Saturday, March 2

GEMPAR : KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI SEMPORNA....


Berita belum disahkan.

Seorang polis terkorban, seorang lagi cedera dalam kejadian tembak-menembak di Kampung Selamat, Semporna. IPD Lahat Datu dikatakan menghantar pasukan Jenayah Berat, D9 untuk membantu. Kejadian pada jam 8.05 malam.

Balai Polis Lahad Datu diarahkan berjaga-jaga untuk bertahan sekiranya diserang.

Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam insiden tembakan yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Simunul pada pukul 7 petang Sabtu.

Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau berkenaan untuk mencari beberapa individu ekoran laporan yang kumpulan berkenaan memiliki senjata api.

“Anggota polis memasuki kampung itu dan sedang berjalan di atas papan titi gantung apabila mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

Situasi di pantai timur Sabah semakin meruncing apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Sultan Sulu menyerang pasukan keselamatan Malaysia, dalam insiden tersebut dua anggota polis komando terkorban sementara 12 pengikut kumpulan berkenaan dilaporkan terbunuh. MSTAR...

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive