Dulu jika ada masalah berkenaan undang-undang mukan inilah yang selalu menjadi juara dalam segala hal berkaitan dengan Pakatan Harami.Kini nampak mereka nie pun banyak masalah dalaman.Pukul canang menyatakan semua orang tak baik dan bagus selain mereka.Kini sudah terbukti tiada persamahaman diantara mereka.Koyak semakin rabak dah jadi.
Latheefa Koya hari ini mengesahkan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta.
Sebelum ini, berita mengenainya yang dikatakan akan disingkir beberapa hari lalu hebat diperkatakan. Malah, minggu lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengakui terdapat perbincangan pada mesyuarat kerajaan negeri untuk menggugurkan Latheefa Koya.
"Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.
"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya.
Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakan jawatannya itu tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.
Perkara itu, katanya, pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.
Khalid yang ditemui media kelmarin walau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.
2 comments:
syukur pejguam yang berjuang mempertahankan seorang warga arab yang murtad telah diberi balasan oleh Allah. alhamdullilah kebenaran semakin terbukti.
jadi peguam wakili ahli pr jer lah....ini dah masyuk pun dan serabut nak hendel.....peguam nak.....ahli majlis pun nak..ahli politik lagi!!...tu belum hal peribadi..jadi isteri dan ibu pd anak anak.....sepak terajang dunia politik sendiri tanggung lah!!!!!
Post a Comment