Saturday, June 2

MUNAFIK TAHAP MELAMPAU PAS SEKARANG?




Selain ucapan-ucapan pemimpin PAS pada Himpunan Hijau Alor Setar semalam yang mencanang parti itu sebagai bakal menawan Putrajaya, sebuah lagi ucapan yang dilafazkan beberapa hari sebelum itu, tidak kurang pentingnya.

Yang dimaksudkan ialah kenyataan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, "arkitek" yang mengilhamkan pembinaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baru Malaysia pada tahun 90an.

"Jika dahulu mereka (PAS) beria-ia mengatakan Putrajaya adalah projek gajah putih BN, kini mereka pula terdesak mahukan Putrajaya," kata Mahathir di sebuah majlis di Kuala Lumpur awal minggu ini.

Kenyataan singkat, sinis dan tajam, namun ia menzahirkan "transformasi" PAS yang kini dituduh meletakkan agenda politik dan bukannya Islam sebagai paksi perjuangan utama.

Sebuah parti yang menuduh Umno tidak Islamik, kini secara terbuka menangguh pelaksanaan undang-undang Hudud sekalipun berjaya menawan Putrajaya.

PAS juga membatalkan terus perjuangan untuk mendirikan sebuah Negara Islam.

Yang mahu dikejarnya sekarang ialah sebuah Negara Berkebajikan.

Semalam, tidak dinafikan Stadium Darulaman yang mempunyai kapasiti kira-kira 35,000 dipenuhi penyokong PAS.

Wartawan yang hadir pula bersetuju bahawa jumlahnya tidak mungkin lebih 50,000.

Namun Harakah, organ rasmi parti meletakkan angka kehadiran sebagai 100,000.

Tentunya tindakan Harakah itu didorong oleh keperluan menyemarakkan semangat akar umbi PAS yang tidak hadir di Stadium Darulaman malam tadi.

Taktik-taktik halus untuk mempengaruhi pemikiran ahli dan penyokong PAS sebegini sudah mula sebati dalam mencorakkan hala tuju PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malam tadi beliau mengisytiharkan bahawa Himpunan Hijau adalah program yang disusun khusus untuk menawan Putrajaya.

Jadi sudah tentu majlis itu perlu diangkat sebagai sesuatu yang amat berjaya, khususnya dari segi kehadiran peserta dan mesej ini perlu diterapkan oleh Harakah.

Itulah realiti perjuangan PAS hari ini.

Penggunaan Stadium Darulaman Kedah untuk perhimpunan itu semalam mengundang satu pertanyaan yang relevan kepada politik semasa.

April lalu, pemimpin PAS enggan akur kepada permintaan kerajaan supaya himpunan BERSIH diadakan di Stadium Merdeka.

Tetapi apabila sampai kepada Himpunan Hijau di Kedah, tidak ada masalah untuk menggunakan Stadium Darulaman.

Fakta bahawa Kedah dipimpin oleh kerajaan negeri PAS tentunya mempengaruhi keinginan parti itu untuk memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan teratur.

Justeru, timbul kesedaran di pihak PAS untuk berhimpun di stadium demi kebaikan semua pihak.

Adakah kerana "tuan rumah" BERSIH 3.0 adalah Barisan Nasional, maka kesedaran sebegitu tidak perlu atau sengaja diketepikan oleh PAS?

Apakah di dalam PAS sekarang, politik menguasai segala pertimbangan, termasuk keselamatan awam dan kesejahteraan rakyat?

- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Anonymous said...

Biasala parti ajaran s......

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive