Saturday, March 2

GAMBAR PENGKEBUMIAN "WIRA NEGARA".......


Ibu(Tudung Coklat)KPL Sabarudin dan Isteri(Tudung Hitam) Tiba Di Tanah Perkuburan.


Pusara Ayah Tercinta: Anak Sulung Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud


Menabur Bunga Di Pusara Suami Tercinta.


Ibu Kepada Allahyarham Menabur Bunga Di Pusara Anak Tercinta.


Solat Jenazah KPL Sabarudin Daud.

Kumpulan penceroboh bersenjata menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam. 

Perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina. 

Dalam kejadian itu, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. 

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut. 

Pelbagai pihak membidas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pertempuran di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah, semalam, sebagai konspirasi UMNO. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen Batu itu supaya menyemak dulu fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan melulu berhubung kejadian berkenaan. 

“Tanyalah pada diri dia (Tian Chua) sendiri... apa yang dia lakukan sebelum penceroboh masuk ke Lahad Datu... Tian Chua dan rakannya memang mengharapkan pertumpahan darah berlaku bagi memburukkan tentera dan polis.






No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive