Sunday, March 3

Berita Palsu "Kes Kepala Dipenggal Penceroboh" @PDRMsia


Gambar ini telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...Apa kejadah korang nie main hemtam kromo aje..Harap pihak SKMM mengambil tindakan terhadap penyebar yang boleh mencetuskan huru-hara di Sabah..Pada penyebar fitnah tue hormat sikit pada ahli keluarga yang terlibat...


Gambar yang digembar-gemburkan sebagai pasukan keselamatan negara kita yang berlaku di Semporna. Namun, ternyata gambar dan info yang disebarkan oleh pengguna facebook tersebut PALSU!... SEKALI LAGI MKP KATAKAN GAMBAR TERSEBUT PALSU!

Gambar tersebut berlaku di selatan thailand. dan gambar tersebut adalah gambar askar Thailand. Klik disini http://eddyrizal.blogspot.com/2010/08/penggal-kepala-askar-thailand.html

ASKAR THAILAND, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN INSIDEN PENCEROBOHAN ASKAR SULU

MKP berharap kepada pengguna facebook tolong beri kerjasama jangan sebarkan gambar dan berita palsu ini kerana implikasinya amat teruk:

1) Penduduk tempatan pasti akan PANIK! DAN SUSAH HATI!

2) Keluarga pasukan keselamatan akan MERASA RISAU dengan keadaan keluarga mereka yang membuat kawalan ditempat kejadian!

Pohon kerjasama semua supaya mengesahkan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber terlebih dahulu. Jangan melibatkan diri dalam menyebarkan berita khabar angin. Ia adalah satu tindakan menyalahi undang-undang.

Jika yang telah terlajak menyebar berita palsu tersebut. tolong remove dari profile masing-masing. Terima kasih

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive