Isu calon luar yang tidak menghormati ‘tuan rumah’ dibangkitkan UMNO Pulau Pinang melalui wakilnya Datuk Musa Sheikh Fadzir yang membahaskan usul ucapan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, pagi Jumaat.
Katanya, tidak salah kalau calon luar dipilih Presiden UMNO bertanding tetapi ‘berilah salam’ kepada tuan rumah.
“Ini tidak, kerana calon PM, mereka mai tak jumpa ketua bahagian, tak jumpa ketua wanita. Bawa orang-orang sendiri, ada yang lelaki pakai rantai dan gelang... masuk kampung pula pakai kot dan tai,” katanya.
Malah menurut Musa, ada juga calon yang perjuangan UMNO pun mereka tidak tahu.
“Bawalah calon luar tetapi berilah salam masuk rumah orang. Kalau tak, macam mana dia nak dapat sokongan,” ujarnya.
Selain itu, beliau mencadangkan ditubuhkan Jawatankuasa Disiplin Pilihanraya bagi mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding bukannya golongan pembelot atau pengkhianat parti.
Menurut, parti perlu calon yang benar-benar bersih dan setia kepada parti supaya boleh menang dalam pilihan raya.
Beliau kecewa kerana tidak ada tindakan diambil terhadap golongan terbabit malah ada dicalonkan semata-mata memegang jawatan Ketua Bahagian.
Katanya, dengan adanya jawatankuasa disiplin ini, bolehlah disiasat calon-calon terbabit dan diambil tindakan.
Musa turut membawa keluhan rakyat Pulau Pinang sejak negeri itu dikuasai kerajaan DAP.
“Kami seksa dah, kami nak menang di Pulau Pinang. Orang Melayu perlu kembali kepada UMNO,” ujarnya.
Mat Kilau Kata:Selama 4 hari berada di PWTC nie ucapan paling best adalah dari Datuk Musa,Dengan selamba memberi ucapan serta lawak jenaka yang mendapat tepukan paling gemuruh.Perwakilan memberikan sepenuh perhatian kepada ucapan beliau.Walaupun melawak tapi ada tegasan yang perlu diberi perhatian dari pucuk pimpinan.
No comments:
Post a Comment