Thursday, May 10

DAP PENIPU RAKYAT PULAU PINANG?


Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak menggunakan wang dalam Tabung Amanah Perumahan Bumiputera bagi membina rumah kos rendah untuk rakyat menjadi tanda tanya.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, berdasarkan Laporan Audit Negara 2010, terdapat baki RM21.1 juta dalam tabung berkenaan.

Menurutnya, wang tersebut sepatutnya dibelanjakan mengikut tujuan tabung itu ditubuhkan.

“Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu jujur kepada orang Islam kerana fungsi tabung adalah untuk simpanan dan dibelanjakan.

“Yang menjadi persoalan, kenapa kerajaan negeri tidak bina rumah untuk bumiputera?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Naib Yang Dipertua 1 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Fadzil Shuib meminta kerajaan negeri menjelaskan ke mana pergi wang dalam tabung berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin sebelum ini mendakwa kerajaan negeri memberikan maklumat salah berhubung projek pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Tabung Amanah Perumahan Bumiputera ditubuhkan pada September 2009 bertujuan menjadi akaun bagi bayaran sumbangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.

Langkah itu membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk bumiputera.

Difahamkan pada 2010, baki akaun tabung tersebut berjumlah RM21.1 juta iaitu meningkat RM8.46 juta atau 66.9 peratus berbanding RM12.65 juta pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini adalah disebabkan oleh penerimaan dana daripada pemaju perumahan iaitu bagi pelepasan kuota bumiputera pada 2010 berjumlah RM8.46 juta yang tidak dibelanjakan langsung kerana tiada aktiviti atau program berkaitan dijalankan.

Mohd. Nor Suhaili menambah, jika nilai tanah di tengah bandar terlalu tinggi, kerajaan negeri boleh mencari lokasi lain yang bersesuaian seperti di Balik Pulau atau Nibong Tebal bagi membina rumah untuk rakyat.

Jelasnya, ramai orang Melayu sendiri mungkin tidak tahu tabung itu wujud kerana kewujudannya tidak pernah diuar-uarkan.Utusan

1 comment:

SKSLink.com said...

Bumiputra sudah ada diskaun 5%-10% beli rumah, lagi mau apa? DAP tolong yang bukan Bumiputra tetapi juga tolong Bumiputra!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive