Thursday, December 1

DAP&LGE Gantung Diri Pasal Ng Wei Aik


Sebelas ditahan dalam selepas menyertai satu demontrasi bersama lebih 300 orang yang lain bagi mendesak supaya ADUN  DAP Komtar, Ng Wei Aik dipecat kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat.
Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Hotel Oriental bermula 12.30 tengah hari sebelum berhimpun di Komtar untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil kerajaan negeri.
Memorandum itu turut menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya lebih fokus dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dan bersikap rasional dalam setiap tindakan yang diambil.
Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Suara Anak-anak Malaysia.
Dalam perarakan itu, kumpulan berkenaan membawa sepanduk besar yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, Adun Komtar mulut celupar, kami tidak akan maafkan kamu' sambil menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ng yang disifatkan biadap dan berat sebelah.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setiba di Jalan Penang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di tengah jalan raya selama 20 minit.
Pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Pembantu Penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz.
"Jika kerajaan DAP memerintah dengan adil kami tidak akan buat begini (demonstrasi). Sebagai Adun pula, Ng sepatutnya memelihara kepentingan rakyat bukannya menindas," katanya.
Ng, yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap dua mangsa kebakaran di Jalan Gurdwara di sini dalam kejadian 22 Nov lepas selain pernah dikecam kerana bertindak kasar dalam satu operasi di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum sebelum ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata sembilan orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive