Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid.
Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

















































