Saturday, December 3

Salam Media Baru Atau Tangan


Tidak mudah menjadi pemimpin pada era siber masa kini setiap gerak geri,kelakuan hatta salam pun diperhatikan tambahan pulak masa nie #PAU setiap apa yang berlaku boleh menjadi isu dan perhatian rakyat.

Kehadiran laman sosial seperti facebook,twitter dan blog membuat spekulasi sesuatu isu pada mulanya dianggap remeh menjadi hangat/serius dan mendapat perhatian pucuk tambahan pulak diterbitkan oleh media arus perdana.Mulalah menjadi perdebatan semua pihak dan diambil kredit oleh pihak yang pandai menjual nama.

Apa yang berlaku di PAU yang masuk hari terakhir hari ini tidak terkecuali daripada mendapat perhatian.ramai pemilik laman sosial ini,sehinggakan ada yang menjadi bahan dalam ucapan beberapa perwakilan.

Zaman sekarang adalah zaman menilai pemimpin dari dekat.zaman sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh bersalam dari dekat dan berjabat tangan dan berbincang.zaman sekarang adalah zaman menerima pemimpin yang boleh menjawab twitter dan facebook.

Tapi ingatlah jika bersalam itu janganlah hanya dihujung jari sahaja,tak pandang muka pun.jika begitu macam mana nak rasa denyutan nadi rakyat dari akar umbi.Fikirkanlah kepada pemimpin nie?Program semalam pun bukan kami mahukan perhatian atau apa saja dari pemimpin tapi hargailah apa yang telah diberi seperti pepatah menyatakan. Jangan Tanya Apa yang Telah dibuat akan tetapi apa yang anda sumbangkan kepada orang membantu.


MKP kata:Gambar diatas diambil dari blog pembangkang yang telah memutarkan fakta dan cerita tentang kehadiran Lisa Surihani dalam PAU UMNO 2011.Ternyata impaknya besar hingga mereka beebuat sedemikan rupa.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive