'Gelombang Merah' yang mewarnai Pusat Dagangan Dunia Putra dan kehadiran ramai orang khususnya penyokong parti untuk mengikuti Perhimpunan Agung Umno 2012 menggambarkan parti terbesar negara ini sudah pulih daripada kejutan pilihan raya 2008.
Semangat Umno, parti tonggak Barisan Nasional (BN), menyerlah dalam kalangan 2,759 anggota perwakilan yang kebanyakannya mengenakan pakaian berwarna merah, yang berkobar-kobar mempersiap jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Semangat yang sama ditunjukkan oleh para penyokong parti, yang setia berada di luar Dewan Merdeka, tekun mendengar perbahasan dan memberi semangat padu.
Di awal ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis, para perwakilan dengan lantang memberitahu umum bahawa Umno telah pulih semangatnya dan hakikat ini diakui banyak pihak.
Tiga kali soalan 'Umno sudah pulih?' yang dilontar Najib menerima jawapan tegas penuh yakin 'sudah!' daripada para perwakilan.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini agak kritikal terhadap Umno, menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua anggota perwakilan telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum.
Membujur lalu melintang patah, untuk mengekalkan kuasa politik Umno dan berjuang habis-habisan mempertahan Putrajaya untuk Barisan Nasional - itulah tekad dan semangat yang akan dibawa pulang anggota perwakilan selepas berkampung tiga hari di PWTC.
Malah ada yang sudah berada di sini selama seminggu kerana menghadiri forum, taklimat dan perhimpunan sayap parti, mencambah fikiran dan merencana strategi untuk diterapkan kepada anggota Umno, yang kini mempunyai 3.2 juta orang. BERNAMA

No comments:
Post a Comment