Ini bermakna perperangan telah tercetus. Semua musuh akan dibunuh. Tiada lagi belas kasihan kepada mereka. Semoga pejuang-pejuang kita berjaya.
Berikut adalah Pejuang Negara Syuhada yang telah gugur demi mempertahankan Negara Tercinta ini, Jasa serta perjuangan mereka pasti dikenang kerana menjaga keamanan Negara.. Al-Fatihah
1. Supt Ibrahim Lebar, E1 Bukit Aman
2. ASP Michael, KCKD Semporna
3. Sjn Aziz - PGA Bn 14 Semporna
4. Kpl Azrul - PGA Bn 14 Semporna
5. Sjn Bahrin - E1 IPK Sabah
6. Kpl Salam - CKhas Tawau
Andai satu hari nanti, Internet terputus..
Elektrik terputus..
Bekalan air bersih juga terputus..
Stesyen minyak tutup..
Kedai tutup..
Makanan jadi mahal..
Tak dapat nak hubungi Ahli keluarga yang jauh..
Tak dapat nak update status FB kita..
Andai terjadi..
Inilah hadiah dari perpecahan kita..
Gajah potong 3 mmg kecil dari lembu dan kambing..
Kita gajah, tapi kita leka, kita berpecah..
Andai satu masa nanti..
Tugas harian kita mengebumikan para syuhada..
Ahli keluarga dan orang kampung..
Andai satu hari nanti, kita bukan kita yang sekarang..
Mengemis untuk makan..
Airmata berlinang setiap hari..
Bukankah bumi Islam itu selalu bergolak..
Mungkin sampai giliran kita yang selalu bertingkah..
Andai semuanya jadi, sesalan tidak berguna..
Ayuh !! bersatulah bangsaku..
Kita sama-sama memerlukan doa dan kekuatan..
Bagi mewariskan bumi bertuah ini kepada anak-anak kita..
Anak-anak kita sama warna darahnya..
Ayuh ! bersatulah Malaysia..
Mari kita Sama Sama doakan utuk rakyat Sabah dan pejuang pejuang mempertahankan negara kita Malaysia, semoga mereka dipelihara Allah swt.
Allah bantulah mereka..
Ya Allah...........
1 comment:
Sudah Sampai Masanyer Kerajaan perlu tubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung dengan isu ini..dedahkan dalang disebalik pencerobohan dan jatuhkan Hukuman yang sewajarnya
Post a Comment