat malu tengok pemimpin PAS memakai kepiah putih atas kepala tapi tak sanggup mempergunakan Islam untuk meraih simpati didalam politik itu sudah melanggar syarat sebagai umat Islam.

Tapi puak haram jadah nie sanggup buat apa saja demi politik sempit lubang k#t# depa.PAS nie kebanyakkanya dari KELANTAN.Bukan nak kutuk orang kelantan tapi perangai depa nie macam haram jadah.....Satu jenis lupa diri bila dah ada kuasa serta merasakan dirinya hebat.Dulu ada kisah dongeng orang kelantan sampai ditelinga MKP menyatakan depa nie jenis suka tinggal kawan dari negeri lain bila dah jumpa rakan satu kapal...Betulke?Mungkin yang sokong PAS aje kot?Hanya yang biasa terkena bisa menceritakannya...
Mungkin bahang pilihanraya sudah mula terasa agaknya. Bukan setakat isu Abby Abadi yang sibuk dibualkan baru-baru ini, lagi terbaru, Ning Baizura telah ‘mengamuk’ di Twitter apabila dia mengatakan bahawa sebuah parti politik, PAS, telah memfitnahnya. 
Ning Baizura dalam akaun Twitternya mendakwa bahawa PAS telah menyebarkan khabar yang dia telah menyertai parti pembangkang itu. Selain itu, Ning Baizura turut menyatakan bahawa pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dia bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

TOLONG SIASAT? @PDRMsia @HishammuddinH2O



Dakwaan menyatakan Pegawai Polis telah memukul pekerja hotel?adakah ini benar-benar berlaku?MKP bukan hendak mempertikaikan tugas serta tanggungjawab pihak Polis menjaga keamanan akan tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga!!!!

Kerana sikap amarah serta panas baran kekadang kita sebagai manusia ini lupa tentang tanggungjawab yang telah diberikan.Pepatah ada menyatakan manusia ini tidak sempurna dan ada kelemahan serta cacat-celanya....Berikutan itu hanya seorang anggota membuat onar telah menjadikan permainan Portal/Blogger pembangkang untuk menjatuhkan keseluruhan pentadbiran PDRM.

MKP Ayat Sempoi : Kebenaran harus dikatakan walaupun pahit seperti kopi tiada gula kerana ianya baik untuk kesihatan.....

YOU GO TO HELL?


Mengangkat persahabatan dan perjuangan dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, kata Suhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi, Tanda Putera juga menyingkap rahsia yang tidak diketahui oleh ahli keluarga dan negara mengenai kedua-dua tokoh tersebut.

"Filem ini mengisahkan tentang persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Ia menceritakan keadaan selepas rusuhan yang mana Tun Ismail masuk semula ke dalam kabinet.

Sebelum ini, beliau telah meletak jawatan kerana tak sihat. 'Tapi disebabkan keadaan negara pada masa itu yang sedang bergelora jadi beliau kembali dan membantu Tun Razak.

Menariknya mengenai filem ini ialah kita berjaya membongkar rahsia penting yang disimpan oleh mereka berdua yang mana keluarga dan rakan-rakan turut tidak mengetahuinya.

Kita bongkar mengenainya," katanya yang turut membuat rujukan menerusi keluarga, rakan terdekat dan pekerja yang pernah berkhidmat dengan dua tokoh itu.SUMBER


MKP Ayat Sempoi : Filem mesti tengok kalau sayangkan Malaysia.

 

FILEM APA NIE GANAS SANGAT?

Filem separa musibat dan agak menghairahkan ini bakal ditayangkan sempena bulan kemerdekaan.Apa kejadah Namewee musibat  sampai diangkat sebegitu rupa?Apa motifnya dan adakah ini sengaja dilakukan untuk menaikan kemarahan orang yang telah lama berjuang dan tidak memperolehi apa yang telah Namewee nie dapat.Kalau nak kata pengarah diMalaysia nie kurang hebat agak sinikal jugak lawak tahap babi meroyan alasan itu digunapakai.Atau sengaja untuk melahirkan ramai lagi pengiat media sosial masakini pada mulanya menghentam Kerajaan BN dan selepas itu ditawarkan bermacam-macam projek mega.....alasanya senang untuk menutup mulut dengan wang ringgit yang setimpal.....





Wednesday, July 18

1627 Pengundi P49 Tanjong Buatkan Guan Eng Raplah Jingga? @NajibRazak




Jamuan makan malam anjuran BN bahagian Tanjong P49 telah mendapat sambutan luar biasa dari sebelum ini.Mana tidaknya pada mulanya hanya disediakan tempat duduk sebanyak 800 sahaja tetapi terpaksa ditambah menjadi 1600 tetapi masih ada lagi yang berdiri diluar dewan.......


wajah senyum sampai telinga pemimpin BN Tanjong dengan kehadiran pengundi.Kalau macam nie MKP yakin BN dapat menawan kembali P49 Tanjong.


MKP Ayat Sempoi ; Guan Eng ada berani cabar Teng Cheng Yoew lepas nie?

- Posted using BlogPress from my iPad

GEMPAR! Wang Komisen Scorpene Ada Dalam Akaun DAP




KEMENTERIAN PERTAHANAN
DCNS
NAVANTIA
NED/NDI/CIA
SUARAM
PERIMEKAR
AHLI POLITIK/ MAHKAMAH PERANCIS
DAP
THALES
TERASASI (Hong Kong & S’pore JV Co.)
                                                                                         

Kita sedia maklum bagaimana Pakatan Rakyat, melalui SUARAM telah membuat tuduhan berat terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kononnya terlibat dalam rasuah, malah pembunuhan, dalam proses pembelian kapal selam scorpene oleh Kementerian Pertahanan.

Bagi menguatkan tuduhan ini, SUARAM telah mengaitkan kerajaan dan sistem kehakiman Perancis kononnya kes ini sedang dibicarakan di negara tersebut dan beberapa nama, termasuk Perdana Menteri, akan disapina.  

Namun, akhir-akhir ini SUARAM telah mengambil sikap berdiam diri apabila pihak kerajaan berjaya membuktikan bahawa tiada perbicaraan yang membabitkan ahli politik atau kerajaan Malaysia yang sedang berlangsung di Perancis sekali gus tidak timbul soal sapina.   Malah, pihak kedutaan Perancis di Malaysia juga bingung dengan kebiadapan SUARAM yang sanggup mempermainkan Hakim, Mahkamah malah kerajaan Perancis semata-mata untuk ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia.

Nama-nama syarikat seperti Thales dan Terasasi langsung tidak terlibat dalam urusniaga scorpene.  Manakala Perimekar pula jelas bukannya menerima komisen, tetapi bayaran yang sah atas khidmat menyediakan kediaman lengkap, elaun, tambang pulang bercuti, kos latihan kepada pegawai, krew dan staf serta kos pengurusan dan koordinasi selama 6 tahun.  

Pihak polis Perancis juga mengesahkan bahawa SUARAM menipu apabila nama Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda langsung tidak pernah memasuki Perancis pada ketika urusniaga ini berjalan. 
       
Lebih menarik lagi apabila SUARAM didapati berdaftar sebagai perniagaan dan menerima dana entah dari mana yang menjadikan pertubuhan yang kononnya NGO yang memperjuangkan hak dan keadilan ini, semakin dicurigai.  Sehingga kini, SUARAM masih belum dapat menjelaskan latarbelakang kewujudan mereka dengan pasti.   

Apapun, setelah terkantoi, SUARAM mengambil sikap pasif dan tidak lagi agresif dalam menangani isu.   

Enggan mematikan isu ini, DAP mengambil alih  membangkitkan semula isu yang sudah semakin padam ini.  Untuk itu, akhbar TheROCKET 15 Julai 2012, menyiarkan satu carta aliran yang menunjukkan hubungkait kerajaan, Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan menerima dan mengambil rasuah dalam pembelian kapal selam.   Kononnya, carta aliran yang dilakarkan mereka 
itu menjadi bukti kukuh dan rakyat wajib mempercayainya.



  
Memang mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan ‘penerangan atau penjelasan’ tertentu bagi mencipta isu, membuat fitnah atau apa saja.  Contohnya ialah carta aliran dan tajuk artikel ini sendiri.   Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya.  

Penulis atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA.  

Tetapi, bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM.  Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara professional.   
Kerajaan tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat.   Setakat ini, SUARAM, alat pembangkang, sudah pun terkantoi.   DAP, PKR dan PAS sendiri berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan bukti dan saksi.  

Malah ada juga kes di mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng.   Dan semua ini adalah benar, bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pembangkang mereka-reka isu rasuah scorpene.  

Kita sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri pembangkang.   Kemuncaknya ialah apabila ‘penulis cereka fiksyen tersohor’ mereka sendiri, iaitu Raja Petra Kamaruddin terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini.  

Dan kini SUARAM telah menyerah kalah juga.  Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan kembali isu yang tiada isu ini.   Sekali gus, membuat kita tertanya-tanya, apakah carta aliran hasil imaginasi penulis di atas punya sedikit kebenaran?  BERUANGBIRU

Hated by Journalists in Penang?


Tua Pow Eng's Media Boys (and Girls) – Hated by Journalists in Penang

The newspapers have reported that Lim Guan Eng is surrounded by a bunch of cocky, half baked and juvenile staff on his 28th floor office in Komtar. Well, maybe the papers didn’t quite describe it that way but you know what the papers are like. They are so “takut” of this vindictive man who cannot take even a little bit of criticism.

He is so megalomaniac that if you tell him, your hair so nice today, he will say, yesterday not nice ah? Why you so critical of me today? Anyway we don’t want to get sidetracked by his hair which is back to the oily style now that his love affair has ended.

Today we want to talk about LGE’s boys and girls who have caused so much problems for him and the Penang media. According to our reporter friends, these gang of people around Emperor LGE are known as the 28th floor.

LGE’s boys and girls are now the most hated bunch of clowns in Komtar. Why? Let us tell you.

They are bloody arrogant. They think that just because their boss is so powerful and loved by Penang Chinese, that means the people also love them. They are strutting around like their arrogant boss. You say their boss, they go for you with a sledgehammer. You criticise their boss, you are finished.

Reporters tell us they will send nasty press statements running them down. They are not very smart. We can tolerate some cocky behaviour if you graduated from Harvard or Cambridge. The clowns around LGE have some education, some don’t even go to university.

But half had failed their Form 5, joined DAP and suddenly the tsunami happened and they were lording it over the media from the 28th floor. In fact, state exco member Danny Law cannot even speak English correctly! Another exco, Lim Hock Seng, was a contractor, filling up potholes in Butterworth and he also struggles with his English and BM.

They belong to the Dong Jiao Zong gang. That means they speaking little bit England only. As for Bahasa Malaysia, err, what is that language ah? You get our drift? So when they issue press statements, it’s like in Astro Oh My English! Really teruk.READ MORE

OSTAD ZIZAN PATUT MALU BELI SAHAM FELDA GLOBAL?


Pakatan Rakyat terutama PAS sebenarnya sudah 'termalu' dengan tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan berjaya mengaut kentungan dari pelaburannya itu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad memberitahu tindakan PKNK tersebut juga sekaligus membuktikan penyenaraian FGVH ternyata satu langkah yang baik dengan membuka peluang pelaburan pulangan tinggi.

"Ternyata anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu melihat saham-saham FGVH adalah peluang pelaburan yang baik, tetapi kerana politik yang sempit, PAS mengeluarkan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada Felda terutama dalam hal penyenaraian FGVH,

"Sekarang Pas termalu dengan tindakannya, pemimpinnya memberi alasan kononnya pemilikan 500,000 unit saham FGVH itu disebabkan “salah urus” pekerja syarikat itu," jelas Mohd Isa yang mengulas mengenai tindakan PKNK membeli -saham saham FGVH dengan nilai pelaburan RM2,275,000.

Semalam, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dipetik sebagai berkata, PAS melihat pembelian saham-saham FGVH oleh PKNK adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Mahfuz mengakui, pekerja firma itu berkemungkinan membeli saham FGVH berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim menjelaskan, PKNK memohon saham-saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya memberi kelulusan pembelian sahaja 500,000 unit yang melibatkan pelaburan RM2,275,000.

PKNK adalah badan berkanun kerajaan yang berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan pemantauan daripada Kementerian Kewangan dengan lembaga pengarahnya turut diwakili tiga wakil dari peringkat Pusat, termasuk wakil dari MITI, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Mohd. Isa menambah, keadaan ini jelas membuktikan para peneroka bakal meraih manfaat besar dari penyenaraian FGVH dan janganlah mereka terpedaya dengan tohmahan oleh Pas yang beliau gelar sebagai 'makhluk perosak'.

"Biarlah mereka sudah malu dengan tindakan sendiri sedangkan dari aspek pelaburan ianya (penyenaraian FGVH) adalah baik tetapi kerana politik, mereka kata ia tidak baik," tambah beliau.AP

MKP Ayat Sempoi : Cakap tak serupa bikin PAS nie,Himpunan OREN tue menatang apa?

DIKTATOR : AYAHANDA TUN M MINTA PENDAPAT.


Tun M meminta pendapat dari semua rakyat Malaysia yang telah membuatkan Ayahanda Tun digelarkan oleh pembangkang yang telah mengelarkan Ayahanda Tun sebagai Diktator.Rasanya ini kali pertama dan buat pertama kali Pemimpin seperti Ayahanda Tun meluahkan serta meminta pendapat pembaca blog memberi komen.Tak pernah lagi MKP terbaca artikel sebegini atau ucapan dari pemimpin Politik tanahair Malaysia.KLIK untuk memberi komen....

CINTA SEMPOI ZAMAN SEKARANG?


Belum masuk sekolah menengah sudah pandai ponteng kelas untuk berjumpa teman lelaki. November lalu gadis berusia baru 12 tahun itu pertama kali dirogol oleh pakwenya yang berusia 16 tahun.

Selepas kejadian pertama itu pelajar tersebut, kini 13, mengakui beberapa kali dirogol remaja yang sama.

“Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya,” kata si gadis seperti yang disiar media.

Perlu diingat, hubungan seks beberapa kali itu menjadi jenayah rogol sebab gadis masih di bawah umur. Sekiranya tidak berstatus bawah umur, perlakuan ketika ponteng sekolah itu tidak dikira rogol, dan dianggap hanya sebagai ‘bertukar-tukar hadiah suka sama suka’.

Siapa agaknya yang patut disalahkan dalam kes malang ini? Adakah remaja 16 tahun yang pandai memujuk rayu, mungkin meniru ala-ala romantis dari filem Hindustan, atau dari siri drama Korea yang banyak ditayangkan di TV kita sekarang.

Boleh jadi juga salah si gadis sebab cepat tergoda dan menyerah. Atau adakah salah ibu bapa pelajar berkenaan yang gagal mengawasi pergerakan anak sehingga acap ponteng sekolah untuk bercumbuan.

Tetapi, rata-rata orang menyalahkan Facebook. Laman sosial itulah yang mula mengenalkan ‘Romeo’ dan ‘Juliet’ berkenaan. Seperti yang diakui Juliet, dia mula menjalin hubungan di alam siber pertengahan tahun lalu.

Dari alam siber ke alam nyata, dan... Apabila Mark Zuckerberg mula mencipta Facebook pada 2004 – ketika itu usianya baru 20 tahun – dia mungkin tidak terfikir sisi-sisi negatif yang bakal dicetuskan oleh hasil rekaannya itu. Atau, boleh jadi juga si genius komputer itu memang sudah menjangka akibatnya, dan hanya mengambil sikap ‘ada aku kisah?’

Hari ini, tidak sampai sepuluh tahun, laman sosial ciptaan pelajar tercicir Havard itu mempunyai pelanggan lebih 250 juta di seluruh dunia, dan Zuckerberg menjadi jutawan, sekali gus selebriti dunia. Tidak dinafikan banyak manfaatnya. Maklumat dan data tersebar dan diterima di hujung jari.

Apa yang terjadi di sebelah sana glob, diketahui di sebelah sini dalam beberapa saat. Pasaran saham, keputusan pilihan raya, perlawanan bola sepak Piala Eropah, semuanya boleh diketahui dalam sekelip mata.

Tetapi banyak juga kesan buruknya. Orang boleh melakukan jenayah menerusi laman maya ini. Seperti yang diberitakan dari London kelmarin, maklumat yang dikumpulkan akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.

Menurut laporan itu, tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu. Bukan setakat itu, laman tersebut juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.

Di tempat kita Facebook menjadi medan peperangan, lebih-lebih lagi pada musim-musim pilihan raya seperti sekarang. Siapa sahaja boleh menuduh apa sahaja menerusi laman popular ini. Detik demi detik telefon bimbit kita berdecit, pasti ada fitnah baru yang masuk dalam Facebook kita.

Malah, sudah banyak juga kes orang kita terpedaya menerusi laman maya ini. Ada lelaki tampan, bahasanya indah dan amat mendayu, hingga memikat hati seorang wanita.

Apabila hati sudah terpikat, masa akan banyak dihabiskan melayan jejaka tampan itu menerusi maya. Hari demi hari saling berbalas bahasa indah, tidak disedari cinta telah bersemi di alam maya. Meski hanya dalam maya, keasyikannya amat luar biasa.

Gambar bertukar gambar, termasuk aksi paling menggiurkan. Kemudian si jejaka mula meminta wang untuk urusan yang kononnya membolehkan mereka bertemu di KL.

Demi cinta wang dimasukkan dalam akaun tanpa sedikit pun rasa ragu. Hanya setelah beberapa bulan berlalu, dan RM puluhan ribu telah diberi, barulah diketahui jejaka yang dipuja dan didodoikan menerusi maya itu, rupanya satu penipuan terancang.

Cerita seperti ini semakin kerap kita dengar. Facebook, sama seperti Internet, sentiasa ada manfaat dan kebaikan. Tetapi, sentiasa juga ada bahaya dan keburukan. Jangan salahkan Zuckerberg. Kita tidak perlu lari dari kecanggihan maya. Tetapi perlu menggunakan fikiran, bukan perasaan.

JANGAN TENGOK JIKA TIADA KEKUATAN IMAN?


Video semasa latihan diwaktu pagi sebelum 1M4U berlangsung.Agak menarik untuk dikongsi bersama.Nampak penglibatan golongan belia dengan minat dengan cara orang muda.Pendekatan terbaik dari 1M4U dari golongan belia untuk golongan belia masa kini.

Tuesday, July 17

LIVE : KELAB PUTERA 1MALAYSIA BHGN. SUNGAI PETANI DILANCARKAN. @NajibRazak










Tahniah diucapkan pada kelab putera 1malaysia kerana pada malam nie telah melancarkan bahagiannya di Sungai Petani Kedah.MKP rasa jika sambutan dari golongan belia terhadap KP1M ini amat merangsangkan.Golongan belia jika diasuh dengan kaedah yang baik maka eloklah akidahnya kelak.

Tema KP1M "Kami Prihatin" amat bermakna bagi merealisasi tema 1Malaysia yang telah didokong oleh Perdana Menteri.Tahniah MKP ucapkan kepada Datuk Azeez Rahim selaku Pengerusi KP1M kerana berjaya melebarkan sayapnya ke Sungai Petani.

Posted using BlogPress from my iPad

FMT MINTA MAAF FAUZIAH KENA LONDEH #FAUZIAHTIPU


Mana mau letak muka bila apa yang telah diperjuangankan kantoi ditengah jalan.Inilah sikap pemimpin PKR atau Ahli Parlimen penipu dari Kuantan Pahang ini.Selama ini Fauziah yang banyak memperjuangkan kempen Anti-Lynas dan sedaya-upaya mempertahankan kempen beliau tanpa menghiraukan apa jua rintangan yang melanda,Ternyata apa yang diperjuangankan kini hanya sia-sia.Sebelum ini banyak sangat tomahan kepada Kerajaan BN telah dilontarkan oleh Fauziah,Kini tuhan itu maha kaya dan adil setiap perbuatan yang tidak direstui pastinnya mendapat balasan darinya;
Portal berita Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon maaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat. 
Mtoday News Sdn Bhd yang mengendalikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik. 
"Kami memohon maaf di atas penerbitan tersebut kerana dakwaan itu tidak mempunyai asas saintifik. 
“Kajian mengenai peraturan kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci," jelas kenyataan itu. 
Sementara itu, Pengerusi Lynas Nick Curtis berkata beliau gembira dengan permohonan maaf oleh FMT itu. 
Katanya, Lynas sentiasa menyatakan bahawa kilangnya di Kawasan Perindustrian Gebeng, berdekatan Kuantan, adalah selamat kepada komuniti di sekitar tempat operasinya, dan menyokong pandangan ini dengan fakta sains. 
"Kilang itu diuji sepenuhnya ketika pemeriksaan yang terperinci dan cekap oleh pengawal selia berkaitan," katanya yang dipetik Bernama.
MKP Ayat Sempoi : Fauziah nie umpama meludah kelangit akhirnya jatuh kemuka sendiri?

TIADA LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR?


Apa dah jadi dengan cywar yang telah dimainkan oleh blogger pro BN semalam,Hari nie laporan dari sinar harian serta pengesahan dari pihak Polis menyatakan tiada kaitan dengan Anwar?Mungkin ada udang disebalik mee.Apa tidaknya semalam ramai yang bertanya adakah ini benar-benar berlaku.Jawapan MKP senang aje...Aku nie hanya blogger melukut ditepi gantang mana layak nak dapat akses dan liputan ekslusif dan mantop nie.Lainlah kalau dah popular....

Nak kata kantoi dan gelabah bewak setakat nie bukan masanya lagi.Apa kata kita tunggu dulu perkembangan seterusnya.Berbalik kepada laporan sinar harian pada awal pagi semalam ada menyiarkan laporan berikut;


Sinar Harian telah mengeluarkan artikel ini dan membuatkan cerita ini betul-betul terjadi?apa motifnya?

Salah Siapa Benda Macam Nie Jadi?


Salah siapa sampai jadi macam nie?Takkan nak salahkan pentabdiran yang lalu pulak kali nie?apa punya gampang dan menegak banang yang basah jika banyak lagi benda sebegini berlaku dalam masyarakat kita kelak.Nak kata ikutan ajaran agama MKP rasa semua agama kat Malaysia nie melarang  sumbang sejenis nie.Nie semua kena salahkan Anwar dan pencacai tegarnya.Semalam MKP bertanya kepada rakan-rakan kena benda nie menular?jawapanya ringkas dan padat_ kalau dah pemimpin macam Anwar boleh buat benda kenapa rakyat marhean tak boleh???? haha sudah jadi terbalik pulak kat Penang nie,Sepatutnya benda yang baik diikut sebaliknya perilaku sumbang dibanggga dan menjadi  ikutan?


Yang nie lagi ngeri beb?kongsi isteri apa kejadah punya manusia......

Dimana Silapnya TRIMa, Patutkah Di Perhalusi?


Tidak dinafikan, banyak program yang pada peringkat awal pelancarannya amat 'cantik' tetapi kesudahannya mengecewakan. Dalam politik pun begitu. Di peringkat atas, banyak program yang disusun dengan baik oleh pemimpin tetapi di bawahnya berkecamuk di sana sini. Siapakah yang akan 'merosakkan' program seperti TR1Ma ini? Adakah pemandu teksi, pembekal tayar atau pihak yang merancang program ini?

Apabila borang subsidi tayar diedarkan, pemandu-pemandu teksi sudah terbayangkan empat biji tayar percuma bakal menjadi milik mereka. Dan apabila Najib mengumumkan mereka akan mendapat satu set tayar, mereka teramat gembira. Bayangkan empat biji tayar bakal menjadi milik mereka. Tidak perlu lagi pinjam tayar kawan apabila tiba masa untuk melakukan pemeriksaan di Puspakom.

Tetapi harapan itu meleset kerana maklumat sebenar tidak sampai ke pengetahuan pemandu teksi sehingga menimbulkan pelbagai persoalan. Sepatutnya awal-awal lagi, pihak berkuasa menjelaskan fakta sebenar ini supaya pemandu teksi tidak menuding jari terhadap kerajaan.

Pak Long dan Pak Lang sudah mendengar pelbagai cerita mengenai rakan-rakan yang bercakap mengenai tayar ini. Hari-hari mereka mendengar pelbagai cerita mengenai baucar subsidi tayar ini. Isu terkini mengenai ketiadaan stok tayar.

Sebelum itu, kita selak dulu sama ada pemandu teksi memperoleh satu set (empat biji) tayar atau sekadar dua atau tiga.

Teksi dalam negara bukan sekadar pelbagai warna kuning, hijau, merah putih, biru dan macam-macam warna lagi tetapi kereta yang dijadikan teksi juga pelbagai. Ada Iswara, Wira, Waja, Saga BLM, Exora dan Persona. Jika pemandu memiliki Iswara, Wira atau Saga BLM yang dikategorikan sebagai saiz rim 13 inci, maka baucar RM520 itu mampu membantunya mendapatkan satu set (empat) tayar. Itu pun bergantung kepada harga RM130 tetapi khabarnya harga tayar kini sudah naik kepada RM145 bagi setiap tayar.

Bagi rim 15 inci pula iaitu Waja, harga setiap tayar khabarnya RM175. Maknanya baucar itu hanya mampu menampung tiga tayar. Satu lagi tayar perlu mengeluarkan duit poket sendiri. Bagaimana pula dengan kereta jenis lain? Ada juga yang memberitahu, kalau nak tukar perlu tukar empat sekali, tidak boleh dua atau tiga. Kalau tukar dua pula, baki baucar tidak akan dipulangkan. Mungkin peraturan ini tidak terpakai di semua kedai yang menjadi pusat tukaran tayar ini.

Pada masa yang sama, pemandu juga dikatakan perlu membuat bayaran untuk balancing danalignment sedangkan sebelum kehadiran baucar ini, ia termasuk dalam kos penukaran tayar. Sejauh mana kebenarannya tidak pasti. SPAD boleh siasat.

Isu seperti ini perlu dijelaskan kepada pemandu teksi supaya tidak timbul pelbagai tanggapan negatif terhadap pihak kerajaan. Kita tidak mahu mendengar suara-suara sumbang yang senantiasa mencari silap untuk memperkecilkan program ini yang seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak ikhlas atau sekadar melepas batuk di tangga. Mungkin ketika program ini dirancang, harga yang ditawarkan sudah mencukupi untuk empat tayar jenis rim 13 inci. Bagaimanapun Iswara dan Wira sudah tidak ada stok dan kini muncul Waja. Maka untuk masa depan, perancangan biarlah betul-betul teliti. Ingatlah Najib pernah berkata, pemandu teksi merupakan satu kumpulan penting dalam mempamerkan imej baik negara di samping dapat membentuk persepsi orang ramai terutama pelancong asing mengenai negara yang dilawati.

Tetapi bagi Pak Long, isu harga masih boleh ditolak ketepi. Kata orang tiada rotan akar pun berguna. Mensyukuri apa yang diperoleh itu sudah cukup baik. Bak kata orang lebih baik ada daripada tidak ada langsung. Harga tayar mungkin sudah naik lebih awal sebelum program TR1Ma dilancarkan atau naik secara kebetulan.

Isu lain yang timbul sekarang ialah ketiadaan stok tayar. Beberapa orang rakan mengeluh kerana terpaksa menunggu seminggu atau dua minggu lagi baru ada stok sedangkan masa untuk ke Puspakom semakin hampir. Pemandu khabarnya tidak boleh ke kedai lain selain yang tertera di baucar. Lucunya seorang rakan memberitahu, apabila beliau keluar dari kedai tayar berkenaan, kereta jenis sama (bukan teksi) masuk ke kedai itu dan ada pula stok tayar! SPAD boleh siasat hal ini. Takkanlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob nak kena turun padang tengok tayar cukup atau tidak lebih-lebih lagi menjelang musim balik kampung nanti. Cukuplah Ismail Sabri kawal harga minyak masak, gula, tepung menjelang Ramadan hujung minggu ini.

JANJI HANYA TINGGAL JANJI DAP?


Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap rakyat Malaysia. rumah bukan sahaja satu keperluan asas tetapi dengan perancangan pembelian yang baik, ia menjadi aset penting dalam membina nilai bersih positif kepada kewangan individu. Tetapi persoalan sekarang berkenaan dengan kemampuan untuk memiliki rumah adalah isu penting di Pulau Pinang. Harga rumah semakin mahal di Pulau Pinang. 

Walaupun mereka yang lepasan universiti dengan pendapatan awal sekitar RM2,500 juga tidak semesti berkemampuan untuk membeli dan terpaksa menangguh dengan menyewa. Hakikatnya sekarang selepas 2008, tiada sebarang projek perumahan kos rendah ataupun mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Apa yang kita lihat adalah projek-projek perumahan yang berharga RM500 ribu ke atas sehingga melebihi RM1 juta. Mampukah kita atau pun anak-anak kita memiliki sebuah rumah idaman sekiranya keadaan sekarang berterusan di Pulau Pinang ..?

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng talak tipu cuma tak tunai janji aje?

Monday, July 16

Video Separa 18XX Dari Marsha AF3?


Semakin hari ada saja kisah PANAS tentang dunia artis tanahair. Baik dari segi cara pemakaian mereka, kisah sosial, kisah peribadi ada saja dimainkan di dunia alam maya sehinggalah ke media cetak. Mereka ini adalah golongan yang sering menjadi topik perbualan masyarakat di Malaysia.

Sesetengah artis di Malaysia ini juga menjadi IKON pada peminat mereka baik dari golongan anak muda dan juga golongan veteran (orang lama). Terbaru, artis popular Marsha Milan Londoh terdapat video HOT yang sudah tersebar di alam maya. MKP tidak dapat memberikan sebarang kepastian apakah benar video yang dikatakan. Pembaca lihatlah sendiri video tersebut di bawah :



MKP Ayat Sempoi : Ada yang rasa dirinya terkena,,,minta maaf bebanyak?

VIDEO SEMPOI BUAT NAMEWEE?


MKP tujukan khas dan teristimewa buat Bro Namewee,Lagu dari videodinamika nie memang terbaik buat lu bro....Lama dah dok simpan dendam apa kata luah dan buatkan semua oreng terhibur dengan aksi mangkuk hanyun dari sekor babi musibat nie? 

LATHEFA KOYAH SEDIH DIKOYAK OLEH KHALID GAGAP?


Dulu jika ada masalah berkenaan undang-undang mukan inilah yang selalu menjadi juara dalam segala hal berkaitan dengan Pakatan Harami.Kini nampak mereka nie pun banyak masalah dalaman.Pukul canang menyatakan semua orang tak baik dan bagus selain mereka.Kini sudah terbukti tiada persamahaman diantara mereka.Koyak semakin rabak dah jadi.

Latheefa Koya hari ini mengesahkan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, berita mengenainya yang dikatakan akan disingkir beberapa hari lalu hebat diperkatakan. Malah, minggu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengakui terdapat perbincangan pada mesyuarat kerajaan negeri untuk menggugurkan Latheefa Koya.

"Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya.

Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakan jawatannya itu tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.

Perkara itu, katanya, pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

Khalid yang ditemui media kelmarin walau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.

ANGRY AH PEK MENGAMUK?


“Angry Ah Pek” muncul selepas program "Semboyan Dibunyikan" yang dianjurkan oleh BN Bahagian Bagan di Dewan Tan Si Eng Chuan Tong PW. Dia tidak puas hati dengan kerajaan DAP yang menghinakan penduduk-penduduk tempatan di kawasan Parlimen Bagan. Luahan rasa "Guan Eng penipu..sudah 50 tahun saya hidup senang..tapi baru 5 tahun Guan Eng sudah kacau saya..ternyata DAP penindas rakyat!".

MKP Ayat Sempoi : Nampak Guan Eng kini sudah dibenci rakyat Penang. 

BERITA TERBAIK BUAT BELIA.


4 inisiatif empat 1 malaysia for youth 1m4u program.Terbaik buat belia yang kini telah menunjukkan daya saingan serta jatidiri untuk memajukan Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat (4) inisiatif penting di bawah program 1Malaysia For Youth (1M4U) dalam usaha memperkasakan gerakan sukarelawan belia di negara ini.

Perdana Menteri berkata, empat perkara itu ialah penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100juta dan mengisytiharkan 2013 sebagai
Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U. Najib berkata demikian ketika berucap pada program 1M4U di KLCC petang tadi.

Sunday, July 15

KECEWA BELIA JIKA TIDAK DIPEDULIKAN? #1M4U


Program 1Malaysia For Youth (1M4U) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada petang ini bakal memberikan momentum baru kepada golongan belia.


Pada program pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak telah menyempurnakan program’ walk about’ di Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib sempat beramah mesra dengan sebahagian daripada 40,000 belia yang hadir di KLCC sebelum perasmian 1M4U petang ini.

Selain Kementerian Belia dan Sukan, terdapat 15 kementerian, 16 agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta institusi kesukarelaan terlibat dan menjalankan sebanyak 16 aktiviti sepanjang hari ini di beberapa lokasi berlainan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Antaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaraan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu antara agensi, NGO dan institusi yang terlibat pula ialah i-Volunteer, Yayasan Salam Malaysia, Belia 4B Ampang, 4B Titiwangsa dan banyak lagi.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggerakkan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, program derma darah dan kempen kesihatan sebelum berkumpul dan menyertai pelbagai aktiviti di Esplanade, KLCC.

Malah program 1M4U ini diwujudkan oleh kerajaan untuk menggalakkan peglibatan pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang bersifat kenegaraan dan semangat 1Malaysia.

Selain itu, 1M4U juga merupakan platform bagi mengetengahkan inovasi dan kreativiti menerusi perancangan dan penglibatan dalam program atau aktiviti yang boleh menguntungkan negara dan belia.



MKP Ayat Sempoi : Tahniah Tun kerana dapat no 2  dan Lisa Surihani mendapat no 1 impressions untuk #1M4Uvolunteers

Video Artis Malaysia Di #1M4U Meriah?


Hai Datuk Aziz Rahim pun ada masa Program #1M4U nie masih merempit lagi ke?Tahniah dari MKP i feel u Bro.....



Guan Eng Pergunakan Rakyat?


Lebih 100 penduduk dari Kampung Jawi dekat sini mengadakan demonstrasi aman bagi meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng campur tangan dalam penutupan semua terusan di kampung tersebut.

Penutupan kesemua empat terusan secara berperingkat sejak tahun 2010 itu dijalankan ekoran pembinaan projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar sehingga menyebabkan air bertakung dan banjir besar sekiranya berlaku hujan lebat.

Imran Man, 50, berkata, penutupan terusan-terusan menyebabkan banjir kilat sehingga memusnahkan perabot dan tanaman, katanya.

"Kami telah tinggal di sini sekian lama, sekarang kami mengalami kesusahan dan juga bimbang jika penutupan terusan ini akan membawa kesan lebih teruk pada masa akan datang," jelasnya.

Justeru, beliau menyeru kerajaan negeri agar membuka semula terusan tertutup, ujar Imran lagi.

Sementara itu, Lim Song Hai, 63, mahu kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat yang dipilih untuk mengambil berat perkara itu dan bertindak.

"Penutupan semua terusan akan menyebabkan penderitaan kepada penduduk di kampung ini kerana masalah banjir yang kerap melanda," katanya.

Tan Kim Soon, 71, pula berkata, beliau sedih apabila kerajaan negeri Pulau Pinang kerana tidak mengambil kira pertimbangan kebajikan penduduk Kampung Jawi.

"Penutupan terusan membawa kesukaran untuk penduduk seperti kami di sini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Informasi Barisan Nasional (BN) dan Penyelaras BN Jawi, Tan Cheng Liang yang turut hadir semasa demonstrasi itu berkata, acara tersebut dianjurkan oleh beberapa pertubuhan dari Kampung Jawi yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela, Lim Hee Kian.

Cheng Liang berkata, penduduk Kampung Jawi ternyata tidak gembira dengan penutupan terusan berusia 100 tahun itu dan sehingga kini, Guan Eng kerana tidak mengambil sebarang inisiatif bagi menjaga kebajikan penduduk kampung itu.

"Kami telah mengkaji pelan saluran terusan alternatif tetapi dimaklumkan bahawa pelan itu tidak diluluskan oleh kerajaan negeri,

"Saluran utama telah ditutup dan keadaan akan bertambah buruk semasa musim banjir," jelasnya.

Sebelum ini, lebih 200 penduduk Kampung Titi Hitam terpaksa menghidu bau busuk dari ladang-ladang ternakan babi di Kampung Jawi yang terletak bersebelahan.

Namun, tidak lama lagi, kesengsaraan mereka akan bertambah apabila air sisa najis haiwan dari ladang-ladang tersebut akan disalirkan ke kampung berkenaan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan projek pembinaan saluran baru itu yang akan membolehkan air menjijikkan itu mengalir terus masuk ke tali air di kampung tersebut.

Air kotor yang mengandungi toksik itu bukan sahaja akan memusnahkan tanaman penduduk kampung yang dihuni majoriti orang Melayu malahan akan menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive