RAPID

Thursday, May 3

ASSMIN APA LAGI LU MAU KELENTONG?




Tersebarnya beberapa keratan gambar individu yang disahkan sebagai Azmin mencetuskan kegemparan lagi didalam kem PKR.

Malah video tersebut dikhabarkan mempunyai 4 rakaman yang berbeza dilokasi yang sama.Sumber dalaman PKR sendiri ada menyebut ia adalah pembabitan Khalid Ibrahim iaitu musuh ketat Azmin yang cuba merampas kerusi Menteri Besar Selangor.

Si pelaku lelaki sudah disahkan sebagai Azmin oleh adik kandung beliau Umi Hafilda,manakala cakap cakap didalam PKR sendiri telah mengesahkan wanita didalam video tersebut adalah orang kuat PKR juga.

Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat. Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang pilihan raya umum ke-13.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive