Saturday, March 2

AL-FATIHAH BUAT PERWIRA NEGARA.........


Sedih dan pilu!!! siapa yang dapat menahan air mata apabila melihat tangisan serta luahan anak yang masih kecil yang tidak tahu keadaan sebenar...Bagi yang tidak mempunyai anak seusia Insp. Zulkifli Mamat susah untuk mengerti dan faham situasi ini..

MKP mempunyai anak seusia ini , memang anak seusia ini petah berbicara akan tetapi tidak seberapa faham apa yang diungkapkan..Tanpa berselindung MKP menitiskan air mata apabila melihat kepetahan anak kecil ini berkata-kata..Video berikut menjelaskan segala-galanya...

"Tiada perkataan diucapkan, hanya tangisan yang saya dengar daripada menantu saya ketika saya menghubunginya petang tadi," kata Khatijah Ismail, ibu kepada anggota komando polis yang terkorban dalam kejadian tembakan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini. 
Khatijah, 64, berkata beliau menghubungi menantunya yang tinggal di Ipoh itu apabila diminta berbuat demikian oleh seorang anak saudaranya untuk mendapatkan berita lanjut mengenai kejadian itu. 
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini, Insp Zulkifli Mamat, 29, (gambar) adalah antara anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam kejadian tembakan yang turut membunuh 12 penceroboh bersenjata rakyat asing itu. 
Khatijah, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat Gong Bayor Besut berkata beliau mendapat perkhabaran sedih itu ketika mengikuti satu program di kampungnya kira-kira pukul 4 petang. 
"Ketika itu Mak Cik sedang mengikuti satu program kemasyarakatan apabila saya dipanggil oleh seorang anak saudara yang menyuruh saya menelefon isteri arwah di Perak untuk mengetahui berita lanjut," katanya. 
Khatijah berkata beliau terus menghubungi isteri arwah, Noraziah Nor, 29, yang merupakan seorang guru di Ipoh, tetapi tidak mendengar sebarang suara daripadanya kecuali tangisan. 
"Bila saya mendesak, dia (Noraziah) memberitahu suaminya telah terkorban dalam insiden serangan di Lahad Datu. Mak cik terkejut dan terus rebah pengsan," katanya. 
Khatijah memberitahu bahawa anak ketiga daripada enam beradik itu menyertai perkhidmatan polis kerana amat berminat dengan kerjaya yang memakai uniform sejak di bangku sekolah rendah lagi. 
Zulkifli adalah graduan Universiti Malaya dan berkahwin dengan Noraziah yang berasal dari Perlis. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki berumur lima dan satu tahun dan Noraziah kini mengandung anak ketiga. 
"Zulkifli seorang anak yang baik dan bersopan santun serta amat mesra dengan adik-beradik," kata Khatijah. 
Khatijah berkata sebelum bertolak ke Lahad Datu Jumaat lepas, arwah menghubunginya dan meminta Khatijah mendoakan keselamatannya dan berharap ibunya tidak bimbang.
Turut hadir menziarah ibu Zulkifli di rumahnya petang ini ialah Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil 

SUMBER AD


2 comments:

Unknown said...

Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

Anonymous said...

Tolong lah, jangan postkan temuramah anak arwah nie

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive