Thursday, August 23

Kenapa SAMM Meroyan? @CheguBard @razlanrafii


Ekoran dari laporan Polis yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Seputeh pihak SAMM meroyan sekali lagi dengan menyiarkan gambar yang telah diubahsuai kononnya milik Ketua Pemuda Umno Seputeh Saudara Razlan didalam BBM(blackberry messenger).berikut adalah screen shot yang MKP ambil dari twitter.Chegu Bard sudah menafikan bahawa pelekat ABU yang dilekatkan pada banner UMNO Seputeh itu bukan dari pihak SAMM.Bila dah berak tepi jalan sapa nak mengaku der....Sama jugaklah taktik yang telah dibuat oleh anwar berkenaan video skandalnya dengan chinadoll , walaupun video itu telah disahihkan 99% namun masih lagi membuat penafian......taktik lu orang dah basi der!!!! main game penafian yang serupa selalu macam nie.

Mansor TKM1 Sudah Kantoi,Guan Eng Mahukan Penjelasan?



Apa nie maklumat dah bocor,DAP Pulau Pinang mahukan penjelasan dari Datuk Mansor Othman.Mansor didakwa membuat komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.Abang Besar atau "Tokong bercakap" dah bersuara PKR nampak dah kecut teloq dengan dedahan ini...Mansor sudah pasti tidoq malam tak lena...ketua PKR negeri Mansor yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh".Berikut adalah dedahan dari blog GelagatAnwar........

Minit Mesyuarat Strategik PKR PP – Siri 3

Dr Mansor:
Kita menang putra jaya..ada thousands of jobs.. i tak payah la…i nak jadi duta china ok la..hahahaha
Duta saje berapa ratus..nak isi untuk siapa kalau bukan org mcam kita..agencies in govt..beratus…
U want to put BN guys ka..penang port..risda, felda..felcra
Thousands of them..and gaji more than YB..so why nak jadi setakat YB..
If u win putrajaya, duta.. foreign affairs beratus jobs for us…
U think u want to retain umno guy …no way…
Senator?
Makan angin sahaja kita..tak pikir masalah banjir…
These are the things ..putrajaya can open flood gates for us…

Anwar Tidak DiPedulikan Di Permatang Pauh?

Apa dah jadi sampai macam nie kesian!!!!!!!.

Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog.

beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Jangan Menfitnah!!!Kuda Tua Blogger APA.


Jika ini yang pinta MKP dah beri serta menjawab segala tomahan yang berbaur fitnah terhadap Datuk Ahmad Maslan.Sengaja untuk tidak menyiarkan gambar ini terlalu awal kerana menunggu blogger kuda tua meroyan dulu...Dah jawab ke atau mahu lagi gambar?Kalau nak buat fitnah lain kali agak-agaklah....MKP sengaja simpan benda nie sebab bulan puasa malas nak melayan blogger nafsu buas menghentam Pemimpin UMNO.Seronok korang ek menghentam dan dispin oleh blogger belah sana? 

SIAPA PALING SEMPOI DI PENANG,ANWAR ATAU DAP?



Pemimpin DAP kini bersuara lagi pasal anti lompat parti malah kerajaan DAP Pulau Pinang merancang usul anti lompat parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri akan datang.

“Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang kerajaan negeri.

“Jika anggota exco bersetuju, undang-undang ‘anti lompat parti’ itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada November,”katanya..

Selain Guan Eng, Pengerusi DAP Karpal Singh juga pernah bising pasal lompat parti malah beliau menegaskan sentiasa menentang tindakan melompat parti.

PAS JADI LEMBU DITARIK HIDUNG?


Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Hanya Berlaku Di Kelantan?


Ada sesiapa boleh bagi penjelasan berkenaan gambar diatas?

Wednesday, August 22

Anak Kelantan Sedar Atau Tidak?


Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu.Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.

Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.

ABU Terdesak Serang Banner UMNO Seputih?


Terdesak sangat ke sampai Banner sambutan hari raya UMNO Bahagian Seputih telah dilekatkan sticker ABU...Taktik sampah pihak pembangkang terutamanya Chegu Bard serta konco-konconya melekatkan pelekat nie.Setahu MKP semua bahagian UMNO diseluruh negara telah diarahkan supaya membentangkan banner ini disetiap Bahagian masing-masing...Mungkin dengan sokongan rakyat Malaysia telah beralih kepada UMNO menyebabkan tindakan bacul dari pihak ABU...



Guan Eng Hapuskan Melayu Supaya Bangla Dapat Berniaga?


Rupanya dah ada Bangla Town atau lebih dikenali sebagai ' Mini Dhaka ' di Penang , di Jalan Gurdwara dah jadi tempat warga Bangla berniaga , jadi geng Bangla banyak yang duduk melepak di situ , Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan DAP untuk mengatasi masaalah ini?Setakat ini tiada tindakan yang diambil dan hanya membisu? Sebaliknya Peniaga melayu dirobohkan gerai atau kedai yang dibina.......ikuti petikan dari Kosmo ni :



Guan Eng Dapat Peluru Hentam Pemuda UMNO?


Guan Eng tetiba mendapat peluru menghentam Pemuda UMNO hanya kerana Posting Facebook yang kecoh beberapa hari sebelum ini.Bagi MKP ini perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci siapa yang mengendalikan FB Pemuda UMNO tersebut.Pendapat MKP sebagai Ahli Pemuda menafikan tanpa bukti dan hanya bersandarkan pada laporan Polis tidak memadai.

Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi. 
Menjawab kenyataan Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Khairy berkata, "Guan Eng nak main politik, kata Pemuda (Umno) hasut.""Kami sedia didakwa. Bawa ke mahkamah. Tengok siapa betul," kata beliau.

Tuesday, August 21

Pengodam Blog Anwar Telah dikenal Pasti?

Pengodam blog tempohhari telah dikenal pasti oleh pihak PKR.Namun maklumat tentang pengendali blog setakat ini hanya dimaklumkan oleh sumber dalaman hanyalah seorang lelaki dan beliau jugak adalah seorang blogger terkenal PKR.

Terbukti kenyataan dari blog Anwar tempoh hari ianya original dan bukan palsu.Namun sikap suka menyalahkan pihak Cybertrooper UMNO amat dikesali kerana siapa yang nak mengaku sekiranya berak tengah jalan.Taktik yang sama jugaklah apabila Ketua Umum kena sebarang tuduhan apa saja mesti salahkan UMNO dan BN?

Di Manakah Keadilan Buat Nasha?


Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan beliau akan keluar daripada PAS. Penafian itu dibuatnya setelah beliau menerima pelbagai desakan dan kecaman daripada PAS atas kesalahan dilihat dalam gambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika di Makkah. Najib berada di Tanah Suci kerana menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) manakala Nasharudin pula kerana diminta mengatur pertemuan Najib dan ulama Arab Saudi. Difahamkan, Nasharudin turut membantu menterjemah perbincangan antara Najib dan ulama berkenaan. Mendesak Nasharudin keluar PAS hanya kerana beliau dilihat bersama Perdana Menteri menggambarkan sikap kebudak-budakan pemimpin PAS. Berbuat demikian seolah-olah menunjukkan sikap orang PAS tidak boleh bertemu atau bergaul, apa tah lagi berbincang dengan orang UMNO. Di kampung, taman perumahan, masjid, surau, pejabat, kedai kopi dan sebagainya, orang Melayu bercampur gaul tanpa timbul persoalan orang UMNO atau PAS. Jika mahu melihat orang Melayu dan Islam cepat berpecah-belah, gunakanlah strategi PAS yang melarang mereka bersua mesra.


Monday, August 20

Pemuda UMNO Lapor Polis Isu Fake FB?


Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee di sini, jam 4 petang tadi.

“(Sedang) membuat laporan polis bagi pihak (Ketua Pemuda Umno dan BN) YB Khairy Jamaluddin berkenaan laman FB yang berbaur hasutan,” katanya menerusi laman Twitter.

Sementara itu, ketika dihubungi Sinar Harian Online, Ibdillah menolak keras akaun itu dikendalikan oleh Pemuda Umno Pusat.

"Akaun Facebook itu menggunakan nama Pemuda Umno Malaysia dan ia seolah-olah mewakili Pemuda Umno. Jadi YB Khairy mengarahkan saya untuk membuat laporan polis berhubung hal ini," katanya.

Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberi imej yang salah.

"Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau.

Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno berharap siasatan segera dapat dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun laman sosial terbabit dan memuat turun poster berbaur hasutan tersebut.

"Pihak yang memuat turun poster itu harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan," katanya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy pada hari yang sama dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Mengulas lanjut, Ibdillah berkata, perkara itu akan dibawa kepada pucuk pimpinan oleh Khairy bagi menunjukkan bahawa Pemuda Umno memandang serius perkembangan tersebut.

Pagi tadi, Sinar Harian Online melaporkan Pemuda Umno menafikan laman itu dikendalikan oleh pihaknya.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis.

"Ya, bukan laman FB kami," kata Khairy menerusi mesej Twitter menjawab pertanyaan susulan pengikutnya, malam tadi.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.SH

GEMPAR : PAS Teluk Intan Kutip Wang Fitrah?

Terdesak sampai wang fitrah pun PAS Teluk Intan nak sapu ke?Apa punya kejadah harami memalukan umat Islam SeMelaysia aje nie?Pada mulanya MKP ingat benda nie hanya sekadar gurauan  akan tetapi apabila meneliti dengan dengan lebih mendalam dan terperinci sah bahawa PAS Teluk Intan memenang dok saku duit orang ramai untuk kegunaan Parti PAS.
Terkejut saya di pagi hari didalam sebuah masjid di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan apabila saya membayar fitrah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya kepada Pusat Zakat Dan Fitrah, Jabatan Agama Islam, Perak. Kenapa harus jadi begini dan apakah hak untuk Parti Pas mengutip Fitrah kepada Rakyat. Ini sudah menjadi satu kesalahan bagi undang2 Kerajaan Malaysia.... Apakah Parti Pas sudah tiada duit untuk digunakan bagi PRU nanti dan cara itu sahaja digunakan untuk mendapatkan duit..... Tiadakah cara lain untuk menipu rakyat lagi dan ini jelas menunjukkan Parti Pas sudah mula menipu rakyat. Semuga Allah memberikan pembalasan kepada Ahli2 Parti Pas termasuk para Pemimpin Pas yang bersubahat didalam perancangan aktiviti kotor ini...PenditaAlam 

Laporan Polis Dibawah telah mengesahkan apa yang telah berlaku.


PKR Selangor, Bas Mewah Untuk Anwar?


Apa dah jadi dengan pemimpin PKR Selangor nie,Sanggup berhabis wang ringgit demi menjilat Anwar the great hanya untuk tujuaan berkempen...Rakyat Selangor menderita dengan masaalah Air dan hingga kini masih belum selesai..Jika dakwaan khalid yang menyatakan tidak mengunakan wang kerajaan negeri mungkin menimbulkan tanda tanya? Kenapa menghabiskan wang demi parti sedangkan kempen mereka demi rakyat.Namun rakyat Selangor ditinggalkan dengan masalah?


MKP setuju jika loji-loji air ditambah di Selangor untuk merawat air mentah yang dikatakan MB dan exconya amat mencukupi. tapi yang lucunya dana RM200 juta hanya akan diberi untuk bina loji jika Pengerusi dan CEO Syabas letak jawatan.

Setahu MKP membina loji adalah tugas kerajaan negeri. Syabas hanyalah sebuah syarikat yang membeli air dari loji-loji yang diurus oleh syarikat konsesi rawatan air untuk diagih kepada pengguna air. Jika nak jaga kebajikan rakyat, laksanakanlah kerja-kerja tersebut tak perlulah bersyarat pula.

Sunday, August 19

Ucapan Aidilfitri @NajibRazak.


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam diseluruh Malaysia dari YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Malaysia

Ramai gadis Malaysia beraya di Lombok..


Masih terdapat ramai gadis negara ini berada di Lombok, Indonesia berdasarkan siasatan yang dijalankan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bagaimana pun tidak dapat mendedahkan jumlah sebenar gadis Malaysia yang berada di sana kerana dalam proses mengumpulkan maklumat.

Menurutnya, kesemua mereka jatuh cinta dengan lelaki Lombok sewaktu bekerja di negara ini dan mengikut mereka pulang.

“Perkara ini amat menyedihkan kerana gadis yang mengikut lelaki Lombok itu, berpotensi untuk memajukan diri dalam bidang pelajaran.

“KP1M akan memulakan kempen kesedaran terhadap wanita tempatan dalam semua sektor pekerjaan terutama pertanian dan perladangan, agar tidak terpedaya dengan pujukan lelaki asing yang bekerja di negara ini dan mengikut mereka ke negara asal mereka,” katanya.

Abdul Azeez berkata, setakat ini KP1M telah berjaya membawa pulang seramai 50 gadis rakyat negara ini atas permintaan keluarga.

Saturday, August 18

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengunjungi blog ini.Dikesempatan ini MKP menyusun 10 jari meminta maaf jika ada salah dan silap untuk tahun ini...Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya...Kepada rakan-rakan blogger,facebooker dan twitter yang mengenali MKP halalkan jika terkata,terhack terambil benda yang tidak sepatutnya minta dihalalkan dunia dan akhirat..Gambar diatas MKP ambil dari Sinar Harian wajah disebaliknya mungkin ada yang mengenalinya...Terimakasih Kepada JuruGambar tersebut tahun depan ambil lagi....Salam Lembaran......

Kenapa Anwar Padamkan Posting Blog?


Mustahil untuk mengodam blog Anwar Ibrahim?Semua blogger tahu dan faham untuk mengodam blog  bukanya sesuatu yang mudah dan senang apa tah lagi blog Ketua Pembangkang.Sudah semestinya Anwar dan pengendali blog beliau mengunakan aplikasi keselamatan yang terhebat untuk  meningkatkan tahap keselamatan.Jika senang dan mudah digodam sudah semestinya semua blog terhebat sudah kena benda yang serupa????

Dari penilaian MKP ada yang tak kena dengan pengendali blog tersebut mungkin Anwar terlepas pandang kepada pengendali blog tersebut.Almaklum dah dekat nak raya nie Anwar tak bagi duit raya kot????Tue yang ada sabotaj blog tersebut....Kemungkinan berlaku pekara ini amatlah tinggi kerana hanya 28minit sahaja posting tersebut ada didalam blog Anwar.Jika digodam sudah semestinya mengambil masa yang amat lama untuk dipulihkan sekurangnya sampai pagi esok....Licik sungguh perbuatan pengendali blog Anwar nie salahkan blogger Pro BN/UMNO untuk selamatkan diri...Sama jugaklah taktik yang digunakan oleh anwar ketika berhadapan dengan skandal video chinadoll tempoh hari,salahkan UMNO dan blogger.....Dah lama sangat menipu hari mungkin balasan Allah kepadanya...Buat baik balasanya baik, perbuatan jahat akan dibalas dengan kebenaran jua.....



Anwar Minta Maaf Pada @NajibRazak Kerana Menfitnahnya?


MKP Terkejut beruk dengan dengan perutusan hari raya dari Anwar Ibrahim meminta maaf kepada keluarga PM DS Najib Razak kerana menfitnahnya...Mungkin Anwar dah buang tabiat dan tahu akan kalah pada PRU 13....Ayat berikut membuatkan MKP sendiri terkedu;;;
Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Friday, August 17

Apahal Pulak Neelofa Nie?


Tersipu malu pulak dah artis popular nie?Kenapa ek mungkin kesilapan dalam ucapan hari rayanya khas buat peminatnya,MKP tertarik dengan caranya membuat ucapan dan nampak ikhlas walupun sedikit gedik tapi itu memang ditunggu oleh peminatnya terutama lelaki yang kurang kasih sayang...


walauapapun Neelofa u tetap terbaik.....

Betul Atau Kesilapan Fakta BN Bakal Merampas Pulau Pinang?


Faktor Cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir.

Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.

Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.

Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar.

Harami Punya PAS Takut Dengan DAP Rupanya?


Apakah istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk kepada apa jua kenyataan dan tindakan parti tersebut. Mana tidaknya… suara dan pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan sahaja tidak dilayan, malah beliau turut mendapat kecaman yang cukup dahsyat.


Mengulas mengenai perkara itu pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata itulah gambaran kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam yang mana memperlihatkan mereka seolah-olah ‘mengiktiraf’ DAP lebih daripada segala-galanya.

Sedangkan menurut beliau apa yang diperjuangkan dan dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin jauh sama sekali untuk menghancurkan Pas dan sebagainya kerana apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin itu ada hujahnya dan ada faktanya.

Nurul Izzah Buta Perut Salahkan UMNO,Ucapan Hari Rayanya?


Benda yang penulis tahu, kebiasaannya Perdana Menteri sahaja yang akan beri perutusan sempena mana-mana perayaan. Itu sudah menjadi amalan biasa. Ini mungkin kali pertama Ahli Parlimen pembangkang membuat perutusan raya. Lawak sebenarnya video klip Nurul Izzah ni. Mula tu tengok Izzah senyum ingatkan iklan Colgate ke apa…

Lepas tu ingatkan dia nak bagi ucapan selamat menyambut hari raya dengan serba sedikit kata-kata perangsang untuk rakyat.

Rupanya tidak…nama aje ucapan Aidilfitri, tapi daripada 9 minit 26 saat klip tu…9 minit cakap politik.

Dari 30 saat pertama dah mula bercakap politik. PDRM, SPAD, PPRT, LRT dan semua macam T disebut…kecuali aidilfitri aje yang tidak banyak disebut. Kesian kat suami dia…nampak rimas dan blur semacam.


Seksi : Kenapa Nak Melenting?


Masih ingat lagi dengan pelakon wanita bernama Ainul Aishah atau lebih dikenali sebagai Aishah?

Dahulunya, dia banyak berlakon dalam filem-filem terbitan syarikat Metrowealth milik David Teo.

Namun, kerana memikirkan kerjaya sebagai pelakon tidak stabil, Aishah telah pun menarik diri dari dunia seni dan membina empayar perniagaannya sendiri.

Aishah telah pun membuka perniagaan Tutti Frutti dan ternyata, usaha dan pengorbanannya tidak sia-sia.

Kalau di awal kemunculannya, banyak juga kontroversi yang ditimbulkan oleh gadis ini.

Semua kontroversi tertumpu kepada isu dia berpakaian seksi.

Dan sejak dia sepi dari dunia lakonan, timbul lagi isu yang boleh dikatakan tidak sedap didengar.

Terbaru, Aishah seperti melenting dengan teguran yang diterima dari peminat-peminatnya mengenai satu gambar dirinya yang dimuat naik ke dalam profil Instagram.

Thursday, August 16

Kalaulah Bapak Assmin Masih Hidup?


Gara-gara anaknya yang hanya tahu menghabiskan masanya bermain dengan kawan-kawan diluar dan malas membaca buku seorang bapa bertindak gila dengan membogelkan dan mengaraknya keliling kota dengan basikal sebagai pengajaran dan hukuman kepada anak lelakinya. Mungkin dengan hukuman cara ini sibapa mahukan sianak akan berubah total dan menumpukan lebih masanya pada pelajaran dan taubat dari mengingkari kata-kata beliau.


Itu kat China beb tapi kat Malaysia kita dengan adabnya lebih sopan-santun bila menegur anaknya tapi ini MKP buatkan khas buat Assmin Ali untuk tatapannya bila syawal bakal menjelang..



Kalau Assmin ali masih tak sedar beb tak tahulah apa nak buat lagi der....Pakatan Harami nie semua jenis menderhaka kepada ibubapak ke?

Selamat Berlakon Anwar?


PKR cuma ada Selangor sahaja untuk dipamerkan sebagai dalil ia mampu memerintah. Sebab itu, tidak kira sama ada baik atau buruk rekod PKR di Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim, ia terpaksa ditelan sahaja agar tidak melimpah menjadi kudis di ambang pilihan raya umum ke-13.

Sebab itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor terpaksa berlakon kononnya tidak banyak masalah yang dihadapi oleh pentadbiran Khalid di Selangor. Walhal, masalah yang dihadapi bertali arus.

Jika tidak, mengapa Selangor perlu melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi? Sudah tentu ini untuk mengizinkannya memberikan input parti dalam urusan Selangor. Ini juga adalah bagi mengendurkan rungutan dan kempen bisik berbisik anti-Khalid yang menular sejak tahun pertama pemerintahannya.

Keluarga Noramfaizul terima sumbangan tiket haji dari PM.


Keluarga Allahyahyam Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV yang terbunuh ketika menyertai misi kemanusiaan ke Somalia tahun lepas, semalam menerima surat tawaran mengerjakan haji daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Surat tawaran tersebut disampaikan oleh Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kepada ayah Noramfaizul, Mohd Nor Md Yasin bagi pihak Perdana Menteri di rumahnya di Taman Serdang Raya semalam.

"Hari ini genap setahun kami telah berada di bumi Somalia. Allahyarham berada bersama kami tahun lepas. Jadi hari ini kita adakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Noramfaizul," katanya.

Tawaran mengerjakan haji itu turut dipanjangkan kepada ibu dan adik Noramfaizul, Naemah Abdul Majid dan Nur Najihah.

Tanda Putera Kenapa Lim Kit Siang Gabra?


Tanda Putera akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 15 November 2012 akan datang. Menurut pengarah filem ini, Datin Paduka Shuhaimi Baba, pertukaran tarikh tayangan sama sekali tidak menjadi isu kepada pihaknya dan bersetuju dengan tarikh tersebut.

“Tarikh ini dikira paling sesuai kerana bersempena dengan permulaan cuti sekolah hujung tahun dan memberi lebih ruang dan masa bagi FINAS dan kami merancang promosi filem ini.”

Sebelum ini filem Tanda Putera dihentam hebat oleh sesetengah pihak dan timbulnya dakwaan yang menyatakan watak seorang pemimpin DAP telah digambarkan dalam filem ini. Akan tetapi Shuhaimi Baba telah menegaskan bahawa itu sama sekali tidak benar dan kesemua jalan cerita dipetik daripada kisah sejarah Malaysia yang lampau. Oleh itu, ia langsung tiada kene mengena dengan propaganda politik sekarang.

“Dia tidak ada dalam filem ini. Kami telah beberapa kali menegaskan dan ingin mengulang bahawa tidak ada watak pemimpin DAP itu dalam Filem Tanda Putera,” jelas Shuhaimi Baba sewaktu sidang media filem ini berlangsung semalam.

“Terlalu banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas. Serangan berterusan ini memberi tekanan berat kepada tenaga penerbitan serta artis filem Tanda Putera.”

Filem Tanda Putera turut menyelitkan adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei, akan tetapi ia hanya ditayangkan dalam waktu yang singkat dan ia hanya merupakan latar kepada cerita utama.

“Adegan berkaitan peristiwa sekitar 13 Mei memakan masa hanya selama 10 minit daripada filem berdurasi 115 minit ini. Adegan tersebut hanya merupakan latar kepada cerita utama bagi menjelaskan mengapa Tun Dr.Ismail yang telah bersara terpaksa kembali menyertai Kabinet. Cerita utamanya ialah tentang Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, persahabatan dan perjuangan mereka memulihkan negara daripada trauma 13 Mei dan kematian mereka yang tidak diduga.”

Selain itu, pihak produksi filem Tanda Putera berharap agar sebarang spekulasi negatif yang dilemparkan sebelum ini segera diberhentikan dan kata-kata terakhir pengarah filem ini adalah, “Saksikan filem ini dan buatlah kesimpulan sendiri.”

VIDEO : Perompak Bawah Umur Mengganas?



VIDEO: YB Mohd Zaki Ibrahim Bakal dijadikan Kayu Api Neraka?


Adun nie buat fitnah dan patut letak jawatan serta bakal dijadikan kayu api Neraka kerana menfitnah untuk kepentingan politik sempit bersama PAS.dakwaannya UMNO telah beri rasuah sebanyak rm100 ribu tapi realitinya UMNO telah memberi rm 2juta demi menegakkan agama Allah....


Wednesday, August 15

Fitnah & Dusta Makanan Harian Balaci PAS?


Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.


Dedahan Panas: Sah YB Mohd Zaki Ibrahim Menipu DiBulan Ramadhan?



Video nie jelas menunjukkan bahawa Dakwaan yang telah dibuat  YB Zaki hanyalah palsu dan pembohongan semata-mata....MKP cukup kagum dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh sahabat dari GANU nie iatu Din Penyu.Sanggup berhabis wang dan ringgit sendiri walaupun tidak mempunyai pendapatan yang tetap namun bertekad pergi ke Tumpat Kelantan demi menangkis serangan pihak Kapir Harbi yang sanggup menipu dibulan Ramadhan dan menfitnah UMNO....Rasanya kurang dah kot Blogger macam nie kt Malaysia nie....ikuti dedahan yang hebat dari beliau,,,,

Sumbangan BUKAN 50 Ribu la Tapi 2 JUTA ! ! - Pondok Geting






Sejak Bila Datuk Azeez Rahim Jadi Muslim Rohingya?



BILA berlaku hal-hal berkaitan dengan nasib orang Islam di mana-mana tempat dalam dunia, yang akan paling kuat melompat, sudah tentulah PAS. Bukan melompat nak bagi bantuan, tapi melompat nak menyalahkan kerajaan kerana kononnya lambat bertindak cepat membantu pihak-pihak terbabit.

Maka hebohlah di Facebook dan seumpamanya, tindakan penyokong-penyokong PAS mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin Islam kerana kononnya gagal membantu masyarakat Islam Rohingya yang khabarnya sedang menjadi mangsa penindasan di Mynmar.

Sedangkan puak-puak ini tahu, bukan senang-senang boleh terjah masuk negara orang atas alasan nak beri bantuan melainkan ada mandat dari badan-badan antarabangsa terbabit seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan seumpama dengannya. Jangan kata negara orang, rumah kita sendiri pun tak dibenarkan sebarangan orang terjah masuk.

Apa Dah Jadi Dengan Islam Di Selangor?


Tiada insan yang meminta untuk dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna dan serba kekurangan.

Bagi Ahmad (bukan nama sebenar), 35, tidak menyangka hidupnya bakal musnah apabila mengambil keputusan untuk membawa diri ke Semenanjung setelah anak jati bumi Kenyalang ini melarikan diri dari rumah ketika berumur 18 tahun.

Semuanya gara-gara dimarahi ayahnya kerana berperwatakan seperti wanita.

Berang dengan teguran ayahnya yang merupakan seorang pegawai polis, dia memilih bandaraya Kuala Lumpur sebagai 'rumah kedua' dan bermulalah kehidupannya bergelandangan.

Lebih memburukkan keadaan Ahmad mula terjebak ke kancah najis dadah.

Menempuhi hidup yang sukar, Ahmad tiada pilihan untuk mengisi perutnya yang kosong dengan mengunjungi sebuah gereja di ibu kota yang prihatin dengan nasibnya dan puluhan lagi individu yang senasib dengannya.

Tuesday, August 14

Kesian Kena Kutuk,MKP LAP U @abby_abadi112 ?


Kesian Abby Abadi....teruk kena fitnah sejak masuk PAS.Begitulah bekas isteri Norman Hakim ini berkisah pada satu majlis ceramah anjuran parti itu di Taman Bolton dekat Kuala Lumpur Ahad malam.

Bunyi ayatnya macam hendak menagih simpati betapa jahatnya manusia lain melihat 'penghijrahannya' dari sudut negetif.

Abby yang tengah glamour diusung dari pentas ke pentas ceramah seluruh negara oleh PAS sebenarnya tidak perlu melenting sangat dalam bab ini.

Tiada ada siapa yang boleh mempertikaikan kalau dia kini sudah bertudung dan mahu jadi wanita solehah.

Kalau Abby hendak tahu apa yang buat sesetengah orang termasuk rakan artisnya jelak ialah gelagatnya yang dikatakan 'over' sejak masuk parti itu.

Ini termasuklah dakwaannya bahawa artis yang bertudung susah cari makan di negara ini.

Abby cuba ngorat Ustad Azhar Idrus

Ambiga Dan FullMoon Parti Malam Merdeka?

Pengerusi Bersih yang umum tahu adalah penyokong LGBT.MKP cadangkan supaya buat sama "FULLMON PARTY" dibuat sekali best tue..20 NGO dijangka akan membuat himpunan ‘Janji BERSIH’ di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.Apa salahnya jika buat sambutan seperti "FULLMOON PARTY" yang diadakan setiap tahun di Thailand...Kena pada tema dan sikap buruk dan musibat pembangkang nie...Sokong LGBT dan akan menghuru-harakan Malaysia..Yang hadir pulak ramai penyokong Anwar kaki balun depa dan belakang sama rasa...elok jika digabungkan....Seks bebas akan lebih makmur dibawah Anwar dan kroni......


Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan “Janji Ditepati” yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.

YB Mohd Zaki Ibrahim Haram Jadah Lap Punggung DAP?



Telah difatwakan oleh seorang ulama dari sebuah pondok di Kelantan bahawa adalah haram bagi orang Islam mengundi parti cauvinis Cina, DAP kerana ia menentang undang-undang hudud yang merupakan hukum Allah.

Menyusul pula sokongan padu terhadap fatwa Tuan Guru Abdullah Sa’amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat daripada para mufti dan golongan muda.

Yang benci akan fatwa tersebuta sudah tentunya DAP dan terkunci mulut yang selama ini celupar memaki hamun kerajaan dan Umno ialah PAS, sekutu kuat parti yang secara konsisten menentang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia.


Nak RM5,000 Dalam Dua Hari?

MKP nak tanya apa pandangan anda jika dalam masa dua hari Dapat 5k ok tak?Mestilah masyukk dan terbaik rasanya...Orang yang kurang waras pun tahu menilai apa yang dapat dibuat dengan Duit.....Tapi itu bukan kisahnya yang hendak diceritakan....Tapi Kisah artis yang berusaha keras demi rezeki yang halal hasil dari titik peluk sendiri...Bukan macam Abby abady heee

Tasha Shilla yang menjual biskut raya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tidak mengendahkan statusnya sebagai selebriti, Tasha Shilla tetap menjual biskut rayanya di tempat terbuka.

Namun, dia ketika ditemui pada 9 Ogos lepas telah memberitahu bahawa kini kedainya telah pun ditutup disebabkan stok yang sudah pun habis dijual.

Jangan Baca Jika Anda Jantan Ada Teloq?


Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000′nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja pak cik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?

Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak da kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : (Dalam hati, kerek giler orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Mat : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.


Monday, August 13

Kenapa DiConteng Tembok MDKT?


MKP dapat gambar ini hasil dari kiriman rakan FB petang tadi.Nampak sangat ada yang tidak berpuas hati dengan tembok dihadapan Majlis Daerah Kota Tinggi.Umum tahu Johor adalah kubu kuat UMNO dulu!!!! dan sekarang MKP tidak berapa pasti dan pekara ini tidak harus berlaku.Musykil dan tertanya-tanya jugak apa sebabnya.MKP taklah nak merayau sampai kesana untuk menyelidik pekara ini ,jauh tu beb......

Kalau tidak melibatkan PM DS Najib Razak,MKP bukan kisah sangat tapi pekara macam nie sudah melebihi batasan yang sepatutnya.MKP nak buat dakwaan menyatakan ini semua angkara PAS atau sapa saja tak patut kerana tiada bukti sahih untuk mengesahkannya.


Ahli PAS Masuk Neraka Jika Hudud Gagal Dilaksana?



Jika sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya. Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO.

Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya.

Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam. Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud.


GEMPAR ! Abdullah Saamah KAKI KENCING ?


Polimik ini timbul apabila Utusan mengeluarkan dedahan bahawa DAP begitu konsisten dalam 'iktikadnya' menentang habis-habisan sebarang usaha ke arah negara Islam.Selepas itu Haji Abdullah Saamah pulak mengeluarkan kenyataan yang agak pedas terhadap PAS.

Apa lagi melompat bagaikan beruk kena belacan pencacai DAP iatu YB Mohd Zaki Ibrahim yang menuduh Tuan Guru Abdullah Saamah sebagai seorang TOK GURU PENIPU, yang dibayar oleh Umno supaya mengeluarkan kenyataan bahawa Mengundi Dap itu Haram.

PAS hari ini menerima satu tamparan hebat apabila tindakan Menteri Besar Kedah iaitu Azizan Razak yang menarik balik larangan operasi ke atas pusat-pusat hiburan di bulan ramadhan, telah dikecam keras oleh Pengasas Pondok Geting, Tumpat Kelantan.


Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive