Tuesday, July 10

Wan Azizah Bertanding di DUN Permatang Pasir,Salleh Man kemana Pulak?


Wan Azizah nak bertanding di Permatang Pasir nampak macam lawak drama kat TV la pulak?Kerana sekarang kerusi itu sekarang di sandang oleh Salleh Man yang pernah dijanjikan oleh Anwar sendiri semasa PRK Permatang Pasir menjadi YDP MAIPP.Salleh Man kena kencing hidup-hidup dengan Anwar sehingga sekarang jawatan itu masih menjadi kontroversi.........Tup-tup hari nie meletop pulak Wan Azizah nak bertanding disana.Salleh Man bakal dikencing lagi oleh Laki dan Bini dalam PKR lepas nie????
Berpegang kepada kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau bakal bertanding di kawasan beliau membuang undi, maka tidak salah jika diandaikan bahawa kerusi DUN Permatang Pasir akan menjadi pilihannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. 
Ini berdasarkan kenyataannya, pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini bahawa beliau memang boleh bertanding di mana-mana DUN, tetapi dengan syarat dirinya "mesti jadi pengundi" di kawasan tersebut. 
Semakan dengan daftar pemilih di portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa Wan Azizah telah didaftarkan di kawasan DUN Permatang Pasir, Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang oleh wakil rakyat PAS, Mohd Salleh Man. 
Sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman juga dari PAS pada Pilihan Raya Umum 2008 namun beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Julai 2009 akibat serangan jantung. 
Ekoran kematian Mohd Hamdan SPR mengadakan Pilihan Raya Kecil (N11) Permatang Pasir menyaksikan kemenangan turut berpihak kepada PAS yang diwakili Mohd Salleh mengalahkan calon dari Umno-Barisan Nasional (BN) dengan undi majoriti lebih kecil iaitu 4,551. 
Permatang Pasir merupakan kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang. 

Wan Azizah hilang kelayakan bertanding di kerusi Parlimen dalam tempoh lima tahun sejak 2008 setelah melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keputusan itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk tampil di Parlimen setelah melalui hukuman penjara bersabit salah guna kuasa pada tahun 1998. 
Dalam pada itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dipetik sebagai berkata, kepimpinan parti akan menentukan kerusi DUN yang bakal ditandingi oleh Azizah tidak lama lagi. 
Namun kini wujud persoalan sekiranya PAS mahu bertoleransi dengan PKR untuk memberi laluan kepada Azizah bertanding di kerusi Permatang Pasir sedangkan kerusi tunggal PAS tersebut telah dipertahankan parti itu sejak tiga penggal yang lalu.
Kali terakhir Umno-BN menang di DUN Permatang Pasir adalah pada tahun 1995. 
Selain Permatang Pasir, dua kerusi lain di parlimen Permatang Pauh itu adalah Penanti yang kini dipegang oleh PKR dan Seberang Jaya yang dikuasai oleh Umno/BN.
Jika benar, andaian bahawa Wan Azizah akan bertanding di salah sebuah kerusi itu, apakah ini bermakna spekulasi bahawa beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor tidak benar? 
Ataupun ia cuma, taktik Pakatan Rakyat, supaya strategi pilihan raya mereka tidak tersasar dan tumpuan tidak diberikan oleh jentera dan kempen 'musuh' daripada menyerang presiden PKR itu. Hanya masa akan menentukannya.
MKP Ayat Sempoi : Salleh Man mesti mengamuk dan tak pecaya kena kencing dua kali?

2 comments:

Anonymous said...

salleh man jadi bola plak sekarang...

pejuang hamas...

Unknown said...

kalau betul.. PAS Pulau Pinang makin dipinggirkan Pakatan Rakyat.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive