Sunday, March 25

VIDEO SEMPOI : LAMARAN PALING HEBAT?



Reaksi gaya spontan lamaran Awal Ashaari membuatkan Scha terkejut dan sebak sekaligus menerima lamaran berkenaan
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.



MALAYSIAN INSIDER BUAT HAL LAGI?





The Malaysian Insider terpaksa menarik balik laporan yang mendakwa lima isu nasional menjadi penghalang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya umum pada Jun depan, setelah mengaku laporan itu tidak betul.

Laporan itu memetik sumber-sumber sebagai mendakwa Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis selaku Pengerusi Manifesto Barisan Nasional memaklumkan perkara itu kepada pengarang-pengarang kumpulan New Straits Times pada taklimat khas Selasa lalu.

Dalam satu bantahan tegas kepada portal berita itu semalam, Jamaludin menafikan memberi taklimat sedemikian kepada pengarang NST ataupun memegang sebarang jawatan bersabit manifesto BN sebagaimana yang didakwa dalam laporan berkenaan.

Beliau menyifatkan laporan yang ditulis oleh Ketua Pengarang The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq, sebagai fitnah semata-mata dan berniat buruk.

“Amat jelas, anda gagal menunaikan tanggungjawab kewartawanan anda untuk mengesahkan kebenaran maklumat anda, sebaliknya memilih untuk menyiarkan laporan itu walaupun ia tidak disokong oleh sebarang bukti,” kata Jamaluddin dalam suratnya kepada Jahabar.

Jamaluddin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang kerana laporan itu berupa fitnah dan membawa kesulitan kepada beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Jalil Hamid juga menafikan kewujudan taklimat sedemikian dan menyelar Jahabar kerana tidak mendapatkan pengesahan daripada pihaknya sebelum menyiarkan laporan itu.

“Anda mempunyai setiap ruang untuk mendapatkan pengesahan daripada kami mengenai kebenaran terhadap dakwaan dalam laporan berkenaan tetapi gagal berbuat demikian,” kata Jalil.

Jalil menuntut The Malaysian Insider memohon maaf kepada pengarang-pengarang akhbar itu kerana mengaitkan mereka dalam “sebuah laporan fitnah”.

“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan susulan …demi melindungi kepentingan kami, jika pihak anda gagal berbuat demikian,” kata Jalil dalam suratnya kepada Jahabar.sumber antarapos.

MKP Ayat Sempoi ; BN masih lagi berbincang dalam semua hal,Kalau benda nie mengutuk DAP sudah tentu kena saman beb.Kiat semua tidak sempurna.

- Posted using BlogPress from my iPad

DAH SELALU KENA TIPU PUN TAK BERINGAT?



Elok sangat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ulang dan terus ulang persoalkan benda ini.Sebenarnya ia tidak perlu kajian mendalam,tesis dan nak kena selidik serba serbi untuk mendapat jawapannya.
Hakikatnya di depan mata semua orang kerajaan negeri pakatan pembangkang Selangor gagal penuhi janji bulan bintangnya semasa kempen pilihanraya umum Mac 2008 dulu.
Kini dengan muka tak malu pembangkang berani cakap untuk cetuskan khalayan menerusi Buku Jingga pula ...bal gosok lampu Aladin semua beres dalam 100 hari kalau pakatan pembangkang kuasai Putrajaya.
Kata orang kalau tidak berjanji masih boleh dimaafkan...tetapi siapa yang boleh lupa bagaimana mereka menabur janji masa dekat pilihanraya umum lalu.
Reaksi kira-kira 5,000 orang yang hadir pada majlis bantuan kepada mangsa banjir  bagi kawasan Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, pagi Ahad semasa Najib menyentuh hal itu sudah cukup untuk mengambarkan suasananya.
Mereka menyambut dengan tepukan gemuruh ketika Perdana Menteri berkata," "Kita nak tanya pada pembangkang, janji pada pilihan raya umum (PRU) 2008 banyak mana sudah mereka tunaikan...?
"Cukai pintu turun 20 peratus dah tunai...? cukai premis perniagaan turun 10 peratus dah tunai...? perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor dah tunai?...semua belum (ditunaikan) lagi.
"Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada BN, kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi," katanya
Berdasarkan kegagalan kerajaaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji-janjinya semasa pilihan raya umum 2008,Perdana Menteri yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin memuncak sekarang.
Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat di negeri ini.
"Saya sepatutnya berada di Sepang untuk mengikuti perlumbaan F1, tetapi Hamilton (pelumba F1 Lewis Hamilton) boleh tunggu, rakyat Hulu Langat lebih penting dan dapat keutamaan.
 "Lagipun Hamilton tak boleh undi, tuan-tuan boleh undi," katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan hampir RM6 juta
Perdana Menteri berkata bantuan berkenaan termasuk wang tunai RM500 untuk setiap mangsa banjir di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.7 juta daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Yayasan 1MDB turut menyumbang bantuan keseluruhan sebanyak RM2.5 juta termasuk wang tunai RM500 kepada setiap mangsa banjir selain sumbangan kos membaiki 100 buah rumah dan mengganti peralatan masjid serta surau yang terjejas akibat banjir yang berlaku 7 Mac lepas.
Najib juga menyampaikan bantuan sumbangan Kelab Putra 1Malaysia yang berupa dua tilam serta sebuah dapur gas kepada beberapa keluarga.
Katanya semua bantuan akan diagihkan kepada setiap keluarga terbabit dalam tempoh tiga hari.AD

VIDEO MONYET MAT SABUN DIATAS LORI?



MKP Ayat Sempoi ; Monyet upahan Mat Sabun sedang beraksi diatas lori,apa kata kita pakat gelak ramai-ramai.

ANWAR IBRAHIM JADI HARIMAUMAU JADIAN BILA MAU?



Ummi Hafilda mendedahkan satu lagi modus operandi Anwar Ibrahim bila hendak berjumpa Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali!Perjumpaan mereka di Tivolli Villa diuruskan oleh rakan baik Anwar Ibrahim, Nallakaruppan. 

Saturday, March 24

MONYET ANWAR MENGAMUK DI PERMATANG PAUH?





Apa kejadah monyet Anwar Ibrahim mengamuk di Permatang Pauh,MKP tau la nie kira kata kubu terkuat Anwar Ibrahim.Kalau setakat diberi upah 50ringgit satu kepala supaya menggangu program yang telah dibuat oleh BN serta menteri yang mai untuk memberi bantuan kepada rakyat susah di Permatang Pauh.Anwar Ibrahim bukan jaga pengundi yang telah mengundi beliau pada PRU12 sebelum nie.Program nie pun bukan ambil duit makbapak hang pun Anwar.?



Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery, yang juga bapa angkat kepada Umno bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainol Abidin Osman dan Pengerusi Gelombang Biru Parlimen Permatang Pauh Datuk Abd Jalil Abd Majid.

Ahmad Shabery berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster.

"Hari ini kita dapat lihat warna sebenar mereka yang selalu membuat tuduhan terhadap BN dan parti komponennya, perkara ini perlu didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar yangmendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Cawangan Strategi Urat Saraf menaja 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali sebagai pembohongan besar.

"Saya katakan bahawa Mahfuz bohong... bohong... bohong... tipu... tipu... tipu... (kementerian) tidak pernah menaja dan mengeluarkan peruntukan sehingga RM30 juta untuk siri ceramah Hasan Ali," katanya.

Mahfuz dalam kenyataannya mendakwa Hasan, yang dipecat daripada Pas pada Januari lepas, ditugaskan untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Pada majlis hari ini, Umno Permatang Pauh turut memberikan sumbangan 10 buah kerusi roda kepada Hospital Seberang Jaya serta menyampaikan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 20 pelajar cemerlang yang kini sedang menuntut di IPT Permatang Pauh.


- Posted using BlogPress from my iPad

MISI KP1M : MEMBAWA BALIK PEMUDA BALING TERKANDAS 7 TAHUN DIMEDAN.

Jika dahulu lelaki Lambok melarikan wanita Malaysia kenegaranya akan tetapi kisah yang terbalik pulak kali ini.Wanita melarikan lelaki Malaysia ke Medan Indonesia.Hebat sungguh penagan cinta warga Medan ini.Bukan niat menyalahkan sesiapa akan tetapi itulah penagan cinta tanpa mengenal sempadan dan negara.Bak kata orang tua jika lelaki segagah mana pun cair jugak apabila terkena penangan cinta ini.


Berbalik kepada Shahril bin Mohd Khalid ini berusia 31 tahun,anak sulung dari 5 adik beradik berasal dari Kg Bukit Palong Baling Kedah.Beliau telah berkahwin dengan Nordiana bin Sabur dari Medan Indonesia.Pasangan ini telah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata,Dari apa yang telah diberitahu kepada MKP sebentar tadi Shahril telah meminta bantuan dari kedua ibubapanya supaya mencari sumber yang membolehkan beliau pulang ke Kampung halamannya diBaling Kedah.


Bapa Shahril telah mengadu kepada KP1M tentang masalah yang telah dialami dan dengan inisiatif itu Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia Datuk Azeez membantu membawa mereka pulang ketanahair.Mana tidaknya KP1M telah menjalani lebih 49 misi menyelamat warga Malaysia di Seluruh negara.Pada kali ini kisah sedih ini terjadi pulak kepada warga Baling.Datuk Azeez adalah Ketua UMNO Bahagian Baling tidak adil jika beliau tidak membawa balik salah seorang warganya dari Baling. 


MKP Ayat Sempoi : Tahniah kepada Datuk Azeez Rahim.Rakyat Baling didahulukan.

Live :AHLI KELUARGA MENANTI KETIBAAN KETIBAAN MOHD SHAHRIL?





laporan akhbar rayuan pemuda dari baling yang disiarkan media baru-baru ini.




ayah kepada mohd shahril bin mohd khalid menunggu dibalai ketibaan dengan hati yang resah bercampur gembira.



ahli keluarga yang datang dari baling menunggu dengan perasaan bercampur baur.Inilah yang telah dilakukkan oleh Kelab Putra 1malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Azeez Rahim telah berjaya membawa pulang pemuda yang terkandas di Medan Indonesia.Mohd Shahril terkandas disana bersama isteri dan 3 anaknya.MKP bersama rakan media menanti ketibaan mereka di Lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang.

- Posted using BlogPress from my iPad

AZMIN ALI TENGOK PUNGKOK SENDIRI SEBELUM MENGATA ORANG?





Tindakan mendedahkan kononnya bekas exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyalahgunakan RM800,000 wang kerajaan negeri jelas satu usaha untuk menjatuhkan maruah dan cubaan mendatangkan persepsi buruk terhadap pemimpin itu.Bahkan dakwaan yang dilemparkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Azmin Ali sengaja untuk memburukkan dan cuba mewujudkan satu pandangan buruk terhadap Hasan Ali. Sebab itu lah beliau membuat kenyataan itu di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Kalau benar-benar dia rasa, ada berlaku kesalahan dan sebagainya, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, dia mesti membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Azmin semalam ketika membahaskan titah diraja mendakwa Hasan menggunakan RM300,000 wang kerajaan negeri untuk melakukan pengubahsuaian ruang pejabatnya ketika masih memegang jawatan sebagai exco.

Bagaimanapun Azmin tidak menjelaskan secara terperinci bila ia dilakukan dan apakah hanya Hasan seorang yang melakukan pengubahsuaian itu.

Malah beliau juga tidak menyatakan bila Jabatan Audit itu mengeluarkan laporan bersabit perbelanjaan itu.

Sebaliknya, dakwaan Azmin itu menimbulkan persoalan, apakah peranan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam meluluskan peruntukan sebesar itu.

Selain itu, Azmin mendakwa Hasan menggunakan RM500,000 bagi tujuan penganjuran satu program bersabit Adat Melayu dan Warisan Selangor yang menurut beliau satu pembaziran.

" Islam bagaimana yang hendak dibawa, kalau wang rakyat tidak digunakan secara berhemah dan bertanggungjawab?," soal Azmin.

Hasan bagaimanapun tidak hadir pada sesi sidang DUN semalam untuk menjawab tuduhan Azmin. dakwaan sedemikian terhadap Hasan yang dahulunya merupakan seorang pesuruhjaya Pas yang dihormati dalam Pakatan Rakyat.

Ini secara terang kita dapat lihat, dia mempunyai sangkaan jahat tapi saya sedar hal ini, sebab memang itu pun tabiat dia. Tabiat pemimpin seperti itu dalam PKR,
mereka suka memburukkan nama orang tetapi mereka tidak sedar keburukan mereka sendiri.

Tuduhan terbaru terhadap Hasan inilah bukti kepada ugutan yang pernah dilemparkan Azmin pada Januari lalu apabila Hasan menyatakan hasratnya untuk mendedahkan kekangan-kekangan yang dihadapi beliau dalam menjalankan tugasnya di dalam kerajaan negeri dan masalah dalaman kepimpinan Pas dan Pakatan Rakyat.

MKP Ayat Sempoi ; Azmin nie umpama mengata pungkok kuali hitam padahal arang yang menyebabkanya?


- Posted using BlogPress from my iPad

WANITA INI PERLUKAN BANTUAN?





MINTA PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKAN!
ANDAI ANDA TERLIHAT ATAU TERJUMPA WANITA SEPERTI DI DALAM GAMBAR TERSEBUT, SILA HUBUNGI KE BALAI POLIS TERHAMPIR ATAU ANDA BOLEH HUBUNGI TERUS KE TALIAN 019-7986520 ATAU 07-8952486 (BAPA WANITA TERSEBUT).

UNTUK MAKLUMAN RAKAN-RAKAN, WANITA TERSEBUT IALAH ANAK SEORANG GURU YANG DIPERCAYAI TELAH DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI.WANITA TERSEBUT DIPERCAYAI MENGHILANGKAN DIRI DILUAR KESEDARAN DIRINYA (BERKEMUNGKINAN DISIHIR / DIPUKAU).
MAKLUMAT MENGENAI WANITA TERSEBUT SEPERTI BERIKUT :

NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH
TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI

HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN AMAT DIHARAPKAN.

INFO DARI TAIPING MALI.


- Posted using BlogPress from my iPad

MAHASEWEL NIE DAH JADI MAHAPUKI?




Apa dah jadi dengan geng stor kunyit Adam Adli nie.belajaq saja tinggi tapi akal letak kat lutut.Mengunakan gelaran mahasiswa untuk mendesak KPT mengadakan piliharaya Kampus dengan segera.Siap bagi batu nesan lagi kat menteri,Ini pelajar yang kurang ajaq dan belajaq belum habis dah nak buat pandai-pandai nak desak Kementrian Pengajian Tinggi mengikut kehendak minoriti bukannya majoriti.

Kepada Mahasewel nie, cuba hampa pi bagi batu nesan nie dekat makbapak hampa,apa akan jadi?Tentu dapat makan lima jari lekat kat muka?Alasannya kerana mahu membuat piliharaya memilih ketua diantara adik-beradik didalam keluarga.Barua musibat mahapuki bahasa sempoi dah keluar kerana marah sangat dekat barua mahapuki nie sebab sikap kurang ajaq terhadap orang yang lebih tua dan telah banyak berjasa kepada mereka.

Kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menuntut supaya pilihan raya kampus diadakan pada kadar segera.

Kumpulan itu berkumpul pada kira-kira jam 2.45 petang dan cuba untuk menyerahkan memorandum serta batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum itu diterima oleh setiausaha politik Mohd Khaled, tetapi beliau menolak menerima batu nesan yang melambangkan “kematian demokrasi pelajar”.

Memorandum yang dihantar mewakili lapan kumpulan mahasiswa, termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia and Pro-Mahasiswa.

Tempoh majlis perwakilan mahasiswa (MPP) Universiti Malaya berakhir pada Februari.

Bagaimanapun universiti tidak mengadakan pilihan raya kampus sebaliknya membentuk “majlis sementara” yang didakwa tidak menggambarkan komposisi sebelumnya.

Kumpulan yang dilihat antikerajaan itu mahu pilihan raya umum yang ditangguhkan kepada September diadakan pada 16 April supaya MPP mendapat mandat baru.



- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, March 23

KAK IJAT TOKSAH BUAT RAPLAH JINGGA?





Isu yang membabitkan wanita UMNO nie hebat diperkatakan ketika ini.Mana tidaknya ianya telah dilambung oleh Puak anak haram pakatan babi rakyat.nak salahkan sapa?salahkan depa puak anak haram mak lampir and the gang?itu kerja depa nak cari salah UMNO,yang MKP nak tekankan disini adalah sikap kita terlalu sangat membela dan taksub kepada pemimpin sehingga isu ini menjadi satu tsunami kepada Wanita UMNO.Pihak pakatan anak haram nie suka bila kita mula menjawab dan itu kelemahan kita.mulalah depa nie lambung bermacam-macam tomahan.sehinggakan pada suatu masa kita mati akal dengan permainan Cywar pihak pembangkang nie.

Depa tak ambil peduli apa yang kita dok canang dalam kes video anwar Kenapa?pakatan anak haram nie tak mahu masuk dalam cywar kita sebab tak mahu terperangkap didalam permainan cywar BN.sama-sama kita bertelaah dalam situasi memasuki ambang Piliharaya yang sangat genting dalam sejarah malaysia PRU 13.Bersatulah demi menempuh PRU 13 nie.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hubungan beliau dengan Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim tidak ubah seperti adik dan kakak.

Justeru tidak timbul soal kecil hati berhubung gesaan Kamilia supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan tersebut ekoran kontroversi yang membelit dirinya sebelum ini.

Malah katanya, beliau dan Kamilia selain mempunyai hubungan akrab, mereka juga mempunyai peranan besar dan harus berganding tenaga bagi memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Saya hendak jelaskan di sini, Datuk Kamilia dengan saya sudah lama, Datuk Kamilia bukan sahaja sebagai naib saya.

"Alhamdulillah hubungan saya dengan Datuk Kamilia baik. Saya kenal Datuk Kamilia sebagai kakak saya. Kami mesti menjadi payung kepada semua.Shahrizat berkata, beliau menerima apa yang berlaku sebagai cabaran dalam karier politiknya.

"Saya bukan orang yang mudah kecil hati, saya sebagai ketua perlu terima semua cabaran, jadi saya tidak pernah berkecil hati,"Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini memberitahu bahawa Shahrizat kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap bagi pergerakan itu kerana Shahrizat belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

MKP Ayat Sempoi ; itu pandangan serta luahan rasa hati,sapa nak terasa hati lantak lah,yang penting BN mendapat majoriti 2/3 dalam PRU 13.MKP bermula menceburkan diri dlm UMNO menjadi pencacai pasang bendera tepi jalan.

- Posted using BlogPress from my iPad

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah



RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

ALAHAI PAS KEDAH?


MKP Ayat Sempoi ; Padang Terap akan jatuh menirap kerana Ahli Parlimen PAS buat tak peduli kat rakyat mengundinya.

TAPAK MASJID PUN DEPA JUAL KA?


Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti,tapak sekolah dan tapak masjid. 

Namun, Shaik Hussien berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Beliau berkata, langkah Guan Eng menjual tapak masjid adalah satu tindakan sangat biadap kerana ia boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, Guan Eng tidak seharusnya mengganggu-gugat harta milik orang Islam dan tapak masjid itu sepatutnya  dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan seterusnya diwakafkan. "Selain tapak masjid, Guan Eng juga didapati menjual tapak sekolah.   Walaupun pemaju Tropicana Ivory Sdn Bhd sebelum ini bersetuju untuk membina sekolah di kawasan itu tetapi saya khuatir pelaksanaannya kelak akan diputarbelit dan mereka (pemaju) dengan hanya membina sekolah antarabangsa sepertimana pembinaan sekolah Prince of Wales International School di Botanica City, Balik Pulau yang menafikan hak anak orang miskin tempatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Shaik Hussien  berkata, tapak sekolah itu seharusnya diserahkan kepada Kemeterian Pelajaran untuk dibangunkan oleh Kerajaan Pusat.

Dalam pada itu, Shaik Hussien juga mahu Guan Eng memberi kepastian sama ada pemaju disyaratkan untuk membina gerai penjaja di tapak Bayan Mutiara. SINARHARIAN.



MKP Ayat Sempoi ;Apa dah jadi nei,sedaqlah melayu Pulau Pinang. 

Thursday, March 22

KAT FELDA ADA TAK CALON ISTERI MACAM NIE?


Rugi kalau masa sekarang nie tak cari calon isteri dikalangan Warga Felda,Warga Felda diseluruh negara bakal mendapat "Sawit Runtuh".Untung la kalau MKP dapat Bapak Mertua dari Warga Felda nie OKB jadi nya (orang kaya baru).Itu sunnah Nabi junjungan kita,Mencari calon isteri biarlah berharta dan kaya-raya.Dah lama membujang nak merasa pulak berumah-tangga tapi calon mesti lah iras-iras disinun.almaklum mana tau dapat kawin free.MKP dah la Blogger Miskin......

Penjelasan sebegini harus diberikan sambil bersantai baru masuk dalam kepala,klu dok cerita macam dalam TV tentu boring gila punya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad memberi penekanan untuk mengembangkan model perniagaan sedia ada kepada industri hiliran. 
Buat masa ini model perniagaan FGVH banyak bergantung kepada pergerakan harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) yang turun naik.Arah tuju FGVH ini dilihat bertepatan dimana dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran global MSM semata-mata. 
Industri hiliran ini adalah untuk menggalakkan pemprosesan bahan mentah dari Malaysia sendiri kepada produk pengguna akhir yang boleh memberikan keuntungan berlipat kali ganda. 
Konsep ini telah digunapakai di Malaysia sebelum ini tapi kini akan dirancakkan  dalam model perniagaan FGVH. 
Contohnya bijih timah yang merupakan hasil bumi terbesar Tanah Melayu suatu ketika dulu hanya mampu kita ubah kepada bentuk jongkong dan dieskport ke negara barat.
Jongkong bijih timah tersebutlah yang digunakan oleh industri hiliran di barat untuk diproses dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan beberapa produk akhir seperti tin, kabel, jentera dan kereta. 
Produk ini pula di hantar semula kepada kita dan akhirnya negara barat dan eropah lah yang menerima keuntungan besar dari hasil bumi kita.
Sebab itu Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ingin Malaysia menjadi negara industri yang jelas lebih banyak membawa keuntungan kepada negara. 
Kini langkah serupa diambil oleh FVGH dengan tujuan mengembangkan produk asas MSM Felda kepada beberapa produk akhir yang lebih menguntungkan. Antara yang berpotensi untuk dimajukan adalah penghasilah Bio-Diesel. 
Penghasilah Bio-Diesel ini adalah bersesuaian kerana mampu menjadi sumber bahan api alternatif bagi menggantikan petrol yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Untuk merealisasikan perancangan ini, FVGH masih dalam proses menyaring  bakal rakan kongsi yang mempunyai kapasiti untuk membawa masuk teknologi dan rangkaian pemasaran terbaik untuk Felda. 
Sudah kedengaran ura-ura beberapa nama besar dalam penghasilan produk pengguna akhir seperti syarikat Archer Daniel Midlands (ADM) dan Bunge Limited disenaraikan. Keputusan belum dimuktamadkan lagi.
Dua syarikat gergasi dari Amerika ini sememangnya terkenal dalam memproses bahan mentah asas (jagung, gandum, minyak sayur dll) kepada produk makanan, bahan api alternatif, bahan kimia, baja dan lain-lain produk yang mempunyai pasaran luas global.
Strategi ini bukan sahaja dapat menjamin kestabilan FGVH di masa hadapan malah dapat meningkatkan nilai pasaran saham apabila disenaraikan di bursa saham nanti. 
Secara totalnya, semua ini bakal meningkatkan pendapatan para peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar dalam FGVH.  
MKP Ayat Sempoi ; Sesiapa ada calon atau calon itu sendiri boleh la komen kt blog nie... 

BILA PULAK KHALID MAIN WAYANG KULIT?


Adun Barisan Nasional hari ini terus mempersoalkan keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan Pengurus Besar, Yayasan Selangor, Ilham Marzuki walaupun beliau mengakui meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah.

Jabatan Audit yang dilantik oleh kerajaan negeri sebelum ini mencadangkan supaya Ilham dan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor ditamatkan kontrak ekoran kegagalan mengurus yayasan terbabit sehingga mengalami defisit RM7.41 juta tahun lalu.

Namun Ilham bagi menutup kesalahannya baru-baru ini pada sesi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mendakwa ketirisan sebanyak RM500 juta sejak 1991 hingga 2008 itu berlaku pada era pentadbiran Barisan Nasional dan tidak wajar dibebankan ke atas beliau sepenuhnya.

“Kalau pun saya silap 50 peratus, Yayasan Selangor tak mungkin hilang RM250 juta,”Ilham dipetik sebagai berkata di hadapan jawatankuasa Selcat, yang dipengerusikan oleh Adun DAP Sg Pinang, Datuk Teng Chang Kim

Bagaimanapun pengakuan Ilham itu tidak disusuli oleh sebarang tindakan oleh kerajaan negeri kata Adun Kuang, Syukor Idrus.

"Yang anehnya Selcat yang dipengerusikan oleh Adun Sg Pinang Datuk Teng Chang Kim menerima segala penjelasan Pengurus Besar Yayasan Selangor kerana ada pengakuan dan tindakan susulan yang menunjukkan usaha positif bagi memperbaiki kelemahan dan kepincangan," katanya .

"Dalam pendengaran Selcat, Ilham telah mengaku kesalahannya. Kita tengah menunggu daripada Selcat sama ada tindakan diambil ke atas Ilham ini.. sepatutnya dipecat, nampaknya belum ada apa-apa tindakan ke atas Ilham," katanya di dewan sidang DUN, hari ini.

"Sebaliknya (apabila) perkara ini timbul, pengurus besar mahu menutup kesalahannya, kononnya ada ketirisan berlaku ke atas Menteri Besar terdahulu, pengerusi yayasan dan juga COO yang dulu melakukan penyelewengan. Kita tunggu (katanya) Yayasan Selangor mahu membawa perkara ini ke mahkamah, kita tunggu sehingga hari ini (namun) belum bawa ke mahkamah," ujar beliau.

Syukor kemudiannya memberikan contoh pembangunan tanah seluas 16.5 ekar di Klang yang didakwa sebagai bukti ketirisan aset Yayasan Selangor oleh Ilham.

Tanah berkenaan ditawarkan kepada Yayasan Selangor oleh Pentadbir Tanah Daerah Klang namun bayaran premium belum dilaksanakan ketika pentadbiran BN.

Namun selepas pilihan raya umum ke-12, terdapat permohonan baru ke atas tanah itu oleh pihak lain untuk membangunkan sebuah pusat kebudayaan.

Yayasan Selangor telah membayar premium terlebih dahulu sekaligus mendapat pemilikan ke atas tanah berkenaan.

Tindakan itu dakwa beliau menyebabkan kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan Pegawai Daerah dan Pengurus Besar Yayasan Selangor ketika itu, Takril Tasuki.

Dakwanya, pegawai terlibat dikecam hebat ketika sesi pendengaran Selcat sehingga Takril ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengurus Besar, Yayasan Selangor ketika itu.

"Mengikut laporan yang kami terima, walaupun Yayasan Selangor telah terlebih dahulu membayar premium dan mendapat hak milik tanah itu namun difahamkan tanah ini sekarang telah diambil balik oleh kerajaan negeri,"ujar beliau.

MKP Ayat Sempoi ;PKR patut tukar nama lepaih nie Parti Ranjau Wayang Kulit 


- Posted using BlogPress from my iPad

ANWAR AKAN MATI DIBUNUH?



Apa tidaknya lihatlah kenyataan terbarunya Pak Sheik dalam temubual bersama rakan media arus perdana tadi mengenai debat diantara DS Najib Razak serta Raja Petra.Raja Porno Seantero menyatakan kesediaannya untuk berdebat secara terbuka.Takut sat gie kantoi kot Pak Sheik banyak isu sekarang nie tak menyokong hang  Pak Sheik?


Pak Sheik sedia menerima cadangan Pengasas Wikileaks, Julian Assange untuk menemukan beliau bersama Najib dan Raja Petra sama ada secara langsung mahupun menerusi sidang video di tempat berasingan. "Julian Assange hubungi supaya saya, Datuk Seri Najib, Raja Petra dipertemukan dalam debat...beliau sanggup anjur debat dengan Assange sendiri jadi penganjur."Ia bukan sahaja untuk nasional, tapi antarabangsa," Awat jadi sampai macam tue nak kena ada sambutan luar negara la pulak?



Pak Sheik sebelum ini menolak untuk menyertai wawancara berkenaan selepas Raja Petra mahu turut serta. Pihak produksi wawancara itu kemudiannya membuat keputusan untuk meneruskan sesi berkenaan dengan mengekalkan Anwar dan Assange tanpa melibatkan pihak lain.

 Tan Sri Muhyiddin sebelum ini berkata, keengganan Anwar untuk menyertai forum berkenaan kerana khuatir banyak rahsianya akan dibocorkan oleh Raja Petra.

"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya. 

"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau Pak Sheik nak selindung dari orang ramai,"

MKP Ayat Sempoi ; Pak Sheik nie ada kelebihan dalam bidang nie,Tapi tak selama-lamanya hang kebal.2lawan 1 pastinya mati jua ditikam oleh hujah berdasarkan bukti dan fakta?

NURUL IZZAH TAYANG PAHA DAN BETIS GEBU?



Sapa kata betina kafir pakai seluar pendek tak boleh masuk musolla (surau)? Boleh kot. Kenapa tak boleh masuk surau pulak? Ada nas atau hadis ke yang larang pompuan bukan muslimah masuk tempat ibadah umat Islam?

Nurul Izzah kata boleh la masuk surau sambil nampak paha...kalau Izzah kata boleh, maka boleh la...apa yang nak disangkal? Bapak dia tu "Imam Mahdi" tau! "Pemimpin anugerah Tuhan" pulak tu...rendah sikit je maqamnya dari Nabi PAS tu...

Ni la kepala yang bawak masuk budak paha betis gebu tu...heh!

Hampa perlu faham. Sebenarnya, kafir harbi bogel pun boleh masuk dalam surau atau masjid. Memang boleh masuk pun...cuma...

Cuma...iye la..memang rasa macam Islam tu dihina la kan? Dah la kafir harbi, lepas tu masuk surau tak tutup aurat, pakai seluar pendek, selamba je duduk dalam surau melepak sambil makan-makan...

 

Cuma..rasa macam dia tak hormat tempat ibadah umat Islam betul tak? Tak apa ka Islam dihina macam tu? Entah la..aku pun tak tahu. Umat Islam kat negara ni memang suka tengok Islam dihina, kot?

Asalkan yang bawa masuk cina nampak paha dan betis tu Nurul Izzah, maka ia "difatwakan" halal.

Tapi, cuba kalau YB Suraya (ADUN Sg Tiang - BN) bawak masuk pompuan kafir zimmi ke dalam surau (beliau tak pernah buat pun, hanya contoh), dah tentu teruk Kak Su dikafirkan puak-puak Izzah...kan? heh! Foto ini MKP ambil daripada blog Rezqeen Hill

MKP Ayat Sempoi ; Mana tumpahnya nasi jika tak kekuah?bapakmu meliwat pun salahkan UMNO jugak ka?

Penggabungan PKR-DAP: Apa Kata PAS?



Berikut adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat).  Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.  

Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung.  Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini.  Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.” 

Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.  

Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini.  Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.  

Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.  

Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.  

Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.  

Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu.  Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.  

Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan.  Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.  

Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat?   Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?

Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS.  Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam.  Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya.  Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.  

Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka.  PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.  

Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS.   Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini.  

PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak.  Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.  

Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini.  Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.  

Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus.  Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.  

Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.  

Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara.  Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya.  Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.  

Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini.BERUANG BIRU   

ALKISAH BLOGGER MISKIN DAN NEELOFA?


Suatu hari ketika blogger miskin sedang update blog, dia berasa lapar dan terus keluar membeli makanan. Setibanya dia dirumah, blogger itu kehilangan laptopnya kerana di ambil orang. 

Lalu dia menangis dan berdoa, sehingga seorang Pendeta Tua muncul dan seraya bertanya.., “Mengapa kamu menangis?”

Si blogger sambil teresak-esak menceritakan bahawa laptop tersebut adalah sumber mata pencariannya untuk menulis. Dan ia telah di curi orang ketika dia keluar membeli makanan..

Lalu Pendeta tu seketika mnghilang dan muncul kembali membawa laptop emas. 

“Apakah ini laptopmu?”tanya sang Pendeta..

“Bukan.... ” jawab blogger itu.

Lalu Pendeta tu menghilang lagi dan muncul kembali membawa laptop perak.

“Apakah ini laptop mu?” tanya sang Pendeta lagi. 
“Bukan saya punya laptop tu Pendeta...” blogger itu tetap mnggelengkan kepalanya.

Setelah menghilang kembali dalam beberapa minit, Pendeta tu datang lagi dan kali ini membawa laptop buruk dan lusuh jenama cap ayam.., tapi masih boleh berfungsi.. 

“Apakah ini laptopmu?”

“Ya Pendeta, memang benar ini laptop saya”. jawab blogger miskin tu sambil tersenyum senang. 

Lalu sang Pendeta Tua berkata, "kamu ni terbukti orang yang jujur, kerana itu.., aku akan memberikan ketiga-tiga laptop ini untukmu sebagai upah kejujuranmu” .

Blogger miskin tersebut itu sangat bersyukur dan sangat gembira...

Beberapa hari kemudian, ketika blogger miskin tu sedang update blog dan check facebook, dia mendapati aweknya sudah berlaku curang dan secara senyap-senyap kahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan sang blogger miskin. 

Lagi sekali si blogger miskin menangis dan berdoa kepada Tuhan tentang nasib malangnya..

Kemudian, seperti yang dijangka.., Pendeta Tua hari tu pun muncul.Nak lebih lanjut baca kat MPP



MKP Ayat Sempoi ; tertarik dengan apa yang telah ditulis oleh MPP,sorry beb wa cilok lu punya artikel akan tetapi ini memberikan pengajaran buat waa beb dan ingin berkongsi didalam blog ini bersama pembaca waa.inilah yang dikatakan bakat yang telah dikurniakan oleh Allah.Kalau sesuatu rezeki itu bukan milik kita apa nak buat beb terima seadanya dan sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada dan alhamdulilah MKP dikurniakan keluarga yang bahagia.Syukur kepadanya akan tetapi jangan pulak kita kufur dengan nikmatnya. 



Wednesday, March 21

VIDEO SEMPOI : KAT MALAYSIA ADA KE MACAM NIE?


Melihat tarian India filem-filem Bollywood adalah hal biasa. Tapi tarian India yang disajikan dalam penerbangan adalah sesuatu yang jarang terjadi.  Itulah yang dilakukan perusahaan penerbangan Finnair. Tarian di kabin pesawat dirakam lalu dimasukan ke YouTube. 

Dalam video ini, menunjukkan para penari tersenyum menghibur penumpang. Hal itu telah menjadi hit di YouTube, menerima lebih dari setengah juta hits dalam satu hari.

Kaartinen Helena, pramugari yang datang dengan idea, terkoordinasi latihan dan bahkan meminta bantuan seorang teman mantan pramugari di Mumbai, yang sekarang menjadi guru Bollywood. Kaartinen mengatakan kepada New York Times: "Ini adalah cara yang baik untuk menunjukkan rasa hormat."

Dia mengatakan ia ingin menunjukkan bahwa maskapai penumpang India itu tahu sesuatu tentang budaya mereka.

Video itu dirakam pada penerbangan 17 Januari 2012 dan upload pada tanggal 26 Januari untuk menandai Hari Republik India.


Kehadiran Anwar di India Today Conclave. Bukti Anwar menipu kononnya tidak hadir ke India Today Conclave kerana membantah Salman Rushdie...

Anwar sepatutnya berdebat dengan Najib di dewan rakyat dalam isu politik tetapi meninggalkan dewan untuk duduk bersama Salman Rushdie. Di Malaysia dia kata dia nak tentang kehadiran Salman....Peeerraahhh!!! 


MKP Ayat Sempoi : Anwar Ibrahim nie suka pembohong,macam nie nak jadi PM ke 7.pi mampus la?

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive