Monday, December 5

Zuraidah/Shahrizat Lawan Selak Kain.



Ketua Wanita Keadilan Dan Ketua Wanita UMNO lawan Selak kain masing-masing.Kita tengok sapa yang power.Hujah dari Mak Lampir meroyan sekali dengan menyatakan Shahrizat tidak menjawab apa yang perlu dijawab.Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri.


Berikut adalah kenyataan YG membuat mak lampir terselak kainnya.




Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menafikan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, mempunyai pengaruh dalam pengurusan syarikat, termasuk kelulusan pinjaman mudah bernilai RM250 juta daripada kerajaan untuk menguruskan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).



Mohamad Salleh berkata, isterinya yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak pernah mencampuri urusan syarikat, malah mereka berdua meletakkan ‘tembok’ dalam isu yang berkaitan dengan projek ladang NFC.


“Kami tidak memaklumkan perkembangan syarikat kepada beliau, malah jika saya mula membuka mulut untuk membincangkan perkara itu, saya akan diminta diam.


“Antara saya dan isteri hanya membincangkan soal berkaitan anak dan pendidikan. Soal lain, terutama projek dan politik tidak pernah menjadi keutamaan kepada saya walaupun saya menyokong isteri 100 peratus dalam politik,” katanya.


Beliau turut menafikan Shahrizat menyertai rombongan pengurusan syarikat ke luar negara yang didakwa menelan belanja RM827,579.


“Kami jarang mengunjungi luar negara bersama keluarga. Sebagai menteri, isteri saya mengunjungi banyak negara atas urusan kerja kerana menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin negara,” katanya. 

Ditanya mengenai tindakan beberapa pihak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan kerana projek NFC dikecam pembangkang yang mendakwa wujud penyelewengan dana kerajaan, Mohamad Salleh berkata beliau tidak boleh menjawab bagi pihak isterinya.


“Biar Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Shahrizat sendiri yang menjawab dan memutuskan perkara itu. Saya hanya suaminya. Dia tidak bincang soal politik dengan saya walaupun kami sudah hidup bersama selama 31 tahun. Apapun tindakan beliau, saya sentiasa menyokong 100 peratus,” katanya.


MKP kata Depa nie nak bantai Kak Ijat kerana marahkan Skuad Sayang yg nampak mengancam dan diterima oleh rakyat.tue yang dok cari pasal dengan kak Ijat nie.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive